Kini sudah seminggu masa berlalu. Shine masih belum menjumpai Zarush. Dia sudah tidak tahu di mana dia harus mencari anaknya itu. Aron juga sudah hilang ceria sejak adiknya hilang.
Aron lebih berdiam diri di dalam kelas berbanding sebelum ini. Rakan-rakannya juga hairan terhadap kelakuannya. Semakin lama mereka semakin tidak dapat bezakan antara Aron dan Zarush kerana sikap Aron semakin menerupai Zarush.
Sora melihat Aron duduk sendirian di sebuah kerusi yang menjadi tempat duduk kegemaran Zarush di dalam perpustakaan ini. Dia sedang membaca sebuah novel yang bertajuk 'The Shadow Beasts - The Dark Mystery Of The Shadow Beasts' yang ditulis oleh Gregory Janicke.
Ketika ini Sora pula berada di sebelah rak buku yang terletak di sebelah kanan meja Aron berada. Pada tangan kanannya terdapat sebuah novel yang bertajuk 'I, Robot' yang ditulis oleh Isaac Asimov.
Sora berjalan menghampiri Aron. Dia mahu bertanyakan khabar Aron kerana dia rasa simpati terhadap keadaan Aron sekarang ini. Aron bukan lagi Aron yang dia kenal sebelum ini.
Aron yang selama ini sering bersama-sama kawannya juga kini sering bersendirian seperti Zarush. Sora juga merasakan dirinya sedang melihat Zarush di hadapannya walaupun dia tahu itu ialah Aron.
Aron menutup buku yang dibaacanya tadi. Pandanganya kelihatan sayu ketika melihat sinopsis di belakang buku itu. Mulutnya terkumat-kamit membaca sinopsis itu perlahan-lahan.
YOU ARE READING
TAKDIR
VampirTakdir membawa aku ke sini, Kerana takdir aku mencintanya. Cinta aku bukan hanya kepada darahnya, Kerana cinta aku untuk seluruhnya. Dia telah mengubah diri ini, Dia telah mencuri hati ini. Kerana dia, Aku masih di sini, Kerana dia, Aku tidak mahu k...