Hariss berjalan sendirian di tepi pantai. Tidak lama selepas itu dia berbaring di atas pasir. Dia kelihatan penat.
"Macam mana aku nak dapatkan rusa emas? Kenapalah susah sangat nak cari? Anis, kenapa awak nak rusa emas juga? Rusa lain tak boleh ke? Dalam dunia ni ada rusa emas ke?" Dia garu kepala.
"Warghh!"
Hariss terkejut mendengar jeritan seorang perempuan yang tidak jauh dari situ. Dia terus berlari ke arah suara jeritan itu.
Langkah Hariss terhenti apabila dia melihat tiga orang lelaki yang sangat dikenalinya. Mereka sedang menarik jala. Di dalam jala tersebut terdapat seorang wanita yang kelihatan seperti seekor ikan duyung. Mungkin benar itu ikan duyung.
"Lepaskan dia."
"Hariss. Dah lama tak jumpa." Lelaki gemuk mendekati Hariss.
"Don. Apa yang korang nak buat dengan dia? Kenapa tangkap dia?"
"Boss suruh." Jawab lelaki gemuk bernama Don.
Hariss kelihatan marah. Dia menyerang Don. Mereka berdua mula berlawan. Semantara itu, dua orang lelaki sedang mengangkat ikan duyung itu ke daratan. Mereka mahu membawa masuk ikan duyung tersebut di dalam sebuah balang besar.
Don jatuh terlentang. Lembik tidak bertenaga kerana diasak keras oleh Hariss yang sangat kuat.
"Lepaskan dia." Hariss menjerit.
Hariss menumbuk salah seorang daripada mereka. Bahagian ekor yang diangkat oleh lelaki tersebut telah terlepas. Kemudian, Haris tumbuk seorang lagi yang mengangkat bahagia badan ikan duyung itu.
Mereka berdua terus bangun tanpa menunggu lama. Mereka menyerang Hariss menggunakan pistol dan pisau. Hariss hanya berlawan dengan mereka dengan tangan kosong kerana busur dan anak panah telah jatuh ke pasir ketika berlawan dengan Don. Kepantasan dan kecekapan Hariss telah berjaya menumpaskan mereka berdua.
Hariss terlentang kepenatan selepas puas berlawan dengan mereka bertiga. Selepas itu dia bangun dan mengambil pisau di atas pasir. Dia segera memotong jala tersebut.
Hariss berdiri dan mengangkat ikan duyung itu. Dia berlari ke arah laut sehingga air mencecah paras dadanya. Ikan duyung dilepaskan di situ.
"Awak dah bebas. Hati-hati. Terus balik rumah, ya. Jangan merayau merata-rata. Nanti sesat. Selamat jalan."
Hariss melambai-lambai tangan ke arah ikan duyung itu. Ikan duyung itu senyum dan lambai tangan. Ikan duyung itu terus pergi dari situ. Hariss pula kembali ke daratan.
"Aku rasa aku pun patut balik sebelum mereka sedar dari pengsan." Hariss pergi dari situ selepas mengambil busur dan anak panah miliknya.
Kini dia di dalam hutan yang dia pernah masuk sebelum ini. Hutan itulah yang membawanya ke pantai tadi.
"Aku masuk ikut laluan mana tadi? Ehhh.....? Aku dah sesat."
Hariss mengeluh dan tersandar pada sebatang pokok. "Aku nak cari rusa emas untuk Anis. Aku pula yang sesat. Macam mana nak balik ni?"
Tiba-tiba Hariss terdengar bunyi ranting patah. Dia segera melihat ke arah punca bunyi tersebut. Ketika ini muncul seekor rusa emas berjalan ke arahnya. Rusa itu berhenti sangat dekat dengan Hariss. Rusa itu menundukkan kepada Hariss. Hariss pula berasa hairan.
"Wahai rusa emas. Tahukah kau bahawa aku sedang buru kau demi isteri aku yang mengidamkan rusa emas? Tapi aku tak sangka kau wujud. Tapi kenapa kau juga yang isteri aku mahu makan? Aku tak sampai hati nak bunuh kau." Hariss cuba-cuba menggosok kepala rusa emas itu.

YOU ARE READING
TAKDIR
VampireTakdir membawa aku ke sini, Kerana takdir aku mencintanya. Cinta aku bukan hanya kepada darahnya, Kerana cinta aku untuk seluruhnya. Dia telah mengubah diri ini, Dia telah mencuri hati ini. Kerana dia, Aku masih di sini, Kerana dia, Aku tidak mahu k...