BAB 44

29 3 0
                                    

Shine sudah mencari anaknya merata-rata tetapi dia tidak menjumpainya. Cikgu Teru juga membantu Shine dalam pencarian tersebut. Akhirnya, Shine terduduk lemah di taman permainan yang sering menjadi tempat lepak anak-anaknya ketika dahulu.

Cikgu Teru berdiri di sebelah Shine. "Aku tak tahu ke mana lagi dia pergi. Dia hilang macam tu saja."

Shine berdiri. Dia kelihatan lemah dan tidak bersemangat. Cikgu Teru pula memerhati Shine yang berjalan ke arah keretanya.

"Shine. Aku akan cuba cari anak kau."

Shine berhenti berjalan. "Terima kasih. Aku akan terus cari Zarush."

#

Aron memerhati bintang-bintang di langit. Dia baru sahaja mendapat panggilan daripada bapanya. Dia diberitahu bahawa Zarush masih belum dijumpai. Aron semakin risau.

"Zarush. Kau pergi mana?"

Aron genggam selimut. Dia risau, sedih dan marah.

"Jangan tinggalkan aku. Aku tak nak kehilangan sesiapa lagi."

Pada malam tersebut, Shine cuba mencari Zarush menggunakan satelit. Dia memerhati CCTV dan rakaman satelit di dalam bilik rahsia di makmalnya. Shine mengarahkan pasukan khas untuk menjejaki dan mencari anaknya.

Elvina dan Fedric turut mencari Zarush selepas mendapat tahu hal tersebut daripada Aron. Fedric juga ada menelefon Shine untuk mendapatkan kepastian. Tidak lupa juga kepada Cikgu Teru yang melibatkan diri dalam ini.

#

Sementara itu, di rumah Sora pula. Sora sedang makan malam bersama-sama serigala putih. Sora kelihatan gembira melihat serigala putih itu suka daging bakar yang dimasak olehnya. Selepas itu dia usap kepala serigala putih itu.

"Cepatnya habis. Sedap, ya? Nanti saya masak untuk awak lagi. Awak ni gemuk. Mesti makan banyak. Gemuk gemuk pun gebu juga."

Sora gosok kedua-dua pipi serigala putih itu. Serigala putih itu pula semakin manja dan bahagia.

"Kalaulah dia layan aku baik macam ni sejak dulu. Tapi kalau dia tahu ini ialah diri aku. Mungkin dia dah lari."

Serigala itu melihat ke arah Sora. Sora berhenti gosok pipi serigala putih tersebut.

"Nama apa yang sesuai untuk awak? Susahlah kalau tak ada nama."

Sora memerhati fizikal serigala putih itu. Bermata biru keorenan, bawah alis mata berwarna biru dan seluruh badannya berwarna putih.

"Shiro."

"Shiro?" Kata hati serigala putih itu.

Sora memeluk serigala tersebut. "Shiro."

"Ehhhhh?" Serigala itu kelihatan panik. Wajahnya kelihatan merah.

"Shiro?"

Sora melepaskan pelukan. Dia melihat keadaan Shiro yang pelik. Shiro rebah. Mungkin sudah pengsan.

#

Froz memerhati Fiqry sedang minum kopi sambil menghadap komputer riba. Dia menghampiri Fiqry bersama-sama sebuah fail laporan. Fail tersebut diletakkan di atas meja.

"Boss, tak nak balik lagi ke? Dah tengah malam. Boss perlukan rehat juga. Jangan terlalu memaksa diri. Lagi pun kuasa boss masih belum stabil."

Fiqry letak cawan atas meja. Dia melihat ke arah Froz. Pandangan dingin.

"Nanti aku baliklah. Ada banyak benda yang perlu aku buat. Lepas ni aku kena jumpa Tegnea pula. Sampai bila dia macam tu? Kenapa dia tak sedarkand iri lagi?"

"Boss jumpa dia esok sajalah. Lepas siap kerja ni. Saya hantar boss balik."

"Kau tak faham la..."

Kepala Fiqry tiba-tiba sakit. Froz terkejut. Dia terus bantu Fiqry mencari buat tahan sakit di dalam laci meja.

#

Syelton keluar dari wad. Dia naik ke bumbung hospital tanpa diperasani oleh pekerja-pekerja di situ. Dia berbaring di atas bumbung hospital setibanya dia di situ. Suasana malam tanpa bulan dan hanya ada bintang. Angin pula sepoi-sepoi bahasa.

"Ayah. Selemat hari lahir. Syel rindu ayah."

Dia pejam mata. Air mata mengalir dari kedua-dua matanya.

"Esok Syel dah boleh keluar hospital. Syel akan datang melawat ayah dekat sana."

"Syel akan jaga orang-orang yang Syel sayang dan orang yang tidak bersalah. Syel tak akan benarkan pakcik tu ulang perkara sama lagi. Syel akan cari dia. Syel akan hapuskan dia. Disebakan dia la. Syel kehilangan ayah."

Angin tiba-tiba kencang hanya sekali lalu.

"Selamat malam, ayah."

Syelton letak tapak tangan kanan di atas dada kiri. "Ayah sentiasa ada dalam hati Syel."

#

Zenith mengangkat Maria masuk ke dalam bilik kerana Maria tertidur ketika mereka sedang menonton televisyen. Selepas selesai menguruskan Maria. Dia keluar dari rumah. Dia lihat sekeliling rumahnya.

"Manusia."

Tanpa membuang masa. Zenith terus bertukar menjadi vampire sepenuhnya. Ketika ini dia ditembak dari pelbagai arah.

Zenith tidak hanya duduk diam. Dia memagari rumah Maria menggunakan kuasa api hitam suapaya tiada peluru dapat tembusi rumah itu. Dia pula mencari mereka dan membunuh mereka.

"Hari-hari dapat minum darah segar. Rasanya tak ada masalah. Tapi aku masih belum puas hati selagi aku tak dapat orang tu. Aku mahukan bonda aku kembali." Zenith pancung mangsa yang berada di hadapannya.

Inilah tugas Zenith sekarang ini. Dia bertanggungjawab melindungi Maria. Setiap malam akan ada sekumpulan manusia dari AntiVamWere datang ke rumah itu untuk menculik Maria. Mungkin mereka mahukan kuasa yang dimiliki oleh Maria. Tetapi nasib ahli-ahli yang terlibat sangat malang kerana perlu berhadapan dengan Zenith.

"Aku tak akan benarkan korang sentuh Maria. Maria, aku punya." Zenith mengamuk.

Tiada seorang musuh yang dapat kembali dengan selamat selapas datang ke kawasan ini. Kawasan ini bagaikan kawasan yang berpuaka. Namun, Fiqry masih menghantar orang-orangnya ke sini. Semakin lama semakin ramai dia hantar.


TAKDIRWhere stories live. Discover now