Pintu bilik dibuka oleh seseorang. Dia melihat ke arah katil. Seorang lelaki sedang lena tanpa baju. Hanya berseluar pendek dan peluk selimut tebal. Dia berjalan menghampiri lelaki itu. Kemudian, dia duduk di birai katil. Tangan kanannya membelai rambut lelaki itu.
"Sayang. Bangunlah. Sudah pagi." Dia memanggil lembut sambil belai rambut lelaki itu.
Lelaki itu tidak buka mata. Dia pusing ke arah perempuan itu. Dia peluk pinggang perempuan itu pada dada bidangnya. Dia merengek manja.
"Busuklah. Pergi mandi dulu. Nanti peluklah." Dia membebel tetapi tidak menolak pelukan itu.
Dia dekatkan wajahnya pada pinggang perempuan itu. "Nantilah. Nak manja-manja dengan isteri kesayangan dulu."
Dia buka mata. Cium pinggang perempuan itu.
Perempuan itu ketawa. "Sudahlah. Sayang pergi mandi. Kita makan sama-sama. Saya sudah siapkan makanan kegemaran sayang."
Dia melonggarkan pelukan itu. Lelaki itu hanya menuruti. Perempuan itu berdiri.
"Mandi."
"Ya, permaisuriku."
#
Sepasang suami isteri duduk di atas katil. Menghadap antara satu sama lain.
"Sayang, macam mana? Awak benarkan saya pergi?" Si isteri bertanya kepada si suami.
Lelaki itu pegang tangan kanan isterinya lalu dikucup belakang tangan isterinya. "Ikutkan. Saya tak mahu awak pergi. Tapi..."
Dia senyum seketika melihat isterinya. "Puak kita dalam bahaya. Sebagai seorang raja, saya bertanggungjawab untuk menjaga mereka."
Dia mengeluh. "Mungkin saya tak layak jadi raja. Saya tak mampu..."
Tiba-tiba, mulutnya dikucup oleh isterinya. Terdiam. Terkejut.
"Jangan kata macam tu. Tanggungjawab awak. Tanggungjawab saya juga. Kita kan sudah berjanji. Sama-sama jaga puak kita. Awak raja. Saya pahlawan. Pahlawan yang selama ini setia ada di sisi awak sehingga saya menjadi permaisuri di sini." Dia memujuk suaminya.
Lelaki itu genggam erat tangan isterinya. Dia tundukkan pandangannya melihat tangan mereka. "Tapi awak kena janji dengan saya. Awak akan kembali kepada saya lagi. Saya tak mampu hidup sendirian. Jiwa saya tak lengkap tanpa awak di sisi. Anak-anak kita juga perlukan awak."
"Ya. Saya akan kembali kerana saya ada keluarga di sini. Awak jangan risau. Kawan-kawan saya ada di mana-mana. Mereka akan tolong saya. Denial pun ada. Kawan awak masa kecil-kecil dulu."
"Denial? Awak jangan..." Dia kelihatan kurang selesa.
"Awak cemburu?" Si isteri angkat kening kepada si suami.
"Tak. Mana ada." Dia tergagap-gagap.
Si isteri ketawa. "Dia sudah ada pilihan. Jangan risau. Saya hanya untuk awak seorang. Kerana hanya awak raja dalam hati saya."
Dia kucup dahi suaminya. Si suami apa lagi. Terus peluk tubuh isterinya dan menangis.
"Tegnea. Jangan pergi lama-lama. Nanti saya rindu awak."
Pelukan di balas. "Kalau rindu. Tengoklah muka Zenith. Awak akan nampak muka saya."
Pelukan dileraikan. Dia lihat muka isterinya lama-lama. Merenung seketika.
"Yalah. Saya baru perasan. Tapi Zenith anak saya. Lelaki. Tak nak. Saya nak awak juga." Dia merajuk.
Si isteri ketawa. Cubit kedua-dua pipi suaminya. "My king, Rem Vlad Alder. Janganlah berperangai macam budak-budak. Awak tu dah jadi ayahanda. Tak lama lagi akan jadi datuk. Saya pergi sekejap je. Beberapa tahun."
"Lamanya."
"Sekejap."
"Lama."
"Sekejap."
"Lama."
"Sekejap."
"La..."
"Bonda" Pintu bilik diketuk. Dibuka.
Mereka melihat ke arah kanak-kanak berusia 10 tahun. Dia memeluk seekor anak kucing putih dengan keadaan yang kotor. Wajah kanak-kanak itu juga comot. Habia baju berwarna putih dan hitam itu terkoyak dan kotor.
