Zenith melihat ke arah kanak-kanak perempuan yang bahagia menikmati aiskrim yang dibeli oleh Zenith tadi. Ketika ini mereka dalam perjalanan pulang ke rumah Maria. Zenith bawa pulang kanak-kanak itu kerana dia risau jika orang-orang seperti tadi datang kembali. Tegnea juga berperangai seperti kanak-kanak.
Zenith teringat kembali perbualan dia dan Tegnea selepas mengambil semula barang-barang yang ditinggalkan di kedai pakaian tadi.
"Kau tinggal di mana? Aku temankan kau balik."
"Saya tinggal dekat rumah. Tapi saya tak tahu rumah saya dekat jalan mana." Buat muka tidak bersalah.
"Ada telefon?"
"Tak ada. Saya ada kucing je."
"Budak ni biar betul? Shopping seorang diri. Sesat. Mak ayah dia mesti risau. Aku buat laporan polis je la. Tapi..." Dia melihat wajah Tegnea lama-lama.
"Kenapa?"
Dia alihkan pandangannya. "Tak ada apa. Kalau macam tu. Jom ikut aku balik rumah."
"Mungkin orang-orang bawahan orang tu akan cari budak ni lagi."
"Yeyyy! Saya boleh ikut abang balik." Dia melompat-lompat gembira.
"Abang Zen. Jangan lupa nama aku." Tiba-tiba dia serius.
Budak itu tertunduk dan senyap.
"Anak awak buli saya lagi." Tegnea menangis dalam hati.
#
"Anak siapa awak culik ni?" Mari terkejut melihat Zenith di hadapan pintu rumah bersama-sama Tegnea.
Zenith masuk ke dalam rumah. Berselisihan dengan Maria.
"Budak ni sesat. Jadi saya bawa balik. Awak tak kesah kan?"
Dia berjalan ke ruang tamu. Letak barang-barang di atas meja di tengah ruang tamu. Tegnea mengekori Zenith ke ruang tamu selepas kata "Hai."
"Mesti keluarga dia cari nanti." Kata Maria kepada Zenith.
"Ya. Kita tunggu kes hilang budak masuk berita." Zenith duduk di atas sofa.
"Ehhh? Macam tu je? Nantu awak dituduh menculik." Maria gelabah.
"Hal saya. Saya bertanggungjawab. Esok la saya cari keluarga dia." Zenith berdiri dari sofa dan berjalan ke biliknya selepaa dia mengambil beg yang berisi seluar dibelinya.
"Barang-barang semua saya dah beli. Budak tu. Awak uruskan. Saya tak ada adik perempuan. Jadi, awak faham-fahamlah."
Dia masuk ke dalam biliknya.
Maria melihat Tegnea selepas pintu rumah ditutup. Tegnea melihat Maria juga. Dia senyum kepada Maria.
"Aku pun tak ada adik perempuan. Apa aku nak buat ni?" Dia rasa janggal.
#
Sora melihat gambar rakan-rakan sekelas bersama-sama guru kelas mereka dalam telefon pintarnya. Gambar Zarush yang duduk di sebelah guru perempuan dilihat selama yang mampu.
"Pelik. Kenapa dia tak datang ke sekolah. Dah lama. Abang dia pun tak datang juga. Apa dah berlaku?"
Suasana sepi. Wajah jelita itu semakin lama semakin berona merah. Dia campak telefonnya ke atas katil.
"Aku... Aku tak suka dia."
"Kerana awak perlukan saya." Kata-kata Zarush berulang-ulang dalam mindanya.
"Tak!!! Aku tak perlukan kau." Dia menjerit.
Dia campak bantal ke arah almari pakaian.
"Kenapa dengan aku ni?" Dia tutup muka dengan kedua-dua tapak tangannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
TAKDIR
VampiroTakdir membawa aku ke sini, Kerana takdir aku mencintanya. Cinta aku bukan hanya kepada darahnya, Kerana cinta aku untuk seluruhnya. Dia telah mengubah diri ini, Dia telah mencuri hati ini. Kerana dia, Aku masih di sini, Kerana dia, Aku tidak mahu k...