BAB 42

22 3 0
                                    

Sora menunggu seseorang di hadapan tingkap biliknya. Seseorang yang ditunggunya masih belum kembali lagi. Dia mula berasa hairan. Tidak lama selepas itru, pintu biliknya diketuk. Ibunya masuk ke dalam bilik tersebut. Sora berlari ke arah ibunya.

"Ibu, bila ayah nak balik? Sekarang dah malam."

"Kejap lagi ayah baliklah. Sora tidur dulu, ya."

Sora dan ibunya berjalan ke arah katil. Mereka berdua naik di atas katil bersaiz sederhana dan tidur bersama-sama.

#

Levi, Shine, Tegnea, beberapa orang kanak-kanak dan ahli persatuan vampire sudah berada jauh dari Leska Royaume. Misi menyelamatkan kanak-kanak esper yang ditangkap oleh AntiVamWere telah berjaya. Perlayaran mereka kini ke Severy Royaume.

Pada masa yang sama, Fiqry berasa geram selepas mendengar berita terkini daripada orang bawahan Froz. Dia diberitahu, ahli AntiVamWere telah ramai terkorban dan tercedera termasuklah Luq sendiri.

Fiqry tidak senang duduk. Dia meminta Froz untuk kembali ke Leska pada malam itu juga. Froz tidak membantah kerana dia setia terhadap arahan Fiqry. Dia terus menempah tiket penerbangan ke sana selepas mendapat arahan.

"Tak guna!"

Fiqry membaling gelas ke arah dinding. Froz hanya melihat ketika mengheret bagasi keluar dari bilik. Dia tidak berani berkata apa-apa ketika melihat Fiqry sedemikian.

#

Pintu rumah diketuk dua kali. Seorang wanita membuka pintu rumah. Dia kelihatan gembira melihat seorang lelaki di hadapan pintu itu.

"Sora dah tidur?" Levi masuk ke dalam rumah.

Isterinya menutup pintu. "Sudah. Dari petang tadi dia tunggu awak. Macam mana dengan misi?"

"Semuanya dah selamat. Tapi saya risau kalau perkara ini berlaku lagi."

Levi menuju ke ruang tamu. Isterinya pula menuju ke dapur. Dia sediakan minuman untuk suaminya.

Bunyi pintu bilik dibuka telah menarik perhatian Levi. Dia melihat ke arah pintu bilik anaknya. Sora keluar dari bilik sambil memisat mata kanan.

"Ayah dah balik."

Dia berlari turun anak tangga ke arah Levi. Dia peluk Levi yang berada di ruang tamu sehingga Levi terduduk atas sofa.

"Ayah pergi mana? Lambat balik."

"Ayah ada banyak kerja."

"Asyik kerja je. Tak bosan?"

Levi peluk anaknya. "Bosan pun tetap kena kerja juga. Sebab ini tugas ayah. Bila Sora dah besar nanti Sora akan faham."

"Faham?"

"Ya." Dia cium pipi anaknya.

Si isteri datang ke ruang tamu bersama secawan kopi kegemaran suaminya. Dia senyum melihat wajah ceria anak dan suaminya.

#

Shine memerhati anak-anaknya tidur di atas lantai ruang tamu. Isterinya juga tidur di atas sofa ruang tamu. Di ruang tamu itu bersepah dengan cawan, mangkuk, buku, game dan majalah. Televisyen juga masih tidak ditutup.

Shine memanggil isterinya tetapi tiada respon. Mungkin terlalu penat menjaga anak-anak mereka walaupun dia tidak lagi bekerja. Semua ini kerana keselamatan anak-anaknya. Emy sanggup berhenti kerja untuk menjaga anak-anaknya sementara Shine pula menjaga keselamatan puak mereka dan rakan-rakan mereka. Misi Shine lagi besar berbanding misi dia.

Shine menghampiri anak kembarnya. Dia dukung kedua-dua anak kembar dan bawa ke bilik tidur anak-anaknya. Selepas itu, dia kembali ke ruang tamu untuk mendukung Emy masuk ke dalam bilik mereka.

"Awak dah semakin barat. Sakit pinggang saya."

Shine urut-urut pinggang yang kesakitan selepas meletakkan Emy di atas katil.

#

Tegnea masuk ke dalam istana selepas pengawal istana bukakan pintu istana. Dia terus menuju ke bilik tidur. Dia berasa hairan apabila suaminya tiada di dalam bilik mereka. Dia membuat keputusan untuk mandi terlebih dahulu sebelum mencari suaminya.

Selepas selesai mandi. Tegnea terus mencari suaminya di bilik anak-anak mereka.

"Ayahanda? Tak ada pun datang bilik abang. Mungkin ada dengan Tasya atau Zenith."

Tegnea pergi pula ke bilik anak perempuannya. Ketika ini Tasya sedang tidur.

Akhirnya, dia pergi ke bilik Zenith. Kosong.

"Mana pula ayah dengan anak berdua ni hilang?" Dia sudah buntu.

"Baik aku pergi bilik rawatan. Tukar balutan luka aku ni." Dia terus ke bilik rawatan.

Tegnea kaki di hadapan pintu apabila melihat suami dan anaknya sedang tidur di atas sofa. Manakala dia atas katil rawatan pula terdapat seekor anak harimau yang cedera. Anak harimau itu kelihatan lemah.

Tegnea menghampiri anak harimau itu. Anak harimau itu buka mata. Dia lihat ke arah Tegnea.

Tegnea belai kepala anak harimau tu. "Jangan risau. Saya akan rawat kamu, ya."

Anak harimau kembali pejam mata.

Tegnea melihat ke arah bakul sampah. Terdapat sebatang anak panah yang patah. Seperti dipotong pada kawasan yang patah itu. Dia senyum. Dia kembali melihat ke arah suami dan anaknya.

"Ayahanda dengan anakanda sama saja. Macam Rem masa kecil dulu. Suka sangat haiwan berbulu." Dia ketawa kecil.

#

Denial memerhati Syelton yang berada di gazebo. Dia hanya melihat anak tirinya dari jauh. Dia berada di hadapan pintu rumah. Syelton pula sedang melihat ke arah langit.

"Apa yang dia buat tu? Malam-malam dia selalu macam ni. Dia masih teringatkan Hariss?"

Denial melihat Syelton sedang menangis dari sisi. Wajah Syelton kelihatan sedih. Tetapi tidak lama selepas itu dia senyum sendirian. Angin kuat bertiup tiba-tiba sedangkan tadi tiada angin.

Syelton ketawa. Denial terkejut. Dia tidak pernah mendengar Syelton ketawa ngeri selama ini. Biasanya wajah dia kelihatan seperti tiada perasaan selepas bapa kandungnya dibunuh depan mata dia.

Selepas ketawanya berhenti. Dia lihat ke arah Denial. Wajah Syelton kembali berubah seperti biasa. Dia bangun dari gazebo dan berjalan ke arah pintu rumah. Mereka berselisihan ketika Syelton masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja dia masuk, dia terus remah atas lantai. Denial panik.

TAKDIRWhere stories live. Discover now