Syelton menantikan jawapan daripada ibunya. Jawapan kepada soalan adakah dia manusia atau bukan manusia dan adakah dia anak angkat? Bukan sahaja Syelton dan ibunya sahaja di situ. Rein dan Denial juga di ruang tamu itu. Masing-masing menantikan jawapan yang sama.
"Mungkin masanya dah tiba untuk ibu berterus terang. Syelton. Dengar sini baik-baik. Syelton anak ibu kandung dan ayah. Apa yang Syelton miliki sekarang ni ialah daripada ibu dan ayah. Masa ibu mengandungkan Syelton dulu. Ibu pernah jatuh dari kapal ketika pelayaran berpindah ke bandar ni dulu. Tapi seseorang telah selamatkan ibu dengan kuasanya. Dia ialah raja laut dalam. Dia yang pinjamkan kuasa kepada ibu supaya tidak lemas dalam air sementara menanti penyelamat datang. Kebolehan Syel menenangkan minda seseorang sebenarnya itu kebolehan memasuki mimpi seseorang. Itu milik ibu. Masa muda dulu, ibu selalu guna tanpa sengaja. Disebabkan itu juga ibu dapat jumpa ayah Syel. Akhirnya kami bertemu di dunia nyata dan berkahwin. Kalau fizikal pula... Syel sendiri tahu ayah Syel kuatnya macam mana, kan? Jadi tak perlu cerita. Yang pasti, Syel dan Rein ialah anak-anak yang ibu lahirkan." Dia peluk kedua-dua anaknya itu.
"Ibu. Raja laut dalam tu wujud lagi ke? Laut mana ibu lemas dulu?" Syelton bertanya.
"Mungkin wujud lagi. Ibu tak ingat laut mana. Yang ibu ingat air laut tu warna biru."
"...." Bagaikan kedengaran bunyi cengkerik di malam hari selepas mendengar jawapan si ibu.
"Air laut memang biru, sayang." Denial ketawa.
"Betullah." Kata si ibu dengan gaya berfikir.
Syelton dan Rein mengeluh. "Apalah ibu ni. Jawapan tak spesifik langsung."
#
Aron keluar dari bilik. Terserempak dengan ibunya. Pakai masker hijau. Hampir menjerit akibat terkejut.
"Awalnya pakai masker."
"Mama nak tidur awal. Esok nak ambil papa balik rumah."
"Ya la. Esok papa dah boleh balik." Dia kelihatan gembira.
"Zarush mana?"
"Keluar."
"Eh? Seorang? Tak balik lagi. Bukan tadi keluar dengan Aron ke?" Si ibu mula serius.
"Errr... Dia kata jumpa kawan. Study kot."
"Kawan mana dia jumpa tengah malam ni? Dulu tak macam ni pun. Aron pergi cari Zarush sekarang. Suruh dia balik. Mama risau apa-apa jadi dekat dia nanti. Aron pun tahu, kan?" Habis berkedut masker pada wajahnya.
"Baiklah. Aron nak cari la ni. Sebelum tu. Bagi Aron minum dulu. Dahaga."
"Minum cepat. Atau pun bawa je botol mineral. Minum sambil cari Zarush." Arah si ibu kepada anaknya.
Aron garu kepala dan mengeluh. "Yes, ma'am"
"Mana aku nak cari dia ni? Rumah kawan mana dia pergi pun aku tak tahu. Woi, Zarush. Balik la cepat sebelum mama mengamuk. Rumah kita ni ada serigala. Tak ada kau tak faham... Ah, aku pun serigala juga. Lupa diri kejap."
#
Di dalam bilik yang gelap. Terdapat seorang kanak-kanak yang diikat pada dinding bilik itu. Dia masih tidak sedarkan diri sejak malam penculikan tersebut.
Fiqry berdiri di hadapan Tegnea. "Sampai bila kau nak tidur, ha? Dah puas aku tunggu."
Fiqry tumbuk dinding di sebelah kanan kepala Tegnea. "Tegnea! Kau sengaja buat aku marah. Bangunlah!"
#
"Tuanku! Tuanku! Bangun!"
"Ayahanda!"
