Langit biru yang tenang. Permandangan dari tingkat tiga banguanan blok B sungguh indah. Sangat sesuai wujudnya perpustakaan di sini. Seorang gadis ralit melihat permandangan alam melalui tingkap perpustakaan. Di atas meja bertentangan dengannya terdapat sebuah buku bertajuk 'Beyond Twilight - Explore The World Of Vampires' yang ditulis oleh Manuela Dunn Mascetti.
"Vampire? Betul ke vampire wujud?" Dia berfikir seketika.
"Sora. Langit. Aoi Sora. Langit biru. Sora Solaris. Buatkan saya terfikir tentang sistem solar. Sangat membantu sewaktu peperiksaan." Kata seseorang sambil melihat buku pada tangan kanannya.
Sora tunduk melihat ke arah buku tersebut. Dia kelihatan geram.
"Zarush. Sejak bila kau muncul? Kan aku dah cakap. Aku tak suka..."
"Tak suka manusia?" Dia menyoal sambil betulkan cermin matanya.
Sora terdiam. Dia ketap bibir dan berdiri. Buku tadi dibawa bersama-samanya. Berlalu pergi dari situ.
"Sampai bila kau nak ikut aku?" Sora bertanya kepada Zarush.
Zarush berdiri dari kerusi. Buku tadi ditutup dan dibawa bersama-samanya menuju ke arah rak buku.
"Selama mana awak perlukan saya."
Sora geram dan melihat ke arah Zarush. "Bila masa aku perlukan kau?"
Zarush berhenti di hadapan rak buku. Matanya melihat ke arah ruangan kosong pada rak tersebut. Dia diam selama dia mampu diam.
"Jawaplah!"
Dia melihat ke arah Sora bersama-sama jari telunjuk kanan diletakkan di hadapan bibirnya selepas dia simpan kembali buku di atas rak.
"Shuuuu... Dalam perpustakaan kena diam. Nanti pengawas marah." Katanya. Dia senyum nakal.
Sora protes. Dia terus berpaling. Bergegas ke kaunter pinjaman buku.
"Apa masalah dia? Kenapa ada saja dia di mana-mana? Tak cukup terjumpa dalam kelas. Dekat sini pun boleh jumpa. Nasib tak jumpa dalam tandas perempuan." Dia membebel dalam hati.
"Awak fikir apa tu?" Tegur suara lelaki di sebelah kanannya.
Dia melihat wajah lelaki tersebut. Terkejut. "Dekat. Terlalu dekat."
Tumbukan padu melayang tepat pada pipi kiri Zarush. "Tak guna kau!" Dia jerit sambil berlari keluar dari perpustakaan.
Zarush hampir jatuh terduduk tapi sempat pegang meja kaunter pinjaman buku. "Kuatnya."
Dia cuba stabilkan kaki untuk berdiri.
"Errr... Senior... itu... Dia tertinggal buku." Kata pengawas di kaunter pinjaman buku.
Zarush betulkan cermin matanya. "Tak apa. Nanti saya hantarkan dekat dia. Ni buku saya nak pinjam."
Zarush tolak dua buah buku di atas meja kaunter pinjaman ke arah pengawas tersebut.
"Baiklah."
Sementara itu, Sora tercungap-cungap mengambil nafas ketika berhenti di hadapan kelasnya. "Tak guna. Apa yang dia nak daripada aku?"
"Eh? Sora? Hey, Sora." Tegur Aron dengan bahagianya dari kelas sebelah.
Sora melihat ke arah Aron. "Humph!" Dia terus masuk ke dalam kelasnya. Kelas 5-A.
Aron garu kepala. "Agaknya bila dia nak senyum dekat aku? Dia je yang tak tertarik dengan aku. Teguh betul dinding pertahanan dia tu."
"Abang. Fikir apa tu?" Teguran dari belakang Aron memeranjatkannya sehingga dia terpeluk pintu kelas.
"Zarush. Tolonglah. Jangan tegur aku tiba-tiba. Nasib baik aku tak mati sakit jantung." Dia mengeluh berat.
Sebuah buku berkulit biru diletakkan di atas kepala Aron. "Nah, buku abang suruh cari tu. Bye. Nak masuk kelas."
Dia terus berjalan ke kelasnya tanpa menoleh ke belakang. Aron membebel. "Habis rosak rambut aku."
Zarush pulas tombol pintu kelas. Berkunci. Dia mengeluh. Dia melihat ke arah abangnya di hadapan pintu kelas 5-B. Dia berjalan ke arah abangnya.
"Eleh, datang nak minta maaflah tu. Ingat senang aku nak maafkan orang yang rosakkan rambut aku?"
Zarush hanya diam dan masuk ke dalam kelas Aron.
Aron geram dan melihat ke dalam kelasnya. Kelibat Zarush tiada. Hilang.
Di dalam kelas 5-A pula. Sora duduk dengan aman di tempat duduknya. Itu sebelum seseorang meletakkan sebuah buku bertajuk 'Beyond Twilight - Explore The World Of Vampire' di atas mejanya.
"Awak tertinggal buku di perpustakaan tadi."
Sora segera melihat wajah si pemberi buku tersebut. "Tak mungkin! Macam mana dia masuk?"
Zarush segera berjalan ke arah tempat duduknya selepas beri buku tersebut kepada Sora. Dia duduk di meja hadapan Sora.
"Aku rasa pelik. Siapa dia ni? Manusia atau bukan?"
Zarush senyum. Dia sedang memikirkan sesuatu. "Aku dah tak tahan. Terlalu lama aku sabar. Adakah aku patut makan sekarang?"
Perlahan-lahan dia keluaran bekalan makanan masakan ibunya dari bawah meja. Diletaknya di atas meja.
"Sedapnya bau."
Dia sempat melihat jam tangan pada pergelangan tangan kanannya sebelum membuka penutup bekas bekalan makannya. "10 minit lagi. Sempat rasanya."
"Bau apa ni?" Sora tertoleh-toleh mencari punc bau yang enak itu.
Akhirnya dia jumpa juga punca bau enak itu. "Dia makan dalam kelas lagi."
Sora memerhati pula sekeliling. Beberapa orang rakan sekelasnya perlahan-lahan menghampiri meja Zarush dengan air liur yang meleleh kerana bau yang sedap. Ada yang bawa sudu, garfu, chokstik dan sebagainya. Ada juga yang minta disuapkan. Zarush abaikan. Cepat saja dia habiskan makanannya dalam masa lima minit.
"Safe time. Safe food."
YOU ARE READING
TAKDIR
Ma cà rồngTakdir membawa aku ke sini, Kerana takdir aku mencintanya. Cinta aku bukan hanya kepada darahnya, Kerana cinta aku untuk seluruhnya. Dia telah mengubah diri ini, Dia telah mencuri hati ini. Kerana dia, Aku masih di sini, Kerana dia, Aku tidak mahu k...