Sora undur ke belakang sehingga dia berdiri di hadapan pintu bilik. Manakala, pintu koridor pula dipecahkan oleh kuasa kilat. Pintu kaca itu pecah berderai. Nadia mula melangkah masuk ke dalam bilik itu. Dia senyum psiko ketika melihat Sora ketakutan.
"Selamat petang Sora. Eh? Ada haiwan peliharaan rupanya dalam rumah ni. Nampaknya kau dah semakin takut dengan aku. Sejak kes budak tu hilang. Dia dah tak pernah datang sini lagi. Aku sangka kerja aku semakin mudah. Tak sangka ada serigala dalam rumah ni."
Nadia mengeluarkan pisau belati dari sarung yang diselit kemas pada pinggangnya. Dia berlari ke arah Sora tetapi di halang oleh Shiro. Nadia cuba menikam Shiro. Shiro berjaya mengelak. Dia gigit tangan kanan Nadia yang pegang pisau belati. Nadia menendang kepala Shiro sehingga terlepas gigitan.
Sora mengguna kuasa cahaya untuk membantu Shiro berhadapan dengan Nadia. Tetapi kuasa cahaya itu tidak memberi kesan kepada Nadia. Malah, Nadia menggunakan kuasa kilat untuk menyerang Sora tetapi terkena pada Shiro yang melompat menyelamatkan Sora.
"Aku tak boleh bergerak bebas dalam keadaan fizikal aku yang macam ni."
Shiro tetap gagah berdiri di hadapan Sora walaupun dia tahu. Mustahil untuk dia berhadapan dengan Nadia dalam keadaannya sedemikian. Dia juga tidak sekuat Aron.
#
Syelton dan Aron berjalan-jalan mencari Zarush di kawasan hutan. Misi mereka kali ini ialah mencari Zarush di kawasan hutan kerana kawasan hutan sahaja yang mereka masih belum cari. Dalam masa seminggu itu sudah tiga buah kawasa hutan mereka terokai. Daripada jam 5:30 petang sehingga 12:00 malam. Ibu bapa mereka juga mengetahui hal ini. Shine pula telah memberi mereka penanda GPS supaya mudah untuk mengesan kedudukan mereka jika apa-apa perkara terjadi nanti.
Syelton berdiri di sebelah pokok. Dia kelihata terpegun melihat sebuah kediaman cantik di dalam hutan ini. Aron pula sudah ketinggalan di belakang tanpa dia perasani.
Syelton berjalan menghampiri rumah tersebut dengan niat untuk bertanya kepada tuan rumah jika ternampak seorang lelaki masuk ke dalam kawasan hutan seminggu yang lalu. Tetapi niatnya terbatal apabila mendengar bunyi kilat di dari sebuah bilik. Syelton segera berlari ke arah bunyi itu.
Ketika ini dia terlihat pintu kaca koridor telah pecah. Kain langsir putih beralun-alun. Dari situ di dapat melihat cahaya kilat yang terang.
"Apa yang dah berlaku?"
Aron yang entah dari mana tiba-tiba sahaja muncul dan berlari ke arah rumah itu sambil menjerit nama Zarush. Syelton pula segera tangkap Aron dan tutup mulut Aron. Mereka menyorok di tepi dinding rumah iaitu di bawah koridor.
"Shuuu~ Diam dulu. Ada orang tengah bergaduh dalam rumah tu."
Aron meronta-ronta dan Syelton melepaskannya. "Tapi Zarush ada dalam rumah tu. Aku kenal bau Zarush. Aku tahu adik aku ada dalam rumah tu. Dan ada bau Sora juga."
"Sora? Kalau macam itu. Kita kena selamatkan mereka."
"Ya."
#
Sora sudah terduduk di hadapan pintu. Dia kelihatan sudah lemah kerana guna kuasa cahaya yang banyak untuk menentang kilat Nadia. Shiro pula masih cuba berdiri di hadapan Sora walaupun dia sudah banyak kali terkena serangan kilat Nadia. Shiro tidak dapat mendekati Nadia kerana Nadia dikelilingi oleh kuasa kilat yang menjadi dinding pertahanan.
"Aku perlu lindungi Sora." Shiro tetap tidak akan menyerah kalah.
"Kau berdua patut mati bersama." Nadia memulakan serangannya kepada dua sasaran sekali gus.
Api tiba-tiba muncul dan menjadi dinding di hadapan Shiro dan Sora. Masing-masing terkejut. Pada masa yang sama, kain langsir koridor berterbangan.Dia orang lelaki melangkah masuk ke dalam bilik itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
TAKDIR
VampirosTakdir membawa aku ke sini, Kerana takdir aku mencintanya. Cinta aku bukan hanya kepada darahnya, Kerana cinta aku untuk seluruhnya. Dia telah mengubah diri ini, Dia telah mencuri hati ini. Kerana dia, Aku masih di sini, Kerana dia, Aku tidak mahu k...
