Sora tutup wajahnya pada bantal apabila teringat kejadian di sekolah pada pagi tadi. Dia rasa malu terhadap kelakuannya sendiri.
"Kenapa aku pegang tangan dia?" Wajahnya merah dan panas.
"Malu!!" Dia menjerit.
Pintu koridor bilik yang diperbuat daripada kaca diketuk. Sora terus melihat ke arah bunyi tersebut. Terdapat seorang lelaki berhud hitam yang berbulu dan bercermin mata. Dia senyum dan melambai kepada Sora.
"Zarush?" Dia terkejut.
Sora turun dari katil. Dia berlari ke arah pintu koridor. Langsir pintu ditarik menutupi pintu itu.
"Buat apa dia datang sini?"
"Sora." Zarush meletakkan tapak tangan kanan pada pintu tersebut.
"Saya datang sebab saya risaukan awak. Awak okey?"
"Aku okey la. Kau balik je la. Aku nak tidur." Dia kembali ke katil."
Zarush sandar pada pintu. "Awak tidurlah. Saya jaga dekat luar. Selamat malam."
Sora peluk bantal. "Umm..."
"Kenapa dia baik sangat? Apa dia nak sebenarnya?"
Sementara itu, di sebalik pokok berhampiran rumah Sora. Seseorang sedang mengendap. Pisau belati dihunus masuk ke dalam sarung. Dia mengetap bibir kerana tidak puas hati melihat Zarush di hadapan koridor bilik Sora.
"Tak guna. Apa yang kau buat di sini? Tak sangka. Kuat juga kau lawan aku tadi. Walaupun tak ada kuasa. Dasar werewolf. Aku akan bunuh kau dulu sebelum aku bunuh perempuan tu." Kata hatinya.
Zarush melihat ke arah pokok di sebelah kanan koridor di mana seseorang berdiri tadi. Tiada sesiapa di situ. "Dia dah lari."
Zarush duduk bersandar pada pintu koridor. "Nasib baik aku sempat sampai sebelum dia naik sini. Nampak gayanya, aku kena bawa Sora pergi dari sini. Tempat ni dah tak selamat. Tapi nak bawa lari mana?"
"Zarush."
Zarush tersedar apabila mendengar suara Sora di belakangnya. "Ya."
Sora duduk bersandar pada pintu koridor di dalam biliknya. "Kenapa kau suka dekat aku?"
"Kenapa saya suka dekat awak? Saya suka sebab hati saya kata awak..."
"Jujur je la. Terus terang. Aku tak suka orang cakap berbelit." Sora serius.
Zarush ketawa. "Baiklah. Saya suka awak sebab awak baik. Awak pernah muncul dalam kehidupan saya untuk selamatkan saya masa dulu. Mungkin awak dah lupa."
"Dulu? Bila?" Dia mula berminat untuk mengetahuinya.
"Awak masih ingat lubang bawah pokok?"
Dia terkejut. "Lubang? Eh? Tu tempat rahsia aku. Aku selalu duduk situ bila ibu bapa aku tak ada dekat rumah. Macam mana kau tahu?"
"Sebab kau yang bawa aku ke situ." Jawab Zarush.
#
10 tahun dahulu. Dua orang kanak-kanak kembar telah berlari masuk ke dalam hutan apabila mereka dikejar oleh tiga orang lelaki bersenjata. Pada awalnya, mereka sedang bermain bersama-sama rakan mereka di pinggir hutan. Mencari kumbang di beberapa batang pokok. Tetapi kemunculan tiga orang lelaki bersenjata telah menyebabkan mereka berlari ke dalam hutan. Seorang rakan mereka telah ditembak mati. Dua orang lagi lari entah ke mana. Pasangan kembar pula berlari masuk hutan.
Zarush jatuh terduduk. Lututnya berdarah akibat tersangkut kayu. "Abang. Kaki adik berdarah."
Aron pegang tangan Zarush. "Adik bertahan la. Kita perlu cari tempat bersembunyi. Mereka dah dekat."

ANDA SEDANG MEMBACA
TAKDIR
VampireTakdir membawa aku ke sini, Kerana takdir aku mencintanya. Cinta aku bukan hanya kepada darahnya, Kerana cinta aku untuk seluruhnya. Dia telah mengubah diri ini, Dia telah mencuri hati ini. Kerana dia, Aku masih di sini, Kerana dia, Aku tidak mahu k...