BAB 34

26 4 3
                                    

Elvina berhenti melangkah. Matanya melihat ke arah seorang wanita yang berada di hadapannya. Wanita yang berpakaian kulit serba hitam itu membetulkan cermin mata sebelum Elvina diserang dengan tembakan bertubi-tubi.

Tembakan tersebut mengenai plastik barangan yang dibeli oleh Elvina di sebuah kedai runcit berhampiran. Tanpa membuang masa, Elvina terus melarikan diri ke arah jalan yang bertentangan dengan kawasan rumahnya.

"Tak guna. Macam mana dia boleh jumpa aku di sini?"

"Syeraaaa~ Mana kau nak lari, ha?" Suara yang menyeramkan milik wanita itu dapat didengari dengan jelas.

Elvina sudah kepenatan melarikan diri. Dia menyorok di belakang sebuah hotel berhampiran. Dia cuba membetulkan penafasannya.

"Syeraaaa~"

Elvina terkejut. Dia melihat ke kiri dan ke kanan. Dari arah kanan dia dapat mendengar bunyi tapak kasut seseorang menghampirinya.

"Dia semakin hampir. Apa patut aku buat? Tak ada apa-apa yang aku boleh jadikan senjata." Dia memeriksa tubuhnya dan kawasan sekaliling.

"Syeraa~ Cak!" Wanita itu sudah tiba di belakang hotel tersebut.

Elvina melarikan diri sekali lagi. Wanita itu pula melepaskan tembakan ke arah Elvina. Dia mula mengejar Elvina apabila tembakkannya gagal mengenai sasarannya. Sambil berlari sambil menambak ke arah Elvina.

"Kau nak lari ke mana lagi? Dah tak ada tempat untuk kau lari."

Elvina berlari ke seberang jalan. "Aku tak ada senjata. Aku tak boleh lawan dia. Syelton. Tolong saya."

"Syera!!! Matilah kau!!!" Kali ini dia menjerit.

Elvina terkejut apabila mendengar bunyi enjin motorsikal menghampirinya ketika melintas jalan. "Ha?"

Tembakan dilepaskan sekali lagi. Wanita tersebut cuba melanggar Elvina. Wanita itu ketawa mengilai seperti orang tidak waras.

Tanpa diduga. Motorsikal wanita misteri itu diserang oleh api yang entah dari mana munculnya. Wanita itu lari menjauhi motorsikal tersebut selepas kemalangan. Motorsikal itu meletop.

"Tak guna!!!"

Wanita itu menjerit. Dia melihat ke arah Elvina. Ada seorang lelaki di sebelah kanan Elvina. Wanita itu mengacukan pistol ke arah lelaki tersebut. Dia mahu menembak lelaki itu.

"Aron? Awak buat apa di sini?"

Aron mendirikan dinding air di hadapannya ketika dia berdiri di hadapan Elvina. "Aku datang selamatkan kekasih sahabat aku."

Tembakan bertubi-tubi dilepaskan. Berkali-kali soket peluru di tukar. Dia berharap tembakkannya itu mampu menembusi dinding air tersebut.

"Elvina. Lari cepat. Aku tak mampu tahan dinding ni lama-lama. Cepat!" Aron memberi arahan.

Elvina segera melarikan diri walaupun dia berat hati meninggalkan Aron berlawan  sendirian. Tetapi keselamatan dirinya juga penting.

Aron segera menjauhkan diri dari kawasan sasaran sebaik sahaja dinding air runtuh. Dia termengah-mengah kerana menggunakan banyak tenaga sebentar tadi.

"Itu saja yang kau mampu buat? Jadi, selamat tinggal." Wanita itu melepaskan tembakan tepat pada kepala Aron.

BANG!

Elvina terkejut mendengar tembakan tersebut. Dia berhenti berlari. Dia mahu kembali kepada Aron tapi Aron suruh dirinya lari dari situ. Jika dia ke sana. Dia hanya mengsia-siakan pengorbanan Aron untuk melindungi dirinya.

"Apa patut aku buat?"

"Syera."

Elvina terkejut mendengar suara lelaki memanggil namanya. Lelaki itu berada di hadapannya. Seorang lelaki yang memakai baju berhud yang diperbuat daripada kulit berwarna hitam.

TAKDIRWhere stories live. Discover now