Hujung minggu kebiasaanya orang akan pergi meluangkan masa bersama-sama keluarga tetapi...
"Buku rujukan latihan sejarah, matematik, baju kemeja ayah saiz XL, buku nota Maria, apron ibu dan ..."
Matanya terlihat sebuah kedai di dalam pusat membeli-belah itu. Sebuah kedai yang mempamerkan beberapa jenis kucing di hadapan cermin kedai. Wajahnya berubah ceria. Dia masukkan senarai barang ke dalam poket. Berlari ke arah kedai tersebut.
Ting! Loceng kedai berbunyi.
"Meow~" seekor kucing penyambut tetamu berdiri di hadapan pintu.
"Makhluk berbulu." Matanya bersinar.
#
Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun sedang masukkan seekor kucing ke dalam beg galas. Dia sentiasa bersama-sama kucingnya ke mana sahaja. Selepas siap zip beg tersebut. Dia terus galas ke belakang. Terdapat ruang antara zip terbuka supaya kucingnya tidak kelemasan.
"Yosh! Masa untuk jalankan misi." Dia bersemangat.
Tiba-tiba, terdengar bunyi sesuatu pada pintu biliknya. Dia terkejut dan berlari naik atas katil. Berselimut sampai atas kepala.
Pintu terbuka sendiri. Shine masuk ke dalam bilik tersebut. Pada tangannya ada sebuah fail berwarna hitam. Dia lihat sekeliling. Kosong. Lihat atas katil. Ada sesuatu dalam selimut.
"Tidur lagi? Biarlah. Mesti dia penat uruskan banyak hal. Lagipun,..."
Dia ketawa. "Comel." Tutup mulut sendiri guna tapak tangannya.
Fail diletakkan di atas meja kerja di sebelah kanan katil. Selepas itu dia terus keluar dari bilik tersebut.
Tegnea tarik selimut. Dia duduk atas katil. Muka tidak puas hati. Dia geram kerana diketawakan oleh rakannya.
"Siaplah kau. Malam party nanti...AKU GIGIT KAU!" Dia bermonolog.
Dia turun dari katil. Berjalan ke arah pintu bilik.
#
Tegnea terhendap-hendap di sebalik dinding. Melihat situasi sekeliling. Pintu keluar di hadapan mata. Dia menyorok setiap kali ada orang lalu berhampirannya.
Dia sebenarnya tidak dibenarkan keluar dari makmal itu kerana keadaan fizikalnya. Tambahan pula, Shine yang beri arahan itu. Sesiapa yang lihatnya keluar. Mereka akan tahan dia dari meninggalkan makmal ini. Lagi pun, AntiVamWere Organisasion mesti sedang mencarinya.
Setelah pasti keadaan selamat. Dia berlari laju ke arah pintu keluar. Terus keluar. Penjaga kaunter rasa pelik. Kerana sekilas pandang tadi pintu terbuka dan tutup sendiri. Pintu automatik. Dia lihat ke arah pintu. Lama. Tiada sesiapa. Dia tidak puas hati. Dia berjalan ke arah pintu dan keluar. Lihat situasi di luar. Tiada sesiapa.
"Perasaan je agaknya."
Dia masuk semula ke dalam bangunan makmal itu.
Skrin pada bilik CCTV kabur seketika sebelum kembali normal. Penjaga bilik kawalan CCTV rasa hairan.
"Semalam baru je selenggara CCTV. Tak akan buat hal lagi?" Dia minum air mineral dalam botol pada tangan kanannya.
#
Pemandu teksi melihat ke arah kanak-kanak perempuan dengan beg galas berwarna hitam. Muka teruja melihat ke luar tingkap kereta.
"Anak ni lari dari rumah ke? Mak ayah mesti risau dan cari nanti." Pakcik teksi memberi nasihat.
Tegnea melihat pakcik itu. "Bisinglah manusia ni." Monolognya.
"Saya tak lari dari rumah. Saya nak jumpa mama saya dekat shopping mall. Mama kerja situ." Cakap dengan gaya budak-budak.
YOU ARE READING
TAKDIR
VampireTakdir membawa aku ke sini, Kerana takdir aku mencintanya. Cinta aku bukan hanya kepada darahnya, Kerana cinta aku untuk seluruhnya. Dia telah mengubah diri ini, Dia telah mencuri hati ini. Kerana dia, Aku masih di sini, Kerana dia, Aku tidak mahu k...