BAB 12

50 7 0
                                    

Api membara membakar selonggok kertas dan gambar di atas tanah. Bukan itu sahaja, sebuah rumah juga dibakar habis bersama-sama mayat mangsanya. Ketika ini, lima orang lelaki serba hitam berdiri di hadapan rumah ini.

Kertas di atas tanah habis terbakar menjadi abu yang berterbangan.

"Tuan, masanya sudah tiba. Kita perlu bertolak sekarang." Beritahu seorang lelaki berpakaian hitam kepada seorang lelaki berkot dan berseluar slet hitam. Kemejanya pula berwarna ungu.

Orang itu sedang menikmati permandangan api yang indah membakar sebuah rumah. Pusing ke belakang dan meninggalkan tempat tersebut.

"Seterusnya. Anak kau pula."

#

Suasana malam yang terang disinari bulan dan bintang di langit. Tiga orang pelajar lelaki baru sahaja pulang daripada latihan bola keranjang di sekolah. Mereka ketawa dan berbual bersama-sama.

"Drien. Aku yakin. Aku dapat masuk jadi pemain untuk pertandingan minggu depan." Kata rakannya di sebelah kanan.

"Fuh, bersemangat betul. Aku pun nak masuk juga."

Masing-masing melihat ke arah Drien yang tiba-tiba senyap. Tadi mereka sibuk berbual sejak dari sekolah.

Rakannya ketawa. "Drien. Kau kapten. Mestilah kau dapat masuk. Jangan risau. Kau terbaik."

"Fuh, caya la."

Drien tiba-tiba berhenti. "Aku rasa macam ada benda tak kena. Dari tadi jantung aku berdegup laju.

"Eh? Kau ada suka sesiapa ke?"

"Aku tak ada suka sesiapalah, Que."

"Habis tu. Kenapa?" Tanya rakan di sebelah kirinya pula.

"Ves. Aku rasa aku tak pergilah party dekat rumah kau malam ni. Aku nak rehat. Mungkin penat sangat."

"Okey. Rehat baik-baik. Esok ada latihan lagi." Kata Ves.

"Kau rehat cukup-cukup. Minggu depan kau hentam habis-habis. Fuuuyo! 20 - 10. Boleh punya."

"Ada ada je kau ni." Drien ketawa.

Ves melihat ke arah langit. Kelihatan asap berkepul-kepul tidak jauh dari situ. "Hei, korang. Tengok asap tu. Tu bukan dari kawasan rumah kau, Drien?"

Drien terkejut ketika mendengarnya. Dia melihat sekali sebelum berlari ke arah jalan pulang ke rumahnya. Mereka berdua mengekorinya dari belakang. Dua bebuah kereta berwarna hitam berselisihan dengan mereka ketika perjalanan.

Suasana rumah terbakar di hadapan mata mereka buatkan mereka tercengang. Drien jatuh terduduk. Mereka berdua berdiri kaku.

"Tak mungkin. Apa dah berlaku?" Tanya Ves kepada diri sendiri. Dia melihat ke arah rumah itu.

"Mama! Papa!" Drien menjerit sekuat hatinya.

Drien menyeru ibu bapanya dengan cara serigala menyeru. Rakan-rakannya hanya diam kerana mereka tahu siapa Drien. Mereka juga sama, werewolf.

#

Langkah Aron terhenti apabila mendengar seruan werewolf. Dia segera berlari ke arah bunyi tersebut dari pondok bas. Dia baru sahaja pulang dari rumah Maria.

"Dari kawasan rumah Drien." Dia  bergegas ke sana.

Hidungnya terhidu sesuatu. "Bau asap?"

Aron hampir terjatuh akibat terlajak dalam lariannya ke rumah Drien. Api marak di hadapan matanya. Sebuah rumah telah terbakar.

"Rumah Drien?"

Drien masih menyeru ibu bapanya. Berharap mereka masih hidup. Aron berlari ke arah Drien. Dia menekup mulut Drien serapat-rapatnya. Tubuh Drien dipeluk erat.

"Berhenti. Kau tak boleh buat macam ni. Aku tak nak kehilangan kawan-kawan aku lagi. Jangan buat macam ni lagi. Nanti orang dengar." Dia menasihati Drien.

Drien menangis.

Zarush berdiri jauh di belakang Aron. Dia baru saja pulang dari rumah Sora. Memerhati keadaan Sora ketika perjalanan pulang dari sekolah ke rumah di atas bukit. Setelah puas hati, baru sekarang dia balik ke rumahnya. Dia berhenti di hadapan rumah Drien kerana mendengar seruan Drien tadi.

Zarush melihat ke atas tanah. Terdapat abu kertas yang dibakar habis rentung. Dia menghampiri abu tersebut. Dia memerhati sesuatu yang terselit dalam abu itu.

"Gambar? Cebisan gambar. Gambar siapa?"

Dia melihat pula ke arah Drien yang menangis dalam pelukan Aron.

Zarush menggenggam buku lima kedua-dua tangannya. "Tak guna. Mereka dah mula bertindak dalam kawasan ni. Ada kena mengena dengan Encik Pemburu ke?"

Zarush menghampiri mereka. "Hati-hati semua. Mungkin mereka dah bergerak dalam kawasan ni. Severy Royoume dah tak selamat lagi."

TAKDIRWhere stories live. Discover now