"Zenith! Kenapa ni?" Tegnea bergegas ke arah anak bongsunya itu. Sifat keibuan terserlah.
Zenith diam dan terkebil-kebil. "Bonda. Kucing luka. Tadi jumpa dalam hutan."
Tegnea melihat ke arah kaki belakang bahagian kiri milik kucing itu. Berdarah.
Si ayah bangun dari katil dan hampiri mereka. "Mana abang dengan kakak?"
"Abang? Kakak?...." Di berfikir seketika.
Si ayah tepuk dahi dan mengeluh. "Zenith suka buat orang risau. Ni mesti berlari ke arah lain masa keluar sama-sama, kan?"
"Maafkan saya. Tak buat lagi." Dia tundukkan wajah melihat kepala anak kucing yang dipeluknya.
Si ayah meletakkan tapak tangan di atas kepala si anaknya. "Ayahanda sudah tak tahu berapa banyak kali Zenith buat kesilapan yang sama. Dan susah berapa banyak kali Zenith bawa balik haiwan-haiwan ke istana. Semuanya berbulu. Zenith tahu kan, Abang Visky tak suka? Kenapa bawa balik?"
"Sebab... Sebab saya suka. Kalau saya bawa balik haiwan bersisik. Ayahanda pula lari dari istana."
Si isteri ketawa. "Tiba-tiba teringat masa tu. Zenith bawa balik ular yang tercedera. Awak terus lari balik kampung."
"Tu... Tu ular. Bahayalah. Berbisa." Wajahnya merah. Malu.
Zenith melihat ke arah wajah ayahnya. "Boleh saya bela kucing ni?"
Dia mengeluh. "Boleh. Tapi pastikan jangan terlepas dari bilik Zenith. Faham."
"Faham. Terima kasih, ayahanda."
Tegnea melihat ke arah anak kucing berwarna putih itu. Dia senyum apabila melihat kucing itu melihat ke arahnya juga. Warna anak mata yang sangat unik. Sebelah kanan berwarna biru dan sebelah kiri berwarna oren.
"Selamat datang ke istana." Kata Tegnea kepada kucing itu.
"Meow~"
#
Seorang kanak-kanak perempuan sedang minum air coklat suam di hadapan skrin besar. Tangan kanannya asyik membelai seekor kucing parsi berwarn putih.
"Meow~" Kucing itu langut melihat tuannya.
Mata biru dan oren itu melihat ke arah tuannya. Tegnea juga melihat ke arah kucing itu.
"Ada apa Sylvy? Nak makan?"
"Meow~" Dia mengiau sebelum melompat turun dari kerusi bulat itu.
Sylvy terkedek-kedek berjalan ke arah bekas makanan kucing yang berteknologi itu. Sylvy pijak satu butang merah pada lantai di sebelah tong berisi makan kucing. Kemudian, makanan keluar dari laluannya terus masuk dalam mangkuk makanan kucing. Sylvy terus makan.
Tegnea bersandar pada kerusi bulat. Matanya melihat ke arah skrin yang lain. Skrin bersaiz sederhana di sebelah kanan skrin besar.
"Anakanda ada di sini? Kenapa di sini?"
Matanya melihat ke arah seorang lelaki berpakaian kasual. Berambut sedikit panjang berwarna hitam. Terdapat berberapa helai berwarna keemasan. Dia sangat kenal orang itu. Kerana dia kenal rambut itu. Lelaki itu bersama-sama dengan seorang pelajar perempuan yang lengkap berseragam sekolah. Mereka sedang memilih bahan masakan di sebuah kedai bahan mentah.
"Siapa gadis tu? Kenapa Zenith nampak mesra? Pelik. Dia jenis tidak berminat bersosial. Selalu bersosial denga haiwan-haiwan."
Dia ketawa ketika mengenangkan bilik tidur anaknya yang kelihatan seperti mini zoo.
"Mungkin dia sudah matang. Tak apalah." Dia sempat senyum sebelum minum air coklat suam.
YOU ARE READING
TAKDIR
VampireTakdir membawa aku ke sini, Kerana takdir aku mencintanya. Cinta aku bukan hanya kepada darahnya, Kerana cinta aku untuk seluruhnya. Dia telah mengubah diri ini, Dia telah mencuri hati ini. Kerana dia, Aku masih di sini, Kerana dia, Aku tidak mahu k...