Malam yang tenang dan sejuk akibat hujan. Syelton baring di atas katil tanpa pakaian. Hanya berseluar trek hitam berjalur kuning selepas. mandi. Dia pejam mata. Mahu tidur kerana itu ialah hobinya. Tetapi dia tetap pelajar terbaik dalam kelas 5-A.
"Syel. Syel." Pintu bilik diketuk.
"Rein masuk, boleh?" Pintu bilik dibuka.
Rein melihat ke arah katil. Syelton sedang tidur. Rein berlari menghampiri Syelton bersama-sama seekor patung beruang namanya Ebby.
Rein tepuk tangan Ebby pada wajah Syelton berkali-kali. Tiada reaksi.
"Syel. Bangunlah. Ibu ajak makan malam. Syel."
Rein naik ke atas katil kerana tidak berjaya bangunkan Syelton. Dia duduk di atas perut Syelton. Menerap. Tangan kanannya pegang tangan kanan Ebby.
"Sejuknya. Seronoknya tidur."
Rein pejam mata. Tidur atas dada Syelton.
Syelton terjaga. "Kenapa dada aku rasa berat?"
Dia buka mata dan lihat Rein di atas dadanya sedang tidur. Dia gosok rambut Rein. Dia mengeluh.
"Kenapa tidur sini?"
"Syel." Panggil seorang wanita bersama-sama senduk pada tangan kanannya.
Syelton melihat ke arah pintu bilik yang terbuka luas. "Ya, ibu. Ada apa?"
"Jom, turun makan malam. Eh? Rein tidur ke? Tadi ibu suruh panggilkan Syel. Boleh pula dia tidur." Dia ketawa melihat keadaan Rein.
Syelton angkat Rein ke tepi. Selepas itu dia duduk di atas katil.
"Ibu. Abah dah balik ke?"
"Belum. Mungkin esok. Kenapa? Rindu abah ke?" Dia hanya senyum ketika berkata.
Syelton melihat ke arah Rein. "Erm... Rein. Mungkin dia lagi rindu abah berbanding Syel. Sebab abah ialah abah dia. Bukan abah Syel."
"Syel." Wajah wanita itu tiba-tiba berubah sedih. Dia berjalan menghampiri Syelton.
Syelton melihat ke arah ibunya. "Ibu?" Terkejut melihat air mata mengalir pada wajah ibunya.
Si ibu memeluk si anak erat pada dadanya. "Abah ialah abah Syel juga. Ibu tahu. Abah bukan abah kandung Syel tapi dia tetap abah Syel. Ibu tak mampu buat apa-apa. Sebab ibu cintakan dia. Walaupun ibu tahu dia vampire. Tapi cinta tak kenal siapa."
Syelton meneluk pinggang ibunya. "Syel tahu. Syel minta maaf sebab buat ibu menangis lagi. Syel akan cuba jadi kuat dan jaga ibu dan adik masa abah tak ada dengan kita. Syel janji. Lagipun Syel dan janji dengan ayah. Syel akan sentiasa menjaga ibu."
"Terima kasih, Syel."
Sementara itu, seseorang sedang mendengar perbualan mereka di dalam bilik tersebut. Dia seorang lelaki yang sedang tersenyum senang mendengar perbualan itu. Dia bersandar pada dinding bilik.
"Hariss. Aku janji akan jaga isteri kau. Anak kau juga. Terima kasih sebab dah banyak tolong aku selama ni. Tanpa kau masa itu. Aku sudah mati." Air matanya perlahan-lahan mengalir pada pipinya.
Rein pisat-pisat mata dan buka mata. Dia melihat ke arah ibunya. "Ibu? Haaaaa! Tadi... Tadi Rein panggil Syel. Tapi Syel tak bangun. Jadi... Jadi..."
Si ibu melepaskan pelukan. Pandangannya tertumpu ke arah anak bongsunya. Dia ketawa.
"Jadi Rein tidur atas badan Syel?" Tanya ibunya.
"Ya." Dia angguk dengan wajah manja. Dia peluk Ebby. Bergolek atas katil.
Mereka ketawa.
Rein tiba-tiba berhenti bergolek. Dia bergegas lompat dari katil. Berlari ke arah pintu bilik.
