Shine dan Levi menjalankan misi mencari dua orang pelajar sekolah menengah yang hilang dari Severy Royaume. Menurut Shine, mungkin mereka telah dibawa ke sebuah wilayah bernama Leska Royaume. Di situ terletaknya bangunan induk AntiVamWere.
Shine dan Levi masuk ke dalam sebuah makmal milik AntiVamWere secara diam-diam. Mereka juga terpaksa melakukan penyamaran bagi memasuki makmal tersebut tanpa dikesan oleh CCTV.
Akhirnya, mereka telah berjaya masuk ke dalam sebuah makmal yang terdapat ramai kanak-kanak di dalam balang. Shine dan Levi mula geram melihat semua itu.
"Shine. Dua orang budak tu ada dekat sana." Levi melihat ke arah dua buah balang kaca yang terletak di hujung bilik itu.
Shine turut melihat ke sana. "Mari bertindak."
#
Seorang kanak-kanak perempuan sedang bermain sedirian di halaman rumah. Tidak lama selepas itu, muncul seorang perempuan di sebalik pagar rumah. Dia melihat ke arah remaja perempuan itu.
"Nadia."
"Hai, Sora."
Nadia menghampiri Sora. Dia melutut di hadapan Sora dan memeluk saudaranya itu. Mereka saling berpelukan.
"Pak cik dan mak cik ada tak?"
"Mama ada di dalam rumah. Papa pergi kerja tak balik lagi."
"Dah petang macam ni belum balik lagi?"
"Sibuk."
"Mungkin juga."
Nadia berdiri. Dia pegang tangan Sora dan ajak Sora masuk ke dalam rumah. Sora hanya mengekori.
#
Telefon bimbit berdering setibanya makanan di atas meja. Froz melihat telefon bimbit Fiqry di atas meja ruang tamu. Kemudian, dia lihat pula ke arah pintu bilik mandi.
Akhirnya, dia menuju ke arah meja ruang tamu dan menjawab panggilan. "Hello?"
"Hello, boss?"
"Boss mandi."
"Encik Froz. Kita dalam masalah. Makmal kita dah diserang. Budak-budak tu semua dah terlepas. Ada seorang esper dan werewolf pecah masuk makmal. Sekumpulan vampire ada di luar makmal. Mereka yang bawa lari budak-budak tu. Saya dah minta pasukan pertahanan. 40% ahli kita dah terkorban. 30% lagi tercedera teruk. Sekarang mereka sedang berlawan. Saya cuba guna teknologi pertahanan tapi sistem tak berfungsi."
"Macam mana boleh jadi macam ni? Tak ada sesiapa yang perasan ke? Macam mana dengan CCTV?"
"Dalam rakaman CCTV tiada masalah. Sistem keselamatan juga tak dapat kesan pencerobohan. Kami dapat tahu semua ni selepas dengar bunyi letupan di makmal."
"Kalau aku tak ada dekat sana. Semuanya tak boleh diharap. Kerahkan semua ahli untuk lawan mereka dan dapatkan semula budak-budak tu."
"Tapi Encik Froz. Mereka terlalu kuat. Macam mana kita... "
"Froz."
Froz terkejut mendengar suara Fiqry di hadapan pintu bilik mandi. Dia tidak tahu sejak bila Fiqry berada di situ.
Fiqry menghampiri Froz sambil mengelap rambut. "Siapa telefon? Apa dah berlaku?"
Froz pandang ke arah dinding. Tidak mahu bertentang mata dengan Fiqry. Dia serahkan telefon bimbit kepada Fiqry. Fiqry mengambil telefon bimbit itu. Dia lihat nama pada panggilan itu.
Fiqry menjawab panggilan itu. "Luq, apa dah berlaku?"
"Boss?"
#
Seorang kanak-kanak lelaki sedang melihat seekor anak harimau tercedera. Pada kaki kanan bahagian hadapan anak harimau telah terkena anak panah yang panjang.
Kanak-kanak itu menghampiri anak harimau dengan berhati-hati. Dia gosok kepala anak harimau itu. Anak harimau menangis kesakitan.
"Jangan menangis. Saya datang nak tolong awak."
Kanak-kanak itu dukung anak harimau. Dia terus berlari keluar dari hutan. Dia berlari ke arah sebuah istana. Pintu istana juga diredah tetapi tidak berjaya dibuka.
"Putera Zenith?"
Kanak-kanak itu melihat ke arah seorang pengawal istana yang baru tiba di situ. "Abang PomPom. Bukakan pintu. Kecemasan. Cepatlah."
"Ya. Ya." Dia terus buka pintu istana.
"Abang PomPom? Aku ke? Suka hati saja Putera Zenith panggil nama aku. Semalam, Abang Kuda sebab aku basuh kuda. Sepatutnya hari ni bukan shift aku. Nasib." Dia membebel sambil tutup pintu.
Seseorang sedang ketawakan dirinya. Dia melihat ke arah orang itu. Rasa tidak puas hati.
"Abang PomPom. Hahahaha..."
"Kau diam!"
#
Seorang lelaki bermahkota diraja sedang berjalan ke hulu dan ke hilir. Dia kelihatan tidak senang duduk dan kerisauan.
"Ayahanda! Ayahanda! Buka pintu."
Raja Rem berlari ke arah pintu bilik itu dan buka. Dia terkejut melihat anaknya membawa seekor anak harimau yang dipanah pada kaki.
"Bonda mana? Saya nak minta bonda rawat kawan baru saya."
"Bonda tak ada di istana. Bonda ada hal di luar Eslen Royaume."
"Bonda buat apa di sana."
"Selamatkan kawan-kawan dia."
"Tapi siapa nak selamatkan kawan saya?" Zenith kelihatan sedih.
Raja Rem letak tapak tangan di atas kepala Zenith. Zenith melihat wajah ayahandanya.
"Biar ayahanda yang rawat kawan baru anakanda. Jom ikut ayahanda ke bilik rawatan."
Zenith senyum gembira. "Ya."

ANDA SEDANG MEMBACA
TAKDIR
VampireTakdir membawa aku ke sini, Kerana takdir aku mencintanya. Cinta aku bukan hanya kepada darahnya, Kerana cinta aku untuk seluruhnya. Dia telah mengubah diri ini, Dia telah mencuri hati ini. Kerana dia, Aku masih di sini, Kerana dia, Aku tidak mahu k...