BAB 40

28 4 0
                                    

Shine dan Denial berdiri hadapan pintu pagar sebuah sekolah menengah. Tujuan mereka ke sini ialah untuk bertemu dengan seseorang yang penting. Kini orang itu ialah pengetua di sekolah tersebut.

"Macam mana nak masuk? Pagar tutup." Kata Denial.

"Panjat." Shine pegang pagar tersebut.

Denial tarik tangan Shine. "Hei, jangan panjat. Dah jadi bapa budak pun perangai masih macam budak-budak."

Shine muncung. "Dah tu nak buat macam mana?"

"Kita tunggu."

"..."

"Selamat pagi."

Mereka terkejut. Masing-masing melihat ke arah pemilik suara itu.

"Teru?"

"Eh? Shine? Denial? Apa korang buat dekat sini?"

Mereka bersalam-salaman. Masing-masing kawan lama sewaktu di universiti dahulu.

"Kami ada hal sikit dengan pengetua. Dia yang suruh kami datang ke sini." Denial menjawab soalan tersebut.

"Pengetua? Pengetua dah dua hari tak datang sekolah. Tak tahulah kalau hari ini pengetua ada atau tak."

"Kami boleh tunggu kalau dia lambat." Kata Shine.

Teru melihat ke arah pasu bunga di luar pagar. Mereka berdua hanya memerhati. Entah apa yang dicari oleh Teru di dalam pasu bunga itu.

Teru mengambil sebiji batu kecil. Dia terus baling ke arah cermin tingkap pondok pengawal sekolah. Pengawal segera keluar sambil menguap.

"Cikgu Teru. Lambatnya datang." Dia buka pintu pagar.

"Saya terlepas bas tadi. Terpaksa tunggu bas lain."

"Mesti layan bola macam tadi, kan?"

"Kamu pun sama." Dia masuk ke dalam kawasan sekolah.

Shine dan Denial ikut masuk.

"Encik berdua ni siapa?"

"Oh, mereka kawan saya. Mereka ke sini nak jumpa pengetua."

"Pengatua? Rasanya tadi nampak kereta pengatua masuk. Baru je 15 minit yang lalu sebelum saya tutup pagar." Dia lihat jam tangan.

"Okey. Terima kasih."

#

Mereka berjalan ke arah kawasn bilik guru di tingkat dua bangunan blok A. Mereka berbual sambil berjalan.  Akhirnya mereka tiba di hadapan pintu bilik pengetua.

"Aku pergi dulu, ya. Korang ingat jalan keluar kan?"

"Ya. Terima kasih sebab dah tunjukkan jalan." Ucap Denial kepada Teru.

"Sama-sama. Bye."

"Bye." Kata mereka berdua kepada Teru.

Shine mengetuk pintu bilik pengetua.

"Masuk."

Shine terus buka pintu dan masuk. Denial juga ikut masuk. Pintu bilik tertutup dengan sendiri kerana tarikan magnet pada pintu.

Lelaki berumur 30-an itu berdiri dan berjabat tangan dengan mereka berdua. "Silakan duduk."

Mereka duduk di atas dua buah kerusi bertentangan dengan lelaki itu. Lelaki itu juga duduk di atas kerusinya.

"Levi, ada apa kau panggil kami ke sini?" Shine bertanya kepada lelaki itu.

"Aku nak minta tolong sikit."

TAKDIRWhere stories live. Discover now