BAB 10

70 7 0
                                        

Seorang gadis termenung di hadapan kolam ikan sambil makan roti sendirian. Dia duduk di atas sebuah kerusi. Di hadapan matanya, kelihatan dua orang kembar sedang melintasi kawasan tersebut.

Aron melihat ke arah Maria. Senyum dan menjilat bibir. "Nampak sedap."

"Abang. Berjalan tengok depan. Jangan tengok orang sampai berpusing kepala." Zarush membebel sambil baca buku.

Aron geram. Dia lihat ke arah Zarush. Bahu adiknya ditepuk sekuat-kuatnya tetapi tidak senget. Masih teguh.

"Kau pun sama. Berjalan tengok depan. Jangan tengok buku."

Zarush tutup buku dan berhenti. Aron turut berhenti. Masing-masing pandang antara satu sama lain.

"Kenapa?" Aron bertanya.

"Nak pergi kafe sekejap. Abang ada nak pesan apa-apa ke?"

"Burger tiga. Milo ais. Ayam goreng lima ketul."

"Okey." Zarush tadah tangan kanannya kepada Aron. "Duit."

"Cis, aku ingat kau nak belanja." Dia seluk tangan kanan ke dalam poket seluarnya.

Not QR50 dihulurkan kepada Zarush. "Nah. Lebih pulang balik."

Zarush ambil duit tersebut dan masuk ke dalam poket seluar. "Abang pergilah mengorat sana sementara tunggu makanan sampai."

Aron melihat ke arah Maria. "Yalah. Lagi pun, yang sana tu makanan untuk malam ni."

"Kesian dekat mama. Penat-penat mama masak. Abang makan dekat luar dulu." Zarush memerli Aron.

"Kau diam!" Aron lihat ke arah Zarush berada tadi. Kosong.

"Tch."

Aron menghampiri Maria. "Hai. Seorang je?"

Maria terkejut terhadap teguran tersebut. Dia melihat ke arah Aron. Aron senyum.

"Senior Aron? Ya. Saya seorang saja. Apa... Apa senior buat dekat sini?" Dia jadi gugup apabila Aron duduk di sebelah kanannya.

"Saja. Nampak awak seorang diri. Awak tak kesah saya duduk sini, kan?"

"Tak. Tapi... Peminat..."

"Jangan risau. Kalau mereka kecam awak. Saya akan selamatkan awak." Dia berlagak hero.

"Terima kasih." Dia malu-malu.

"Sama-sama. Nama awak siapa? Dari kelas mana? Selalu nampak awak balik jalan kaki seorang diri. Tak takut ke?"

"Nama saya Qamariah Najmina. Panggil Maria. Saya dari kelas 3-A. Er... rumah saya dekat saja dari sini. 5 minit berjalan kaki ke pondok bas. 10 minit dari pondok bas ke pondok bas di kawasan perumahan saya. 15 minit berjalan kaki dari pondok bas ke rumah."

"Dekat? Jauhlah."

"Tapi bagi saya dekat saja." Dia garu kepala. Rasa bodoh.

"Tak apalah. Hari ni biar saya teman awak balik. Saya risau. Sekarang banyak kes bunuh pelajar perempuan. Seramlah."

"Ya. Seram. Tapi terpaksalah. Ayah saya sibuk kerja. Ibu tak tahu memandu. Jadi...."

"Tak apa. Hari ini, saya akan teman awak balik. Nanti tunggu depan pintu pagar sekolah." Dia berkata dengan penuh semangat.

"Tapi hari ini saya balik lambat. Ada aktiviti Kelab Bahasa."

"Tak apa. Saya sanggup tunggu awak. Pukul berapa habis?"

"Petang. Mungkin sampai senja. Ada latihan sajak."

"Boleh. Tak ada masalah." Dia tunjuk '👍' kepada Maria.

"Adik senior macam mana?"

"Saya suruh dia balik dulu. Dia dah besar. Boleh balik sendiri. Tak sesat pun."

"Okey. Terima kasih."

"Sama-sama, my meal."

"Ha?"

Dia baru sedar kesilapan sebutannya. "Maria. Maria kan nama awak?"

"Ya. Nama saya Maria."

#

Sora sedang makan sendirian di sebuah meja makan kosong. Dia tiada kawan kerana dia bencikan semua orang disekelilingnya. Dia juga sudah hilang kepercayaan kepada semua orang. Dia hidup sendirian selepas lari dari rumah makcik dan pakciknya. Dia lari kerana tidak tahan didera. Mereka sangat membenci dirinya kerana dia telah menyebabkan ibu bapanya 'tidur selamanya' atau koma. Semua itu kerana kuasanya yang tidak mampu dikawal olehnya.

Sora melihat pantulan wajahnya pada sup di dalam mangkuk. Mee sudah habis dimakan. Hanya tinggal sup sahaja.

"Maafkan Sora. Mama. Papa. Kalaulah Sora kawal perasan marah masa itu..." Dia pejam mata rapat ketika mengenang kesilapan masa lalu.

"Sendirian lagi?"

Sora segera buka mata. Dia melihat ke hadapan. Zarush duduk di hadapannya bersama plastik penuh berisi makanan, semangkuk mee sup sama seperti dibeli olehnya tadi dan air lemon ais dalam gelas plastik.

Sora kelihatan tidak puas hati. "Apa kau buat dekat sini?"

"Makan." Sedut lemon ais menggunakan straw.

"Tempat lain banyak lagi. Kenapa kau nak duduk sini juga?" Dia mula marah tetapi dia rendahkan suaranya.

Zarush pegang garfu dan pintal mee sebelum menjawab soalan Sora. "Sebab sini saja kosong. Tempat lain dah penuh."

Dia mengetuk buku lima di atas meja. Dia terus bangun dan angkat mangkuk berisi sup tadi. "Humph!"

"Sora. Tunggu. Saya ada benda nak cakap." Nadanya serius.

"Kau nak cakap apa?"

"Hati-hati. Ada orang nak bunuh awak. Saya terjumpa dia dekat kawasan rumah awak semalam."

"Apa? Macam mana kau tahu rumah aku?" Dia terkejut.

"Rahsia."

"Kau stalker." Dia geram.

"Tu tak penting. Yang penting. Macam mana ada 'Esper' lain tahu lokasi rumah awak? Awak ada beritahu sesiapa? Tapi dia macam nak balas dendam kepada awak. Mungkin awak kenal dan mungkin awak tak kenal. Ni tentang keluarga awak."

Sora bertambah terkejut apabila mendengar perkataan terakhir itu. "Tak mungkin mereka tahu tempat tinggal aku." Dia melihat ke dalam mangkuk tersebut.

Zarush betulkan cermin matanya. Pandangnya bukan melihat ke arah wajah Sora sebaliknya dia melihat wajah seorang gadis di kaunter kafe sekolah.

"Awak jangan risau. Saya ada untuk lindungi awak. Sebab itu awak perlukan saya. Saya tak minta balasan lain. Saya cuma minta awak jadi milik saya."

Dia terus melihat wajah Zarush. "Tak. Aku tak suka kau."

"Tapi awak perlukan saya."

"Tak. Aku tak perlukan kau." Dia menjarit sebelum melarikan diri dari situ.

TAKDIRTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang