BAB 11

53 5 0
                                    

Dua orang pelajar sekolah menengah sedang berjalan di kawasan perumahan pada waktu senja. Dari pondok bas sehingga ke laluan perumahan ini sangat sunyi. Tambahan pula, di seberang jalan raya ialah hutan.

"Maria. Awak tak seram balik macam ini hari-hari?" Aron bertanya. Dia berjalan di sisi kanan Maria.

"Masa mula-mula dulu ada rasa seram dan takut. Sekarang kurang sikit rasa tu."

"Kawan-kawan tinggal di mana?"

"Tinggal jauh dari sini. Saya saja duduk di sini."

"Ooh." Dia jeling melihat tubuh langsing Maria. Langkahnya semakin perlahan.

"Maria. Rumah awak arah mana?"

Kini, dia berjalan di belakang Maria. Maria pula tidak perasan. Masih melihat ke hadapan.

"Arah sana." Dia tunding jari telunjuk ke arah kanan selepas masuk satu lorong.

"Jauh lagi."

"Sekejap lagi sampai la. Senior tahu jalan balik rumah? Sudah senja. Waktu begini tak ada bas. Kalau malam baru ada bas. Pukul 8 : 00 malam." Dia beritahu kepada Aron.

Air liur Aron meleleh kelaparan. "Tak apa. Saya boleh tumpang rehat di rumah awak dulu,kan?"

"Ya. Boleh makan sekali. Ibu masak sedap." Jawabnya dengan gembira.

Maria tidak perasan bahawa Aron sudah siap sedia mahu menerkamnya dari belakang. Mereka berada di sebuah lorong yang gelap. Lampu di lorong satu persatu terpasang tetapi mengambil masa yang lama selepas berkelip-kelip.

"Makan? Makanan dah ada depan mata. Makan malam depan mata." Dia bermonolog. Perlahan-lahan menghampiri Maria.

Seseorang tiba-tiba menyerang Aron tadi belakang. Aron terterap atas tar jalan. Maria terkejut mendengar bunyi tersebut dan melihat ke belakang. Zenith berdiri di belakangnya dan Aron terterap di atas tar.

"Zen. Apa awak buat ni? Kenapa awak belasah senior saya?" Maria marah kepada Zenith.

"Senior?" Zenith melihat ke arah Maria.

"Ya. Senior Aron teman saya balik. Dia risau kalau ada yang serang saya waktu balik. Sekarang kecoh kes werewolf membunuh." Maria menjelaskanya.

"Werewolf?"

Aron duduk di atas tar sebelum berdiri. Bibirnya terluka akibat tumbukan Zenith tadi. "Berani kau tumbuk muka aku!"

Aron pantas mencengkam leher baju Zenith. Hud di atas kepala Zenith hanya bergerak sedikit tetapi tidak jatuh dari atas kepalanya. Zenith hanya diam. Dia merenung mata Aron. Dia senyum melihat mata oren milik Aron. Maria tidak perasan kerana Aron membelakangi Maria.

"Agaknya macam mana werewolf yang membunuh orang tu? Boleh kau jelaskan? Macam menarik untuk didengar dari mulut WEREWOLF SENDIRI."

Dua perkataan terakhir itu sengaja dikatakan secara berbisik. Aron terkejut kerana Zenith mengetahui diri sebenarnya sedangkan tiada sesiapa yang tahu selama ini. Tambahan pula, sekolah dia ialah sekolah untuk manusia. Kewujudan mahluk lain seperti werewolf, vampire, esper dan sebagainya tidak diketahui. Mereka hidup dalam kalangan manusia.

Berbeza pula di Eslen Royoume. Sekolah manusia diasingkan dengan sekolah makhluk lain. Mereka diajar mempertahankan diri dan memburu. Sama ada sekolah manusia atau sekolah makhluk yang lain. Masing-masing ada kelas latihan kuasa dan kebolehan. Berbanding di sekolah Aron di Severy Royoume. Hal peribadi hanya pengetua sahaja yang tahu.

"Siapa dia ni? Macam mana dia tahu?" Aron kerisauan.

"Cakaplah. Macam mana rupa makhluk tu?"

"Macam serigala." Dia merentap leher baju Zenith dan melepaskannya.

TAKDIRWhere stories live. Discover now