Sebuah kenderaan jenama Ferrari berwarna hitan meluncur laju di atas jalan raya. Alat perhubungan pada telinganya dihempas di atas tempat duduk penumpang hadapan.
"Tak guna. Habis orang aku mati. Siapa yang bunuh? Mesti werewolf tu. Siaplah korang. Aku akan cari semuanya dan bakar."
Kenderaannya dipandu laju seiring dengan kemarahannya. Semua lampu isyarat dilanggarnya. Tetapi dia tidak dilanggar kenderaan lain
#
Zarush selesai dirawat oleh Shine di atas katil. Anak kembarnya itu mengalami demam biasa. Kemudian, Shine melihat ke arah Aron yang bersandar pada dinding bilik di sebelah pintu. Takut mendekati bapanya yang kelihatan serius itu. Tambahan pula, rambut merebang panjang macam hantu.
"Aku tak tahu korang... Selama ni..."
Denial melihat ke arah Teru yang duduk bertentangan dengannya di atas sofa ruang tamu. Di atas meja tersebut terdapat tiga gelas jus oren ais yang diminta oleh Shine sebelum ke bilik anak-anaknya.
Denial mencapai segelas jus oren. "Kami terpaksa rahsiakan demi keselamatan kami sekeluarga. Dan aku tak tahu pun kau ialah pemburu Werewolf yang Zarush pernah cerita dekat aku dulu."
Dia minum air jus oren tersebut. "Ya. Aku pun tak tahu mereka ialah anak-anak Shine. Tapi aku ada sebab aku buru werewolf."
Gelas diletakkan di atas meja. "Sebab werewolf dah bunuh keluarga kau? Kami tahu. Shine pun dah berusaha untuk cari werewolf tu. Dia tak nak manusia terus berfikiran bahawa semua werewolf sama."
"Tapi mereka makan orang." Teru bertegas.
"Tak semuanya."
"Aron."
Dia mengeluh. "Itu aku tak tahu nak cakap apa. Mungkin ada sebab."
"Kau, vampire. Kau pun mesti hisap atau minum darah manusia. Kan?" Dia pandang tajam ke arah Denial.
"Ya. Tapi aku tak pernah gigit orang."
"Kalau tak pernah. Macam mana kau nak hidup?"
"Hidup? Teru. Bukan 100% hidup perlu minum darah. Tu untuk tenaga je. Dan isteri aku yang bekalkan darah."
"Kau kata kau tak pernah gigi orang. Kenapa isteri kau bekal darah?" Dia kekeliruan.
Dia mengeluh dan bersandar pada sofa. "Kau dah lupa isteri aku kerja apa? Dia jururawat di hospital bekas bapa mertua dia. Jadi, dia ambil dari hospital. Atas kebenaran."
"Oh. Macam tu..."
"Kalau aku gigit orang. Orang pertama aku akan gigit ialah kau. Sebab kau pernah sorok buku sekolah aku dulu." Dia senyum nakal.
Teru capai senapang di atas sofa sebelah kanannya dan acukan kepada Denial. Denial terus angkat kedua-dua tangannya sebagai tanda menyerah diri.
"Okey. Okey. Aku tak buat. Aku gurau je." Dia panik.
#
Shine berdiri di hadapan Aron. Matanya tajam melihat Aron. Aron pula hanya tunduk melihat lantai.
"Kenapa Aron buat semua ini? Siapa ajar Aron buat macam ni? Terpengaruh dengan cerita-cerita media sosial? Aron! Jawab cepat. Papa nak tahu sebab Aron jadi keji macam ni. Kenapa Aron malukan papa? Mana papa nak sorok muka papa depan kawan-kawan papa? Aron dah besar. Boleh berfikir. Tapi kenapa jadi bodoh sebab nafsu? Aron sebagai abang. Jadi contoh kepada adik. Bukan jadi macam ni. Aron faham tak?" Dia menengking anaknya sekuat hatinya.
Denial, Teru dan isterinya terkejut mendengar suara Shine. Tidak pernah mereka dengar atau lihat sikap amarah Shine sehingga begitu sekali. Mereka hanya kenal Shine yang baik, suka bergurau dan sentiasa senyum.

ANDA SEDANG MEMBACA
TAKDIR
VampireTakdir membawa aku ke sini, Kerana takdir aku mencintanya. Cinta aku bukan hanya kepada darahnya, Kerana cinta aku untuk seluruhnya. Dia telah mengubah diri ini, Dia telah mencuri hati ini. Kerana dia, Aku masih di sini, Kerana dia, Aku tidak mahu k...