"Rein. Hati-hati." Tegas Syelton ketika Rein lompat dari katil.
Rein melihat pada dinding bilik. "Abahhhhhhh~" Dia terus peluk orang tersebut.
"Hey, Rein. Anak abah dah besar." Si bapa mendukung si anaknya.
Si ibu dan si abang turut keluar dari bilik.
"Sayang? Selamat kembali. Bila balik? Tak dengar bunyi kereta."
"Baru sampai. Hujan lebat. Sebab itu awak tak dengar." Jawabnya.
"Abah."
"Ya, Syel."
"Selamat kembali. Dan Syel tahu abah dengar apa Syel cakap tadi. Kan?" Syel tersengih.
Si bapa ketawa janggal. "Peka dia sama macam kau, Hariss."
"Ya."
"Erm... Jadi... Boleh abah latih Syel jadi lagi kuat? Syel risau kalau apa-apa jadi masa abah tak ada di rumah. Kes pembunuhan dalam kalangan werewolf semakin meningkat."
Rein diletakkan ke lantai. Si bapa menghampiri anak tirinya. Tangan kanan dilabuhkan pada bahu kiri Syelton.
"Abah akan ajar. Tapi syarat." Dia senyum.
Syelton terkejut. "Syarat? Darah?"
"Bukan."
"Kalau bukan darah. Apa?"
Si bapa pandang si anak dari atas hingga bawah. Dia senyum. Syelton rasa seram sejuk.
"Abah....?"
"Kerja dengan abah. Seminggu je. Ganti pembantu abah. Dia ambil cuti sakit. Minggu depan ikut abah pergi meeting dekat pejabat. Syel perlu bawa barang-barang dan uruskan hal tempat tinggal tetamu saja. Abah yakin Syel boleh buat. Tak bosan ke asyik tidur je?"
"Malasnya."
Tangannya diturunkan dari bahu Syelton. "Malas ya? Kalau malas, abah tak nak ajar."
"Okey!!! Syel buat."
"Yosh! Selesai satu masalah." Monolongnya.
Si ibu hanya ketawa. Rein pula hilang dari pandangan mereka.
"Mana Rein?" Syel bertanya kepada mereka.
"Hilang?" Si bapa hampir menjerit.
Si ibu senyum. "Jom, makan malam. Rein mesti dah tunggu dekat meja makan."
Masing- masing melihat ke ara si ibu yang menapak turun anak tangga menuju ke tingkat bawah.
"Abah. Kenapa abah cintakan ibu?"
Dia senyum dan menjawab. "Sebab dia ialah cahaya dalam hidup abah selapas ayah Syel. Kami bertiga ialah kawan sejak sekolah rendah. Ayah Syel yang banyak tolong abah. Dia hebat."
"Abah pernah gigit ibu?"
"Err.... Itu ...."
"Kalau abah gigit ibu mesti itu dah tak ada. Kan?"
"Mungkin."
"Sejujurnya. Aku tak penah gigit orang. Darah. Hariss yang mula bagi aku darah masa aku hampir mati kelaparan. Dia ambil dari hopital bapa dia. Sekarang ni, isteri dia pula yang buat macam tu. Untung dapat isteri kerja sebagai jururawat."
"Abah tersenyum-senyum kenapa?"
"Hahaha... Tak ada apalah. Syel nak adik lagi tak?"
"...."
"Tak nak, ye? Okey." Dia rasa janggal.
"Apa aku cakap ni?Anak?"
"Sayang. Syel. Marilah makan. Nanti makanan sejuk." Panggil si ibu dari meja makan.
"Ya." Jawab mereka serentak.
Masing-masing menapak turun anak tangga ke tingkat bawah. Mereka terus ke meja makan. Mereka ketawa apabila melihat Rein makan. Penuh mulut dan comot.
![](https://img.wattpad.com/cover/138898655-288-k769653.jpg)
YOU ARE READING
TAKDIR
VampireTakdir membawa aku ke sini, Kerana takdir aku mencintanya. Cinta aku bukan hanya kepada darahnya, Kerana cinta aku untuk seluruhnya. Dia telah mengubah diri ini, Dia telah mencuri hati ini. Kerana dia, Aku masih di sini, Kerana dia, Aku tidak mahu k...