Hariss bermain bersama-sama bayi lelaki di atas katil. Main cak-cak. Anis pula sedang memasak di dapur. Kini sudah setahun selepas kejadian tersebut. Hariss dan keluarganya telah berpindah ke di Severy Royaume. Dia bekerja sebagai polis di sini. Ayahnya pula sudah membuka sebuah hospital di sini. Mungkin isterinya akan kembali bekerja dengan ayahnya lagi sebagai seorang jururawat.
"Syelton. Tengok ni. Ayah ada arnab. Nak arnab?"
Hariss menggoyang-goyangkan patung arnab pada tangan kanannya. Syelton pula cuba mencapai patung arnab itu. Hariss saja main-main. Dia tidak mahu berikan kepada Syelton. Syelton kelihatan geram. Dia beralih ke kanan.
Hariss sengaja geletek kaki Syelton. Syelton buat tidak tahu sahaja. Akhirnya, Hariss putus asa. Dia meletakkan patung arnab di sebelah Syelton, Dia lihat pula wajah Syelton.
"Tidur? Anak ayah kuat tidur. Tadi dah tidur. Sekarang tidur lagi." Hariss ketawa.
Setengah jam kemudian. Anis masuk ke dalam bilik mereka. Dia melihat suami dan anaknya sedang tidur di atas katil sambil peluk patung arnab sama-sama.
"Comelnya. Comel macam ayah dia." Anis ketawa.
#
Syelton yang berumur tiga tahun sedang memerhati Denial. Kedua-dua tangannya pula memeluk peha Fedric. Denial pun melihat ke arah Syelton. Denial senyum kepada Syelton.
"Hai?"
Syelton lambai tangan. "Bye."
Hariss dan Fedric ketawa. Denial terpinga-pinga. Anis yang baru tiba bersama-sama sedulang hidangan makan petang di taman mini halaman rumah turut ketawa.
Syelton melihat ke arah Fedric. "Siapa pakcik tu?"
"Ini ialah Pakcik Denial. Pakcik Denial ni kawan ayah dan ibu Syelton masa kecil-kecil dulu."
"Ooooo. Sekali lagi. Siapa nama?"
"Pakcik Denial." Fedric menjawab soalan itu.
Syelton termenung. Dia lihat ke arah Denial. Kali ini dia berdiri pula di hadapan Denial.
Dia angkat tangan. "Hai, Pakcik Den?"
"Denial." Hariss sambung.
"Den."
"Denial." Anis sambung.
"Den."
Fedric tepuk dahi. "Denial la."
"Den."
"Tak apa. Pakcik Den pun boleh." Denial ketawa janggal.
"Den." Syelton sengih.
Mereka pula ketawa.
"Pakcik Denny." Syelton peluk peha Denial.
"Denny pula." Hariss ketawa lagi.
#
Hariss bersandar pada kerusi. Dia baru sahaja mendapat laporan daripada Shine. Shine akan bawa keluarganya berpindah ke rumahnya di Severy Royaume kerana Fiqry telah menghantar pengikutnya ke Luquen Royaume. Begitu juga dengan puak werewolf dan vampire yang ada di situ.
Anis mengantuk pintu bilik sebelum dia masuk ke dalam bilik itu bersama-sama dua cawan susu suam.
Hariss melihat ke arah isterinya yang berjalan ke arahnya. Dia terima secawan susu suam yang dihulurkan oleh isterinya. Anis duduk di atas katil.
"Anis. Esok abang akan ke Luquen Royaume. Shine dalam masalah. Fiqry dah hanya orang-orang bawahan dia ke sana untuk bunuh mereka."
Hariss melihat ke arah sebuah buku tebal berkulit kuning. Pada tengah-tengah buku tersebut terdapat sehelai kertas putih yang dilipat-lipat dan diselit pada buku.

ANDA SEDANG MEMBACA
TAKDIR
VampirTakdir membawa aku ke sini, Kerana takdir aku mencintanya. Cinta aku bukan hanya kepada darahnya, Kerana cinta aku untuk seluruhnya. Dia telah mengubah diri ini, Dia telah mencuri hati ini. Kerana dia, Aku masih di sini, Kerana dia, Aku tidak mahu k...