24 jam Aron bersama-sama Zarush di dalam rumah mereka sejak Zarush dibawa pulang ke rumah. Mandi juga bersama-sama dalam satu tab mandi. Zarush merungut. Aron tetap buat tidak dengar.
"Abang. Zarush dah besar la. Bukan budak-budak lagi. Tak muat tab mandi. Malu la."
Zarush peluk kedua-dua lutut dan benam kepalanya antara dua lutut itu. Aron pula sedang bermain buih-buih sabun dalam tab mandi tersebut.
"Tak boleh ke? Masa dulu-dulu boleh je. Kau kan suka kalau aku gosok-gosok belakang badan kau."
Dia tiup buih-buih sabun ke arah Zarush. Melekat buih-buih tersebut pada kepala Zarush.
"Tu dulu. Sekarang lain. Abang tak faham ke?"
Dia biarkan buih-buih sabun melekat pada kepalanya.
"Sekarang... lain..."
Wajah Aron bertukar muram. "Ya. Mungkin betul apa yang kau cakap. Dulu dan sekarang dah tak sama. Tapi kau tetap adik aku. Aku tak nak kehilangan kau. Aku tak sanggup. Aku takut."
Aron mula menangis. Zarush lihat ke arah Aron. Dia sandar pada dinding dan tarik kepala Aron pada bahu kirinya.
"Jangan menangis lagi. Zarush ada dekat sini. Tak pergi mana-mana. Terima kasih sebab dah jaga Zarush. Abang kuat. Abang hebat. Tapi Zarush tak akan biarkan papa hukum abang seorang je. Zarush pun salah."
Zarush melihat ke arah lampu pada siling bilik mandi. Dia lihat kembali ke arah Aron.
Aron sudah tertidur.
"Abang. Bangunlah. Jangan tidur sini."
Gongcang badan Aron. Tiada respon.
"Tak akan aku nak mandikan abang pula....?"
"Abang!"
#
Shine duduk di atas kerusi sambil minum kopi 'O' suam. Isterinya bancuh beberapa minit yang lalu. Matanya melihat ke arah sebuah isi kandungan fail di atas meja di hadapannya. Laporan yang dia baru terima pagi tadi tentang mangsa pembunuhan dalam kalangan werewolf meningkat beberapa hari kebelakangan ini.
Pintu bilik bacaan diketuk.
"Papa. Maaf sebab mengganggu. Boleh Zarush masuk? Ada benda nak bincang."
Cawan kopi 'O' diletakkan di atas meja bacaan. "Masuklah."
Fail tadi ditutup dan diletakkan atas timbunan fail sama saiz dan warna.
Zarush buka pintu dan masuk ke dalam bilik bacaan tersebut. Dia berjalan ke arah Shine. Duduk di atas kerusi bertentangan dengan Shine.
"Nak bincang apa?"
"Pasal abang."
Wajah Shine mula serius. "Beritahu papa. Apa yang Zarush tahu pasal abang? Kenapa Zarush kata Zarush pun terlibat? Papa nak tahu semuanya. Jangan tipu papa. Papa tak suka."
"Kalau Zarush cakap ni. Papa tak hukum abang?"
"Kalau papa tak boleh terima alasan tu. Mungkin papa akan teruskan hukuman."
"Hukum Zarush sekali. Zarush pun bersalah."
Dia mengeluh. "Baiklah. Kalau itu yang Zarush mahu. Papa akan buat."
#
Seorang pelajar lelaki sedang memerhati suasa padang sekolah yang luas. Pandangannya kelihatan kosong. Tidak berkelip matanya.
"Drien."
Ves tepuk bahu Drien. Drien terkejut. Tersedar kembali. Dia lihat ke arah Ves dan Que.
"Kau okey ke, Drien?" Que bertanya.
"Aku okey."
Dia senyum tapi tidak lama. Wajahnya mula muram. Mungkin masih teringatkan kes tersebut.
Kedua-dua rakannya menujuknya. Mereka rangkul leher Drien.
"Sabarlah. Kami faham. Kami ada untuk bantu. Jangan risau." Kata Ves kepada Drien.
"Terima kasih."
#
Sora tompang dagu menggunakan tangan kanannya. Melihat ke hadapan. Tempat duduk kosong.
"Kenapa dia tak datang sekolah lagi? Dah pandai ponteng sekarang ni?"
"Kau termenung apa tu?"
Syelton berdiri di sebelah kanan Sora. Sora terus betulkan kedudukkannya. Kedua-dua lengannya kini disilangkan pada dada. Lihat ke arah Syelton.
"Tak ada apa. Cuma terfikir. Sejak bila kawan baik kau tu pandai ponteng sekolah."
Dia lihat ke arah tempat duduk Zarush di hadapannya. Syelton turun melihat ke situ.
Dia duduk di atas kerusi di sebelah kanan tempat duduk Sora. Tepat duduk dia sendiri.
"Zarush ke? Dia tak sihat. Papa dia kata dia dah banyak hari tak sedarkan diri. Terkena racun apa entah. Dia dibawa ke makmal papa dia. Aron jaga. Itu apa yang papa dia kata masa aku datang rumah dia hari tu. Hantar nota."
Dia bersandar pada kerusi. Pejam mata.
"Racun? Tak mungkin... Malam tu dia kena tikam dengan... Pisau tu beracun? Jadi... Ni semua salah aku? Salah aku yang buatkan dia sakit? Apa aku dah buat ni?"
Sora tundukkan kepalanya mencecah meja. Dia rasa kesal kerana hal tersebut.
#
Sepasang mata tiba-tiba terbuka luas. Mata yang berwarna merah dan perlahan-lahan menjadi oren. Akhirnya menjadi coklat terang. Dia lihat sekeliling. Hanya dia di dalam bilik tersebut. Bilik yang penuh dengan fail.
Dia alihkan pandangan ke arah komputer riba. Terdapat beberapa titik merah pada peta dalam komputer riba itu. Ada satu titik merah yang lebih besar dan terang. Terdapat dua titik di tempat yang sama.
Dia senyum.
"Tegnea. Kali ini aku sendiri akan tangkap kau dan bunuh kau."
YOU ARE READING
TAKDIR
VampireTakdir membawa aku ke sini, Kerana takdir aku mencintanya. Cinta aku bukan hanya kepada darahnya, Kerana cinta aku untuk seluruhnya. Dia telah mengubah diri ini, Dia telah mencuri hati ini. Kerana dia, Aku masih di sini, Kerana dia, Aku tidak mahu k...