"Ayahanda! Bangunlah. Welvy. Macam mana boleh jadi macam ni?" Suara seorang lelaki.
"Tadi tuanku cari buku. Saya nak panjang untuk cari buku tu tapi tuanku sendiri nak panjat. Lepas tu jatuh. Saya pula tengah kemas buku atas meja tu." Jelas lelaki bernama Welvy.
Jari-jemari Raja Rem bergerak-gerak selepas 10 minit pengsan di atas lantai perpustakaan istana. Dia buka mata. Lihat tiga orang di hadapannya dan seekor harimau.
"Visky. Tasya. Welvy."
Pandang harimau. "Makhluk berbulu."
Pandang Visky di sebelah harimau tersebut. "Pelik."
"Ayahanda. Apa yang peliknya? Ayahanda okey tak ni?" Visky membantu Raja Rem untuk duduk.
"Okey. Sakit pinggang sikit."
"Ayahanda suka sangat paksa diri. Hati-hatilah. Nanti ayahanda sakit. Siapa nak jaga kerajaan ni? Harapkan abang..." Tasya lihat ke arah Visky.
Visky lihat ke arah adiknya. "Apa?"
"Errr... Putera Viskry dengan Puteri Tasya jangan gaduh." Welvy cuba tenangkan mereka berdua.
Raja Rem mengeluh. Mereka terkejut dan lihat Raja Rem. Macam ada sesuatu tidak kena.
"Ayahanda. Kenapa ni?" Tasya pengang tangan Raja Rem.
"Ayahanda rasa tak sedap hati. Minggu ni dah banyak kali ayahanda mimpikan bonda. Bonda pun dah lama tak telefon ayahanda. Apa dah berlaku di sana? Zenith pun..."
Raja Rem tunduk dan pegang dahinya. "Adakah ni semua salah ayahanda? Zenith lari dan tak kembali. Tak tahu dia di mana. Ayahanda risau. Bonda pun... Entah bagaimana keadaan dia." Raja Rem menangis.
Masing-masing kelihatan muram. Harimau yang berada di sebelah Visky menggesel pipinya pada pipi Raja Rem. Raja Rem melihat ke arah harimau tersebut.
Dia senyum. "Terima kasih, Seber."
"Eh? Ayahanda. Nama dia bukan Seber la. Nama dia lain... Entah apa nama." Kata Visky.
Raja Rem ketawa. "Nama dia Seber la. Dulu Zenith pernah bawa balik ke istana."
"Tapi dia milik Adien, kan?"
"Ya. Itu sebab Zenith suruh Adien jaga. Adien pun bela harimau. Tambahan pula, Visky takut haiwan berbulu. Betul tak, Seber?" Lihat ke arah Seber.
Seber angkat tangan gebu dan senyum.
"Ehhhhhhh?" Visky menjerit. Tasya ketawa. Welvy geleng kepala.
#
Zenith berdiri di atas sebuah bangunan. Dia melihat sekeliling kawasan tersebut. Mencari kedudukan kubu Anti-VamWere tetapi sia-sia kerana tidak mampu dijumpainya juga.
Sayap hitam yang kelihatan seperti api muncul di belakangnya. Dia terjun dari bangunan tersebut dan terbang sambil bawa dua buah plastik berisi barangan dapur.
Telefon bimbit berbunyi. Dia jawab panggilan tersebut.
"Awak dekat mana?"
"Dalam perjalanan balik rumah. Kenapa?"
"Saya terlupa suruh awak beli garam. Errr... boleh ke?"
"Boleh je. Oh, dah jumpa runcit dekat kawasan ni." Dia mendarat di kawasan gelap.
"Terima kasih."
![](https://img.wattpad.com/cover/138898655-288-k769653.jpg)
YOU ARE READING
TAKDIR
VampireTakdir membawa aku ke sini, Kerana takdir aku mencintanya. Cinta aku bukan hanya kepada darahnya, Kerana cinta aku untuk seluruhnya. Dia telah mengubah diri ini, Dia telah mencuri hati ini. Kerana dia, Aku masih di sini, Kerana dia, Aku tidak mahu k...