BAB 6

79 6 0
                                    

Bunyi serigala menyalak telah memeranjatkan seseorang ketika dia sedang memasukkan peluru ke dalam senapangnya. Senapang disetkan selepas selesai masukkan peluru. Jaket hitam dicapai dari penyandar kerusi dan segera dipakainya. Hud pada jaket ditarik ke atas kepala. Senapang tadi digalas ke belakang. Cermin yang berada pada meja solek dilihat sekilas sebelum dia berjalan ke arah pintu bilik.

Dia berjalan ke arah pintu bilik lalu mengambil sebuah topeng berwarna hitam yang disangkut kemas pada dinding bilik. Di sebelah pintu. Dia terus pakai topeng tersebut pada wajahnya. Pintu bilik ditutup dan dikunci.

"Masa untuk balas dendam terhadap kematian ahli keluarga aku." Dia berkata sambil lihat ruangan rumah agam yang kosong.

#

Sambil ketawa sambil makan. Meratah daging mentah manusia di sebuah lorong perumahan. Mata oren itu kelihatan sungguh ghairah menyantap mangsanya.

Dia ialah seorang lelaki berpakaian serba hitam. Di atas kepalanya terletak kemas hud berbulu. Di hadapannya ialah seorang mangsa. Seorang gadis muda yang tiada pakaian. Sebahagian daripada tubuhnya telah dimakan oleh lelaki itu.

"Sedap. Makan malam yang sangat lazat. Hahahahaaaa..." Dia kelihatan seperti orang gila.

Jari-jemari tangan kanannya dijilat dengan penuh nikmat. "Manusia. Aku suka manusia."

Satu tembakan telah dilepaskan ke arah lelaki itu. Tetapi berjaya ditangkap peluru tersebut sebelum terus mengenai matanya.

"Pemburu." Dia ketawa selepas sebut perkataan tersebut.

Dia berdiri. Jilat bibir yang tersisa kesan darah. Dia sengih apabila pemburu itu menembaknya sekali lagi. Tiada kesan. Peluru terapung. Masuk dalam air yang terapung.

"Jumpa lagi, Encik Pemburu. Selamat malam."

Pantas dia berlari ke arah pemburu tersebut dan berselisihan. Pemburu itu peka dan terus menembak. Tetapi dinding air terapung menghalang semua peluru tersebut.

"Cis, dia gunakan elemen air pula kali ini. Terlepas lagi." Dia geram. Dia genggam erat senapangnya.

Kemudian, dia melihat ke arah mangsa. Dia terkejut dan tertunduk. "Tak guna."

"Elsa Madurina. Dari kelas 4-C. Dari sekolah aku. Mangsa ke-59. Dan Encik Pemburu muncul lagi. Kenapa dia asyik muncul tempat yang sepatutnya? Dia ada letak alat pengesan dekat badan abang ke?"

Seorang lelaki sedang berdiri di atas bumbung bangunan berhampiran. Pada tanganya terdapat sebuah buku nota kecil dan sebatang pen merah. Pada lengan kanannya punya bergantung plastik putih bertulis '7 Eleven'. Dia sedang mencatat tentang mangsa tersebut.

"Siapa Encik Pemburu tu?" Dia melihat ke arah lelaki berpakaian hitam dan bersenapang sedang telefon seseorang.

Hidung Zarush bergerak-gerak seperti menghidu sesuatu. "Tiada bau. Dia ni makhluk apa? Hantu?"

Si pemburu rasa diperhatikan. Dia melihat ke atas. Setiap bumbung bangunan diperhatikan. Tiada apa-apa. Cuma ada bulan mengambang pada malam ini.

"Hello, Inspektor."

#

Aron tersandar kepenatan di hadapan pintu rumahnya. Dia mengambil nafas panjang sebelum memulas tombol pintu.

"Sampai hati abang tinggalkan adik seorang diri di kedai tu."

Aron terkejut. "Zarush?"

Zarush abaikan Aron yang kaku di hadapan pintu. Dia terus masuk ke dalam rumah apabila pintu terbuka sendiri dengan perlahan-lahan.

"Tak ada susu untuk abang. Adik ambil semua."

Pintu ditutup.

"Eh?" Aron tersedar. Melihat pintu tertutup.

"Zarush!" Dia pulas tombol pintu dan terus masuk. Tiada sesiapa di ruang tamu.

"Susu tu aku punya la! Aku beritahu mama. Kau tak hormat aku." Dia menjerit. Dengar satu rumah.

Sekotak susu diletakkan di atas kepala Aron. Kemudian, Zarush berjalan ke arah dapur.

"Mama. Saya dah beli barang yang mama suruh beli tadi. Ni resitnya." Plastik barang diletakkan di atas meja makan.

Seorang wanita sedang sibuk memotong daging di atas singki segera mencuci tangannya selepas pulas paip air. Dia melihat ke arah Zarush sebelum melihat ke arah barang di atas meja.

"Abang mana?"

Aron geram. Dia capai susu kotak di atas kepala dan berlari ke arah  dapur.

"Berani kau letak susu ni atas kepala aku!"

"Aron. Tak baik marah adik macam tu. Adik dah bagi susu kan?" Nasihat mama mereka.

Aron kelihatan tenang. "Tapi... tapi dia..."

"Abang manja." Kata Zarush.

"Mama. Tengok dia tu." Aron kembali baran.

TAKDIRTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang