Eslen Royaume.
Aku tinggal di wilayah ini. Wilayah milik seorang raja vampire, Rem Vlad Alder. Ya, dia ialah ayahanda aku. Raja yang sangat berwibawa dan penyayang. Rakyatnya hidup aman. Tapi aku tidak tahu siapa bonda aku.
Abang aku kata - Bonda sudah meninggal dunia.
Kakak aku kata - Bonda dibawa lari.
Nenda dan datuk aku kata - Bonda hilang.
Ayahanda aku - ..... Hanya senyum dengan air matanya.
Aku tidak tahu mana satu yang benar. Benarkah aku masih ada bonda? Atau aku tiada bonda? Atau aku hanya dikutip tepi jalan? Atau ... aku bukan sesiapa?
Bagaimanakah wajah bonda? Aku tidak ingat. Kenapa aku tidak mampu ingat? Sikit pun aku tidak mampu ingat.
Aku tanya pengawal istana tentang bonda - Mereka senyum janggal kepada aku.
Mengapa?
Apa yang berlaku?
Kenapa?
Adakah mereka sengaja rahsiakan sesuatu daripada aku?
Cakaplah! Aku nak tahu. Mana bonda aku!
Hati aku sakit. Setiap kali ada perjumpaan ibu bapa di sekolah, hanya nenda dan datuk yang datang. Ayahanda sibuk. Bonda...
Aku cemburu lihat mereka. Hati aku sakit. Tapi aku tidak mampu menangis. Kenapa?
Aku selalu diejek macam-macam disebabkan khabar angin yang aku sendiri tidak pasti.
Mereka kata - Bonda mati sebab aku.
Apa aku sudah buat?
Aku tak tahu. Kenapa aku tak ingat?
Aku benci hidup macam ni! Aku benci dengar suara mereka mengata aku. Aku dengar. Aku tak pekak walaupun mereka bercakap dalam hati.
Aku benci.
Aku nak musnahkan mereka.
Diam.
DIAM!
DIAMLAH!!!
Tch, semuanya hanya sampah. Aku tidak perlukan mereka. Hanya sampah yang busuk.
Dan kenapa aku ada terbau sesuatu yang sedap? Di mana?
Oh, ada manusia rupanya dalam sekolah ini. Ya. Manusia. Manusia yang sering mengata aku - Pembunuh.
Hanya seorang gadis berlagak diva berpakaian singkat. Nampaknya dia terluka pada betis yang seksi. Tapi aku benci dia.
Benci kerana mulutnya bukan darahnya.
Kes amukan aku di sekolah mengundang amarah ayahanda. Tapi itu bukan salah aku. Mereka yang mulakan dulu. Aku sudah hilang sabar.
Ayahanda sanggup penjarakan aku. Aku bukan banduan. Aku anak ayahanda. Mana kasih sayang ayahanda kepada aku selama ini?
Aku benci ayahanda.
Aku benci tinggal di sini.
Aku hancurkan penjara dan lari dari istana. Aku nak cari kehidupan aku sendiri. Aku nak bebas. Keluar dari wilayah ini.
Aku bukan anak raja lagi. Aku hanyalah orang biasa.
Zenith Vlad Alder sudah tidak wujud. Aku ialah Zenith Schatten.
YOU ARE READING
TAKDIR
VampirgeschichtenTakdir membawa aku ke sini, Kerana takdir aku mencintanya. Cinta aku bukan hanya kepada darahnya, Kerana cinta aku untuk seluruhnya. Dia telah mengubah diri ini, Dia telah mencuri hati ini. Kerana dia, Aku masih di sini, Kerana dia, Aku tidak mahu k...