BAB 35

34 7 1
                                        

Elvina buka mata perlahan-lahan. Kedengaran bunyi langsir ditarik. Cahaya matahari mula masuk ke dalam wad tersebut. Elvina melihat sekeliling. Di hadapan matanya kini berdirinya seorang lelaki di hadapan tingkap.

"Syelton?"

Syelton segera melihat ke arah Elvina. Dia berjalan ke arah katil. Duduk di atas kerusi pelawat di sebelah kanan Elvina.

"Elvina. Awak dah sedar. Syukurlah. Dah tiga hari awak tak bangun. Saya ingat awak tak nak bangun selama-lamanya. Awak tinggalkan saya."

"Ehhhh? Tak. Saya tak akan tinggalkan awak. Sebab saya sayang awak. Tapi kenapa lama sangat saya pengsan?"

"Saya yang patut tanya awak soalan tu. Apa yang dah berlaku sebenarnya? Kenapa ada orang cuba nak bunuh awak?" Syelton mula serius.

"Macam mana awak tahu?" Elvina terkejut.

"Aron beritahu saya tadi. Dia ada dekat wad sebelah. Zarush pun ada sekali."

Elvina pejamkan matanya seketika. Dia kembali buka mata dan senyum.

"Awak masih ingat lagi kali pertama kita jumpa dulu?"

"Ya." Syelton menjawab.

"Awak tahu, saya bukan manusia yang normal. Kan?"

"Ya. Saya pun."

"Saya akan beritahu tentang saya kepada awak. Tapi saya rasa lagi bagus kalau ada mereka berdua sekali."

"Setuju. Saya pun ada benda nak cerita juga."

"Pasal apa?"

"Adalah. Kejap saya panggilkan mereka ke sini."

"Syelton."

"Ya."

"Aron cedera teruk ke?"

"Tak teruk sangat. Luka pada betis yang dalam tapi tak putus pun kaki dia tu. Dia kena tahan wad sebab baru lepas pembedahan." Syelton seperti tiada perasaan.

Elvina pula sudah ketakutan. "Sakitnya."

"Saya rasa awak lagi teruk. Tapi doktor kata luka awak cepat sembuh."

"Eh! Kejap kejap. Ni hospital mana?"

"Hospital Pakcik Shine. Jangan risau. Doktor dekat sini mesra alam."

"Eh? Mesra alam?"

Syelton berjalan ke arah pintu wad. "Okey. Saya pergi dulu. Awak tunggu, ya. Tapi sebelum itu saya perlu panggil doktor untuk cek kesihatan awak dulu. Awak tunggu. Jangan lari."

"Ke mana saya nak lari dalam keadaan macam ni?"

"Betul juga. Mungkin awak akan lari dalam hati saya. Muah~" Syelton ke luar dari wad tersebut.

Wajah Elvina merah seperti strawberry.

#

Fiqry melihat dua keping gambar pada dua buah fail peribadi. Pada tangan kanannya terdapat sebuah cop. Dia segera mengecop kedua-dua gambar tersebut. Maka, terteralah tulisan "DEAD" pada gambar mereka berdua.

"Macam mana mereka boleh gagal bunuh Syera? Macam mana mereka boleh mati?" Fiqry rasa geram.

"Daripada maklumat yang saya dapat. Mereka berdua telah dibunuh oleh Syera. Syera guna kuasa yang tuan tanam dalam dirinya. Itu yang diberitahu oleh orang bawahan saya." Kata seorang lelaki yang berdiri dalam gelap.

"Mustahil! Syera tak mampu gunakan kuasa dia. Tak mungkin dia boleh bunuh mereka berdua." Dia cuba menafikannya.

"Selain itu, ada dua werewolf bersamanya. Salah seorangnya cuba melindungi Syera." Sambung lelaki itu lagi.

TAKDIRTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang