Wajah yang kacak tetapi pakaiannya koyak rabak. Lengannya dan beberapa anggota badan yang lain telah luka. Rambutnya pula penuh daun kering. Dia mengeluh sebelum berdiri dengan malas.
"Abang Visky! Okey ke?" Jerit seorang gadis dari atas tanah.
"Okey!" Jawab Visky dari dalam lubang yang luas dan sangat dalam.
Dia telah terjatuh dalam sebuah lubang ketika berjalan dengan adiknya. Tasya Vlad Alder. Mereka berdua baru balik dari universiti. Berjalan kaki pulang ke istana dengan alasan mungkin akan terjumpa adik bongsu mereka di mana-mana.
Zenith Vlad Alder ialah adik bongsu mereka. Dia lari dari istana ketika dipenjarakan. Perkara itu dilakukan atas arahan Raja Rem Vlad Alder, bapa mereka. Itu kerana Zenith telah membunuh semua pelajar di sekolah tersebut termasuk guru-guru dan pekerja sekolah.
Misi mencari Zenith bermula sejak dia lari dari penjara pada malam kejadian. Masih tidak dijumpai sehingga kini.
"Tasya!
"Ya." Tasya duduk di atas tanah dan jenguk kepala ke dalam lubang besar itu.
"Abang nak jelajah lubang ni. Tasya tunggu dekat atas."
"Nak Tasya panggilkan pengawal tolong abang keluar nanti?"
"Boleh juga. Nanti..."
"Tasya pergi sekarang." Dia terus bangun dan berlari dari situ.
Visky tinggal sendirian. "Aku tak habis cakap lagi. Baru terfikir suruh bawakan makanan sekali. Laparnya. Kuliah penuh. Tak sempat makan."
Krek!
Visky bersiaga apabila mendengar bunyi ranting patah. Dia melihat keadaan sekeliling. Beberapa pasang mata oren mula kelihatan dalam keadaan samar-samar cerah itu. Bunyi ngauman memeranjatkan Visky.
"Panthera Tigris! Tiger! Harimau! Makhluk berbulu! Warghhh!!!" Dia menjerit sekuat hati dan panik.
Berlari pusing-pusing sekeliling. Dia bertambah panik dan kaku apabila menyedari dirinya dikepung sekumpulan harimau yang banyak.
"Aku... aku... Jangan makan aku. Aku tak makan tengah hari lagi." Mahu menangis tapi cuba berlagak tenang. Kaki menggigil.
Seekor harima tiba-tiba berlari ke arah Visky dan menyerangnya sehingga jatuh terlentang atas tanah. Harimau yang lain turun mendekatinya.
Tubuh Visky semakin menggigil apabila pipinya dijilat oleh harimau tadi. Dia pejam mata kerana takut.
Bunyi suara ketawa seseorang buatkan Visky muka mata. "Siapa?"
Dia tepuk tangan. "Oh my Visky. Kau memang tak pernah berubah. Masih penakut macam dulu."
Seorang lelaki berkemeja merah dan lengkap berpakaian formal kot hitam. Dia muncul di sebalik kegelapan dalam lubang tersebut. Dia berjalan ke arah Visky.
"Adien Lesalen?"
Adien hulurkan tangan kanan ke arah Visky. "Apa khabar bakal abang ipar?"
"Cis. Kau memang." Tangan tersebut disambutnya dengan pegangan erat. Dia terus berdiri ketik ditarik oleh Adien.
"Bila kau balik sini? Bukan kau belajar di luar negara ke?" Tanya Visky kepada Aiden.
Mereka lepaskan pegangan tangan masing-masing. Adien duduk di atas salah sekor harimau miliknya.
"Aku baru sampai semalam. Sekarang dah mula cuti semesta. Aku baliklah. Rindu bakal isteri. Tapi tak sangka pula kau yang jatuh dalam ni."
Visky melihat ke arah Adien. Tidak puas hati. "Jadi, kau memang sengaja korek lubang ni sebab nak perangkap dia masuk sini?"
"Yup. Korang kan suka lalu jalan ni masa balik ke istana." Dia jawab dengan bangga.
Visky tarik nafas sedalam yang boleh sebelum dia menyerang Adien. Kolar baju kemeja ditarik kuat.
"Kau! Kahwin dulu la kalau nak buat benda 'itu' pun." Dia mula baran.
" ... 'itu'?"
"Eh? Aku salah cakap ke?"
Adien ketawa. "Jauhnya kau fikir. Aku ingat nak buat kejutan lamaran dalam ni. Sebelum aku melamar dia depan keluarga kau. Ayahanda kau pun dah setuju. Lagi cepat lagi bagus."
Kolar baju kemeja dilepaskan. "Nasib baik." Dia rasa sedikit lega.
"Abang Visky!" Jerit suara gadis dari atas tanah.
"Tasya dah bawakan pengawal untuk tolong abang."
"Tasyaaaaaaa, sayangggg." Panggil Adien.
"Eh? Macam kenal." Dia berfikir seketika sambil melihat ke dalam lubang yang luas itu.
"Bau ni macam...."
"Tasyaaaaa~ Baby dah balik."
"Baby? Uh? Adien!!!!" Tasya terkejut melihat jejaka tersebut.
"I'm back."
"Adien~"
Tasya sungguh bahagia sehingga dia rela terjun lubang tersebut terus dalam dakapan Adien. Siap sedia untuk sambut. Bersama-sama beberapa ekor harimau sebagai tilam yang lembut dan gebu.
"Dua vampire yang setahun tak jumpa sedang berbahagia depan aku." Visky rasa tersisih.
Dia duduk di satu sudut yang gelap dan meneluk kepala lututnya. Seekor harimau betina menghampirinya. Harimau yang terkam dia tadi.
Mata bertentang mata. Masa bagaikan berhenti seketika.
Tiba-tiba kedua-dua tangan gebu milik harimau tersebut menutup kedua-dua mata Adien. Visky terkejut. Dia terus tepis tangan harimau betina itu.
"Jangan sentuh aku. Makhluk berbulu." Dia jerit. Tasya, Adien dan dua pengawal melihat ke arah Visky.
"Dia masih tak suka mahluk berbulu?" Mereka tertanya-tanya.
Harimau betina tersebut pusing ke arah Visky. Pandangan tajam dan kelihatan marah. Dia mula berlari ke arah mangsanya. Visky ketakutan dan melarikan diri. Sesi kejar mengejar disaksikan oleh mereka yang berada di situ.
"Adien! Tolong aku." Jerit menjerit minta tolong sambil berlari.
Adien ketawa. "Kau cari pasal. Siapa suruh? Kau ingat dia tak ada perasaan ke?"
"Tasya! Tolong!"
Tasya hanya ketawa.

ANDA SEDANG MEMBACA
TAKDIR
VampireTakdir membawa aku ke sini, Kerana takdir aku mencintanya. Cinta aku bukan hanya kepada darahnya, Kerana cinta aku untuk seluruhnya. Dia telah mengubah diri ini, Dia telah mencuri hati ini. Kerana dia, Aku masih di sini, Kerana dia, Aku tidak mahu k...