Syaitan Betina!

1.6K 61 12
                                    

Kejap lagi kita flashback fasal Salmia Wajihah and Shahrul Iqbal pula.Gatai tangan ni nak create fasal Wina.Aum!

Kuala Sepetang.
Keesokan Paginya

Julia sekadar memandang kosong ke arah Shahrul Iqbal yang sedang merokok itu.Sepertinya lelaki ini baru pulang dari sesebuah kawasan kerana melihat lelaki ini dalam kepenatan.

Shahrul Iqbal menonton televisyen sambil merokok.Membiarkan sahaja Julia terikat dalam keadaan melutut tanpa memberi makanan dan minuman sedikit pun.Mata lelaki itu tertacap pada televisyen.Berita TV3 mewar-warkan kes perjumpaan tiga mayat di hutan sekitar sempadan Selangor-Perak.Kematian Mia Dahlia dan anak saudaranya juga menjadi berita hangat.

Tergamam Julia saat mendengar khabar berita itu.Seperti jantungnya hendak meletup.

"Mia Dahlia mati?T....Tak mungkin!"Desis Julia dengan suara perlahan.Walaupun mustahil tetapi ini sudah takdir.Mia Dahlia sudah meninggal dan dia tahu angkara siapakah yang menyebabkan gadis malang ini meninggal.Yang tragiknya bila anak kecil Wina juga menjadi mangsa bunuh.

Shahrul Iqbal ketawa mengejek.Melihat gambar Mia terpampang sekitar kacak TV membuat dia terhibur serta senang hati."Padan dengan muka kau,Mia!Hahaha!Aku nak ucapkan terima kasih dekat pembunuh tu sebab dah tolong aku!Tak payahlah aku bersusah payah nak bunuh kau dengan tangan aku sendiri."Ujar Shahrul Iqbal tanpa sedikit berasa simpati.Erti simpati dalam dirinya seakan hilang.Kalau dia boleh membunuh orang secara membabi buta inikan pula hendak kasihan?Tak wujud perkataan kasihan dalam kamus hidupnya.Perempuan patut dihapuskan!Termasuklah readers perempuan yang tengah baca sekali!Tiber!

Julia menunduk sahaja.

Bayangan Wina serta kenangannya bersama bekas sahabat itu masih segar dalam ingatan.Bahkan dia tidak menyangka Wina seteruk itu.Cuma manusia tidak pernah melihat secara langsung sifat sebenarnya.Seram juga bila berjumpa dan bersahabatan manusia perangai jahat seperti Wina!

Hasad dengki,sombong dan busuk hati.Wina tidak suka melihat orang lain lebih darinya.Jika manusia itu adalah kakaknya sendiri,dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan orang itu jatuh!Dia tidak kisah jika orang lain labelkan dia sebagai perempuan syaitan asalkan kedudukannya tidak tergugat.Mengucap Julia dalam hati tatkala mengenang kembali sifat Wina yang sebenar.

Kalau nak tahu betapa lahanatnya Wina,tunggu book seterusnya!Author bagi serdak cerita sahaja.

Bulat mata Shahrul Iqbal saat menatap wajah cantik Wina di kaca televisyen.Wajah cantik itu sedang menangis.Matanya sembab kerana menangis untuk kakak dan anaknya yang tercintai.Kononnya!

"Tolong berkas Megat Rayqal.Dia..Dia bunuh kakak dengan anak saya!Tolong....."

"What?"Terbangun Shahrul Iqbal saat namanya disebut oleh Wina.Terkejut dia bila dituduh oleh wanita tadi."Bila masa pulak aku bunuh diorang ni?Wei,seriuslah!A...Aish!"Lelaki itu mengeluh kasar sambil menggigit kukunya sendiri.Kalau tadi dia ketawakan orang,sekarang dia pula takut.Dia memejam mata memikirkan waktu dan saat dia membunuh kedua-dua insan ini.Manalah tahu dia pernah bunuh Mia dan Marsha.Malang sekali tiada!Hari kejadian itu,dia berada di Selangor.Sedang enak membunuh Kanina.Bila masa dia ada dekat sekitar ini?

Psycho PlayboyWhere stories live. Discover now