Goda

3.7K 86 19
                                    

Starbuck,Taiping Sentral,Taiping.

Julia menunggu seseorang di Starbuck.Bibirnya menguntum senyuman lebar kerana hari ini dia akan berjumpa seseorang yang menceriakan harinya dengan kata-kata manis.Setiap ucapan Si Lelaki Misteri ini membuatnya terkulai layu.Dia lemah dengan rayuan manja Si Dia.

Padahal hari ini dia dan Lokman kena pergi ke balai polis untuk membuat tuduhan ke atas Wina dan Megat Rayqal.Tetapi kerana hari ini kekasih gelapnya mendesak untuk berjumpa dengan Julia,maka dia terus melupakan hasratnya semalam bersama Lokman untuk menyumbat kedua-dua musuhnya masuk ke dalam penjara.

Julia memandang ke arah perutnya yang memboyot."Kan bagus kalau aku tak mengandung.Tak adalah malu sangat kalau berjumpa dengan Ray."Monolognya sendirian sambil memukul sedikit perutnya.Penyesalan timbul dalam dirinya kerana menggunakan bayi entah anak siapa ini sebagai umpan untuk memerangkap Naufal jatuh ke dalam pelukkannya.Kalaulah dia tahu ada seorang lelaki yang lebih baik daripada Naufal,sudah tentu dia tidak akan menggoda Si Naufal.

Kerusi ditarik dari depan.Bauan minyak wangi berjenama menarik perhatian Julia.Tenang sangat dengan bauan seumpama ini.

Julia mendongak ke atas.Matanya tidak lekang memandang jejaka teruna ini.Apa yang dia lihat dalam gambar,tidak sama apa yang dia lihat sekarang.

Jejaka itu mendongak dagunya sendiri sambil memandang Julia yang tidak lekang melihat seinci raut wajahnya.Dia mempamerkan riak wajah yang menggoda dan menunjukkan lagi kebuayaannya.

Dia mempamerkan riak wajah yang menggoda dan menunjukkan lagi kebuayaannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ig:M1keangelo

Jejaka kacak ini yang dikenali sebagai Ray.Julia mengenali Ray melalui aplikasi Instagram.Biasalah Puan Julia kita ni mana tahu malu.Dia chat Ray dan bermulalah bibir percintaan mereka yang menjijikkan itu.Mereka chat dari perihal cinta dan sehingga ke arah seks pun ada.Tapi yang suka bersembang kotor ni tak lain tak bukan Julia Safira sendiri.Orang takkan nampak apa yang Julia buat di belakang masyarakat.Dia menutup keaibannya melalui pakaian dan bijak berlakon watak isteri mithali walhal maruah Julia jauh lebih murah daripada sepuluh pelacur berbayar.

"Tutup mulut tu.Nanti lalat masuk.Or U nak I kiss U dekat public.I okay aja,Sayang?" Kata lelaki itu sebagai pemanis bicara perjumpaan pertama mereka.

Julia menggetap bibir menahan malu.Lah,reti malu rupanya perempuan ni!Hari ini dia tidak mengenakan purdah tanpa diketahui Naufal.Kalau Naufal tahu dia berada di sini dengan lelaki lain,tak pakai pulak purdah,mahunya perang dunia ketiga pulak.

Julia masih lagi menatap wajah Ray."U handsome daripada I sangkakan.Lebih handsome daripada husband I.Beruntung I dapat berkenalan dengan U."Dia mengeluh kecil.Sedikit kesal."Kalaulah kita berjumpa dulu,tak mungkin I akan berkahwin dengan Naufal tu and pregnant budak ni sekarang.I hope U terimalah kekurangan I..."Jari runcing Ray mula diletak ke bibir Julia.

Terdiam Julia dengan aksi spontan Megat ini.

Bibir jejaka kacak ini mula mengukir sedikit senyuman.Mujur tidak ramai orang.Jadi tak nampaklah drama murahan mereka berdua ini.

Psycho PlayboyWhere stories live. Discover now