BAB 8

61 7 0
                                    

Sendirian di dalam rumah yang mewah dan sunyi. Seorang gadis sedang membaca sebuah buku bertajuk 'Beyond Twilight - Explore The World Of Vampire' yang ditulis oleh 'Manuela Dunn Mascetti'. Dia duduk di atas sebuah kerusi yang terletak di ruangan balkoni bilik yang luas. Di situ terdapat satu set meja dengan bercirikan corak Inggeris klasik.

 Di situ terdapat satu set meja dengan bercirikan corak Inggeris klasik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia membaca kulit belakang buku berwarna hitam tersebut. Sinopsis yang sangat menarik untuk dia tahu.

Selepas selesai membaca pada bahagian tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas selesai membaca pada bahagian tersebut. Dia buka buku itu. Tertera beberapa permulaan yang menarik untuk dibaca selanjutnya pada kertas yang membaluti kulit asal buku ini.

 Tertera beberapa permulaan yang menarik untuk dibaca selanjutnya pada kertas yang membaluti kulit asal buku ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kemudian, dia beralih ke muka surat terakhir.

Buku tersebut ditutup dan diletakkan di atas meja putih bertentangan dengannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Buku tersebut ditutup dan diletakkan di atas meja putih bertentangan dengannya. Matanya melihat ke arah langit malam yang tenang. Suasana gelap selepas hujan tetapi kawasan di sini cerah kerana lampu dinyalakan. Lampu bukan dari tenaga elektrik tetapi lampi dari unsur cahaya, kuasa miliknya.

Setiap bunga-bunga yang dihiasi pada koridor ini menghasilkan cahaya. Bunga khas ditanam oleh Sora Solaria.

#

Seseorang sedang memerhati seorang gadis dari jauh. Dia bersandar pada pokok dan melihat ke arah balkoni yang terang. Dia senyum sinis. Dalam suasana gelap di bawah pokok tersebut. Batang pokok diketuk dengan perasaan geram.

"Di sini rupanya kau bersembunyi. Kau ingat kau boleh lari lagi. Jangan harap. Kau perempuan bawa malang. Kau punca pakcik dan makcik aku tak bangun selama empat tahun. Walaupun kau saudara aku... aku tetap benci kau. Kau lari lepaa buat ibu bapa kau macam tu. Tak sangka. Kau kejam."

Dia ketuknya batang pokok di belakangnya ketika bersandar pada pokok tersebut sekali lagi. Buku limanya kemas digenggam.

"Aku akan bunuh kau."

#

Zarush mengabaikan abangnya yang tertidur beralaskan buku sejarah di atas meja belajar. Dia sedang merenung langit malam yang gelap. Dia sedang berfikir tentang sesuatu.

Dia bangun dari kerusi dan beredar dari bilik bacaan. Suasana bilik bacaan yang penuh dengan buku-buku kelihatan sangat kemas dan sunyi.

"Mama. Saya nak keluar sekejap." Beritahu ibunya ketika mereka terserempak di hadapan pintu bilik bacaan.

Pintu bilik ditutup.

"Nak ke mana?"  Ibunya hairan.

"Jumpa kawan. Ada hal."

"Betul?"

"Ya."

"Abang mana?"

"Tidur.

"Keluar seorang?"

"Ya."

"...." Dia kelihatan hairan. Tidak pernah Zarush keluar sendirian waktu malam tanpa abangnya walaupun mereka sering bergaduh.

"Mama risau kalau..."

"Saya dah besar. Mama jangan risau. Sekejap je. Nanti saya balik. Okey?" Dia cuba yakinkan ibunya.

Ibunya mengeluh berat. "Baiklah. Sekejap je. Sekarang dah pukul 10 : 30 malam. Pukul 11 : 00 malam balik rumah."

"Okey, mama. Terima kasih."

Dia gembira lalu mengucup dahi ibunya sebelum melompat turun dari tingkat tiga ke tingkat bawah. Dia terus berlari ke arah pintu. Keluar dari rumah selepas buka pintu. Pintu tertutup sendiri.

Ibunya ketawa melihat gelagat anaknya. "Lajunya lari."

Kemudian, dia buka pintu bilik bacaan dan melihat anaknya seorang lagi di meja bacaan. Dia senyum. Dia masuk ke dalam bilik tersebut. Berjalan ke arah Aron.

"Walaupun wajah sama tapi sifat berbeza. Aron. Mama risau dengan anak mama ni. Kalau ada masalah beritahu mama. Cikgu selalu panggi mama ke sekolah. Masalah kaunsling Aron terlalu banyak. Aron tak sayang diri Aron ke?" Dia berbual lembut seiring dengan  gosokan tangannya di atas kepala Aron.

"Maafkan Aron." Dia bergerak-gerak tetapi masih pejam mata.

Si ibu hanya senyum melihat anak kesayangannya itu.

Sementara itu, Zarush tiba di kawasan bukit di mana terdapat sebuah rumah di atas bukit itu. Zarush menoleh kiri dan kanan. Bersiaga.

"Esper? Macam mana boleh ada bau dekat kawasan ni? Sepatutnya tiada yang tahu tempat ni."

Bunyi tumbukan pada kayu telah berjaya membantu Zarush menjejak 'Esper' tersebut. Walaupun bunyi perlahan. Telinganya mampu mendengarinya.

Zarush berlari ke arah punca bunyi tersebut. Dia terlihat seseorang di bawah sebatang pokok. Orang yang tidak asing bagi dirinya.

"Pekerja kafe sekolah? Apa dia buat dekat sini?"

Dia menyorok di sebalik pokok berhampiran.

Di sini rupanya kau bersembunyi. Kau ingat kau boleh lari lagi. Jangan harap. Kau perempuan bawa malang. Kau punca pakcik dan makcik aku tak bangun selama empat tahun. Walaupun kau sepupu aku... aku tetap benci kau. Kau lari lepaa buat ibu bapa kau macam tu. Tak sangka. Kau kejam."

"Aku akan bunuh kau."

"Bunuh?" Zarush terkejut mendengar perkataan itu.

Zarush melihat ke arah orang itu lihat  balkoni rumah mewah milik Sora Solaris. Di situ bersantainya gadis yang sangat dikenalinya.

Zarush senyum sinis. "Menarik."

TAKDIRWhere stories live. Discover now