Tiga hari telah berlalu sejak hari itu. Pasukan yang diarahkan untuk mencari Tegnea masih belum berjaya menemui kedudukan Tegnea. Shine yang cedera parah telah kembali pulih hampir sepenuhnya. Zenith juga sudah keluar dari hospital pada hari ini.
Pintu wad 111 dibuka. Zenith masuk ke dalam wad tersebut. Maria pula tunggu di luar wad itu.
Shine melihat ke arah pintu wad. "Zenith?"
Zenith berdiri di sebelah kanan Shine. "Saya nak tanya tentang bonda saya. Encik Shine tahu di mana mereka dah bawa lari bonda saya?"
Dia betulkan kedudukannya di atas katil. "Maafkan saya. Saya tak tahu. Tapi saya dah minta pasukan pencarian untuk menjejak kedudukan bonda kamu."
Zenith menggenggam buku lima. "Di mana bangunan Anti-VamWere?"
"Bangunan?" Dia tundukan pandangannya ke arah kedua-dua tangannya.
"Saya tak tahu."
"Kenapa semuanya encik tak tahu? Bukankah encik yang bertanggungjawab untuk menjaga bonda dan puak encik sendiri. Sepatutnya encik kena tahu." Zenith kelihatan tidak puas hati dengan jawapan tersebut.
Shine sedikit menggigil apabila merasai aura kegelapan keluar daripada diri Zenith. "Saya minta maaf. Saya tak kuat. Saya tak mampu."
"Kenapa Encik Shine menangis?" Zenith kembali normal.
"Sebab ini salah saya. Saya tak mampu lindungi Tegnea. Fiqry terlalu kuat. Kuasa yang dia miliki tu. Tu kuasa Esper. Saya tak tahu apa dia dah lakukan kepada Tegnea. Maafkan saya."
Zenith senyum. "Tak perlu minta maaf. Encik Shine dah banyak tolong bonda selama bonda ada di sini, kan?"
Shine kesat air mata menggunakan selimut. Dia lihat ke arah Zenith. "Dia dah tak marah ke?"
"Rasanya, dah tiba masanya untuk saya pula yang lindungi bonda dengan kuasa saya."
#
Aron bersandar pada sebatang pokok. Syelton pula baring di sebelah Aron. Matanya pejam tapi mulutnya masih boleh bercakap.
"Macam mana dengan Zarush sekarang? Masih tak dapat kawal emosi macam hari tu atau dah okey sikit?"
"Dah okey. Lagi pun papa aku dah sedar. Heh, jumpa je papa. Dia terus peluk dan menangis. Papa pun menangis sebab papa risaukan kami sekeluarga."
Syelton menguap. "Baguslah. Berhasil juga aku tenangkan dia."
"Syelton, aku nak tanya sesuatu. Tapi rasa serba salah pula."
"Tanya je la."
Aron menghampiri Syelton. "Kau sebenarnya manusia atau bukan manusia?"
Syelton segera buka mata dan menerap menghadap Aron. "Soalan yang bernas. Aku tak pun tak tahu jawapannya."
"Erk?"
Syelton sengih. "Hihihi..."
Aron pegang koler baju seragam sekolah Syelton dan gongcang. "Kau ni biar betul? Kau sendiri pun tak tahu?"
"Ya. Aku tak tahu. Aku pun baru sedar bila Zenith tanya aku hari tu. Dia kata 'Kau ni manusia atau ikan duyung?' Lebih kurang macam tu la."
"Ikan duyung?" Koler baju dilepaskan.
Dia tongkat dagu menggunakan tangan kanan. "Sebab dia pelik tengok aku tidur dalam air tapi tak lemas. Abah aku pun rasa pelik. Aku rasa lagi pelik."
"Aku pun rasa kau sangat pelik. Tapi ibu dengan ayah kau memang manusia kan?"
"Ya."
"Jadi, kenapa kau pelik daripada manusia?"
YOU ARE READING
TAKDIR
VampireTakdir membawa aku ke sini, Kerana takdir aku mencintanya. Cinta aku bukan hanya kepada darahnya, Kerana cinta aku untuk seluruhnya. Dia telah mengubah diri ini, Dia telah mencuri hati ini. Kerana dia, Aku masih di sini, Kerana dia, Aku tidak mahu k...