Zenith duduk di atas kerusi menghadap ke arah kolam yang berada di dalam kawasan sekolah. Ketika ini dia sedang menunggu Maria pulang dari Kelab Seni. Dek risaukan keselamatan Maria. Menjaga Maria sudah menjadi tanggungjawabnya.
"Lama lagi ke?" Dia melihat jam tangan pada pergelangan tangan kirinya. Jam menjukkan pukuk 6:00 petang.
Pada masa yang sama, Drien keluar dari stor sukan selepas menyimpan peralatan sukan. Rakan-rakannya sudah pulang terlebih dahulu. Hanya dia sahaja yang masih belum pulang dengan alasan tersendiri.
Drien melihat ke arah Zenith di kerusi. "Siapa pula tu? Rasanya bukan pelajar sekolah ni."
Zenith yang perasan dirinya diperhatikan segera melihat ke arah orang itu. "Werewolf?"
Drien terkedu. Dia terus berjalan pergi dari situ. Entah mengapa dia rasa seram melihat mata merah yang melihat ke arahnya itu.
"Zen." Maria muncul di sebelah kanan Zenith.
"Maria."
"Saya minta maaf sebab buat awak tunggu lama."
Zenith berdiri. "Tak ada masalah. Asalkan awak selamat. Jom balik." Zenith berdiri dari kerusi.
"Awak dah dapat kerja baru?"
Zenith mula berjalan mendahlui Maria. "Sudah. Esok saya akan mula bekerja."
"Baguslah. Tapi jangan memaksa diri sangat sebab awak baru sahaja sembuh dari kecederaan." Maria mengekori Zenith dan mereka berjalan beringan.
"Ya."
#
Rein berjalan sendirian ke taman permainan berdekatan rumahnya. Itu ialah tempat kebiasaan dia meluangkan masanya bersama-sama Syelton pada waktu petang.Tetapi hari ini Syelton tidak bersama-sama dengannya. Syelton berada di hospital melawat Elvina dan Aron.
Rein duduk dia atas buaian bersama-sama patung beruang putih kesayangannya. Hanya dia sendirian.
Pada masa yang sama, seorang wanita sedang memerhati Rein dari sebuah kereta hitam di tepi jalan. Pada tangan kanan terdapat sepucuk pistol yang dihalakan ke arah Rein. Tembakan dilepaskan. Tetapi dia mengenai sasarannya kerana buaian bergerak. Sebaliknya mengenai kepala patung beruang.
Rein terkejut. Dia melihat kepala beruang yang telah tembak. Berlubang. Rein yang berada dalam ketakutan segera melarikan diri dari situ. Wanita itu pula keluar dari kereta dan mengejar Rein.
Rein menangis sambil berlari menuju ke rumahnya. Dia terjerit-jerit memanggil nama abangnya dan ibu bapanya. Perkara ini pertama kali berlaku kepada dirinya.
"Ibu! Abah! Syel! Tolong Rein. Rein tak nak mati."
Wanita yang mengekori Rein pula berlari sambil melepaskan tembakan. Sebutir peluru yang ditembak berjaya mengenai sipi bahu kanan Rein. Baju kemeja putih berdarah.
#
Syelton menguap sambil berjalan pulang ke rumahnya bersama-sama Zarush. "Kau nak ke mana?"
Masing-masing berhenti. Syelton melihat ke arah Zarush yang melengcong ke arah lain.
"Pergi rumah kawan kejap. Kau baliklah dulu. Bye."
Syelton hanya memerhati Zarush yang berjalan ke arah lorong yang bertentangan dengan kawasan rumah mereka.
"Okey. Hati-hati."
Syelton kembali meneruskan perjalanannya ke rumah dengan langkah longlai kerana mengantuk.
"Ibu! Abah! Syel! Tolong Rein. Rein tak nak mati."
Syelton terkejut mendengar jeritan tersebut. "Rein?"
YOU ARE READING
TAKDIR
VampireTakdir membawa aku ke sini, Kerana takdir aku mencintanya. Cinta aku bukan hanya kepada darahnya, Kerana cinta aku untuk seluruhnya. Dia telah mengubah diri ini, Dia telah mencuri hati ini. Kerana dia, Aku masih di sini, Kerana dia, Aku tidak mahu k...