20 tahun yang lalu menjadi tahun bersejarah antara manusia, vampire dan werewolf. Ketika ini Dewan Bandaraya Leska Royaume menjadi tempat termenteranya Perjanjian Damai Bersatu antara manusia, vampire dan werewolf.
Perjanjian ini dihadiri oleh ketiga-tiga wakil puak iaitu Fiqry Fizrin, Tegnea Von Selver, dan Shine Rayyan. Mereka bertiga merupakan orang yang terpilih untuk menanda tangani perjanjian tersebut demi keamanan puak masing-masing.
Perjanjian itu juga dihadiri oleh tiga orang saksi daripada puak masing-masing. Bagi pihak manusia yang datang bersama-sama dengan Fiqry ialah Hariss Ryzan, Fedric Hylaric dan Froz Phantom. Pihak vampire yang hadir bersama Tegnea pula ialah Rem Vlad Alder, Deny Lesalen dan Elvina D' Alavon. Pihak werewolf yang datang bersama-sama Shine ialah Emy Cavera, Lein Antony, dan Adwin Draco.
Ketiga-tiga pihak setuju terhadap isi kandungan Perjanjian Damai Bersatu yang digubal oleh ketiga-tiga pihak sebelum perjumpaan tersebut. Pekara yang paling penting ialah Perjanjian Damai Bersatu nombor 1 - Hak untuk hidup.
Perjanjian Damai Bersatu hanya mampu bertahan selama dua tahun. Perkara ini berlaku kerana ahli keluarga Fiqry telah diserang oleh vampire dan werewolf. Keluarganya telah terkorban. Bukan keluarga dia sahaja, keluarga manusia lain juga sedemikian. Fiqry mula berdendam. Dia mula mengingkari perjanjian tersebut kerana kes itu.
AntiVamWere ditubuhkan oleh Fiqry yang dahulunya sebelum perjanjian tersebut hanya dinamakan sebagai Anti-Vampire milik keluarganya. Kejadian tersebut menyebabkan Fiqry mengumpul orang untuk memusnahkan semua vampire dan werewolf yang ada. Walhal bukan semuanya terlibat.
Alasan Fiqry berbuat demikian ialah - Lebih baik mereka dihapuskan dahulu sebelum mereka hapuskan kita.
Fiqry mula membuat kajian untuk mendapatkan kuasa. Dia tahu manusia tidak mampu menantang dua jenis makhluk tersebut kerana itu dia perlukan kuasa. Fiqry mengarahkan unit khas untuk menculik puak esper demi mendapatkan kuasa mereka. Kes kehilangan anak-anak esper berlaku di banyak kawasan.
Anak-anak mereka di hantar ke hutan selepas mereka kehilangan kuasa. Mereka juga tidak mempunyai memori tentang perkara yang berlaku kepada mereka selama berada di dalam makmal.
Fiqry menjadikan dirinya sebagai bahan uji kaji pertama demi mendapatkan kuasa. Kajian diteruskan dengan melibatkan orang kanannya, Froz. Kajian diteruskan lagi untuk mendapatkan kuasa yang lebih kuat.
#
Hariss dan Fedric bertemu dengan Fiqry untuk membangkang penubuhan AntiVamWere dan matlamat penubuhan tersebut. Mereka juga membangkang kajian yang dilakukan oleh Fiqry.
"Fiqry! Perkara yang kau buat ini tidak adil. Perlukah kau bunuh semuanya? Mereka tak bersalah. Kau dah langgar Perjanjian Damai Bersatu." Hariss sangat marah terhadap Fiqry.
Hariss mengetuk meja yang berada di hadapan Fiqry. Fedric pula cuba menahan Hariss daripada bertindak di luar jangkaan.
Fiqry masih kelihatan tenang. Froz pula setia berdiri di sisi Fiqry.
"Tak salah? Hmph! Kalau tak dicergah makin ramai lagi manusia yang mereka akan bunuh. Kau ingat mereka boleh tetap berpegang pada perjanjian itu ke? Selama ni kita diperbodohkan dengan perjanjian tu. Sedangkan mereka sediri yang melanggar perjanjian tu dulu. Hak untuk hidup? Mereka tak ada hak untuk hidup."
"Apa kau cakap?" Hariss memegang leher baju kemaja Fiqry.
"Kenapa kau marah sangat? Kau berpihak kepada mereka? Kau nak khianati manusia? Kalau kau pilih jalan tu sama saja macam kau sebahagian daripada mereka." Dia cuba melepaskan diri.

ANDA SEDANG MEMBACA
TAKDIR
VampireTakdir membawa aku ke sini, Kerana takdir aku mencintanya. Cinta aku bukan hanya kepada darahnya, Kerana cinta aku untuk seluruhnya. Dia telah mengubah diri ini, Dia telah mencuri hati ini. Kerana dia, Aku masih di sini, Kerana dia, Aku tidak mahu k...