BAB 2

136 7 0
                                    

Angin bertiupan mendamaikan keadaan. Air dalam kolam bergelora perlahan. Ikan-ikan bebas berenang. Sungguh tenang.

Kelihatan seorang pelajar lelaki sedang duduk bersila di tepi kolam. Dia sedang memeluk seekor patung beruang berwarna putih dengan wajah manja. Matanya ralit melihat ke dalam kolam. Ada seseorang di dalam kolam.

"Syel. Syel~ Si--- Yel--- Bangunlah. Ebby nak main dengan Syel. Kesian dia tunggu dari tadi. Ebby kata dia nak peluk Syel." Dia gerak-gerakkan tangan anak patung beruang seperti sedang berkomunikasi.

"Rein? Buat apa dekat sini? Bangunan sekolah rendah dekat sana. Kenapa masuk sini?" Tanya seorang gadis yang berjalan dengan seplastik roti.

Rein melihat ke arah gadis tersebut. "Hai, Maria. Selamat pagi."

"Ya. Selamat pagi." Dia duduk di atas kerusi berhampiran.

Rein berdiri dan berlari ke arah Maria. Dia duduk di sebelah kanan Maria.

"Rein datang sini buat apa?"

"Ebby nak main dengan Syel." Jawabnya dengan senyuman manja.

"Syel? Mana dia?" Tercari-cari kelibat Syelton.

"Dalam kolam."

"Ha? Dalam kolam? Dia tidur merata-rata lagi?" Dia terkejut dan terus berdiri. Seplastik roti diletakkan di atas kerusi tersebut. Dia bergegas berlari ke arah kolam.

Maria tekup mulutnya dengan menggunakan kedua-dua tangannya. "Adakah dia masih hidup lagi?"

Dia dapat melihat jasad seorang lelaki lengkap berpakaian sekolah dengan butang baju terbuka sedikit pada bahagian dada. Tali leher oren yang kelihatan terapung sedikit dari dada. Rambutnya beralun seiring dengan pergerakan air kolam. Mata pejam rapat seperti orang tidur lena. Dihiasi dengan permandangan kolam yang indah dengan pelbagai jenis ikan dan tumbuhan air. Airnya pula jernih.

"Rein. Tunggu sini. Saya nak panggil cikgu. Saya tak rasa dia okey."

Maria berlari ke arah bangunan blok C dan terlanggar seseorang. Jatuh terduduk. Dia mendongak melihat orang tersebut.

Dia cuak. "Se... Senior Drien?"

Drien melihat tajam ke arah gadis itu. "Poka dot."

"Ha?"

"Ah, tak ada apa. Poka dot sesuai dengan awak."

"Pervert Monster!" Dia jerit dalam hati.

"Abang Durian."

Drien melihat ke arah suara manja yang memanggilnya itu. "Rein. Woi, kau panggil aku apa tadi?"

"Abang Durian." Muka suci tidak bersalah.

"Kau nak makan kaki ke, ha?"

Wajahnya mula berubah sedih selepas dimarahi. "....Ba.... Bagi tahu ibu. Abang Durian buli saya dekat sekolah." Dia menangis.

Maria bergegas bangun dan menghampiri Rein. Dia pujuk Rein.

Sementara itu, di dalam kolam pula.

"Bisingnya. Aku nak tidur pun tak senang."

Perlahan-lahan dia buka mata dan duduk. Dia berdiri dari situ. Masing-masing melihat ke arahnya.

"Tak mungkin." Maria terkejut. Hampir menjerit.

Syelton keluar dari kolam dan berjalan menonong macam zombie. Rambut hadapan menutupi matanya.

"Syel~" Berlari ke arah Syelton bersama-sama Ebby dalam pelukkan.

Dia berhenti berjalan dan melihat ke arah Rein. "Rein? Kau ke yang menangis tadi?"

"Ya. Abang Durian buli Rein." Dia mengadu sambil lap air mata pada baju kemeja Syelton.

Syelton melihat ke arah Drien. Tidak kelihatan matanya. "Buli?"

"Yo, bro. Selamat kembali ke alam nyata." Dia bertegur sambil angkat tangan kanan ke atas dari jauh.

Syelton kemudiannya melihat ke arah tanah. Ada seketul batu muat satu genggaman tangan. Dia ambil batu tersebut berhampiran kakinya. Dia balinh tepat ke arah kepala Drien.

"Yo, bro. Terima kasih." Kata Syelton selepas baling batu tersebut.

Drien mengaduh kesakitan. Dahinya dipegang dengan menggunakan kedua-dua tangannya. Tertunduk kesakitan.

Maria panik. "Apa patut aku buat?"

"Cis, berani kau baling batu dekat kepala aku." Dia mula marah. Taring serigala mula kelihatan muncul pada giginya.

Matanya melihat ke arah batu yang berdarah tersebut. "Lebah?"

Dia pegang sayap lebah yang telah mati akibat terkena batu tersebut. "Dah mati."

Maria turut melihat lebah tersebut apabila Drien mengangkatnya ke atas."Eh?"

Kemudian, dia melihat ke arah syelton dan Rein duduk bersantai di bawah pokok yang rendang berhampiran kolam. Dia tersengih sendiri.

"Jauh betul dia nampak. Aku pun tak perasan sejak bila lebah lalu depan aku. Aku maafkan kau. Terima kasih." Dia bermonolog.

Maria terpinga-pinga. "Kenapa senior senyum?"

TAKDIRWhere stories live. Discover now