Kejadian kes pembunuhan puak vampire semakin berleluasa. Hal ini menyebabkan ramai ahli persatuan vampire meminta untuk adakan mesyuarat. Mesyuarat mereka akan diadakan disebuah bangunan rahsia milik Denial pada waktu malam. Bangunan yang dibina di dalam sebuah hutan.
"Shine. Boleh aku minta tolong sikit?" Tegnea bertanya selepas keluarkan lolipop daripada mulutnya.
"Tolong apa?" Shine memandu.
"Benarkan Zenith dan Maria tinggal dengan aku. Atau pun buatkan sistem pertahanan macam di makmal kau pada rumah mereka. Aku risau." Dia lihat ke arah kakinya. Dihayun-hayunkan.
"Baiklah. Aku akan buat nanti. Lepas perjumpaan ni, kita pergi sana. Jumpa anak kau."
Tegnea melihat ke arah Shine dengan pandangan yang bersinar. "Terima kasih. Kau memang butler yang terbaik."
"Aku bukan butler la."
Tegnea ketawa.
Sekilas pandang, Shine melihat ke arah cermin pandang belakang. Sebuah kereta hitam mengekori mereka. Sepucuk pistol kelihatan keluar dari cermin tingkap penumpang hadapan.
"Tegnea. Pegang kuat-kuat. Aku nak drift. Kita diekori. Tak guna. Macam mana mereka boleh kesan kedudukan kita? Aku dah setkan alat pertahanan daripada dikesan."
Shine mula memandu laju. Tegnea pula masukkan lolipop dalam mulut dan pegang tali pinggang keselamatam dengan kuat.
Dua das tembakan dilepaskan pada kedua-dua tayar belakang kereta milik Shine. Kereta hilang kawalan dan terlanggar sebatang pokok di kawasan hutan.
"Tegnea. Kau tak apa-apa ke?" Shine panik.
"Aku tak apa-apa." Nasib dia baik sebab pegang tali pinggang keselamatan dengan kuat.
Kereta hitam yang menyerang mereka semakin hampir. Shine dapat lihat dengan jelas ketika menoleh ke belakang.
Shine pantas membuka kunci tali pinggang keselamatanya dan Tegnea. Dia buka pintu pemandu dan dukung Tegnea.
"Kita kena lari dari sini." Shine mulakan lariannya.
"Biar aku lawan."
"Bahayalah. Nanti badan kau makin mengecil."
Ahli organisasi Anti-VamWere mengejar mereka sambil menembak. Ada yang berlari keluar dari kenderaan dan ada juga yang mengejar mereka dengan kenderaan. Bukan satu kenderaan sahaja. Malah, dua buah kereta dan empat buah motorsikal.
Shine mula berubah separuh werewolf dan menggunakan kuasa dinding angin untuk mengelak daripada terkena tembakan tersebut ketika berlari. Walaupun berhasil, mereka tetap dalam masalah.
Sebuah motorsikal berhenti di hadapan mereka. Tanpa pistol. Sebaliknya mengacukan jari dengan gaya sepucuk pistol.
Larian Shine terhenti. Dia bersiaga dengan dinding angin. Tegnea pula buang batang lolipop ke tanah.
"Fiqry." Tegnea berkata.
Helmet di atas kepala Fiqry masih belum ditanggalkan. Hanya mata yang kelihatan.
"Hai, kawan-kawan lama. Tak sangka masih ingat nama aku. Tapi sekarang, kau semua ialah musuh aku."
Jarinya bergerak seperti menarik picu pistol dan tembak ke arah Shine. Bila angin bertemu api. Api semakin marak.
Shine sempat melompat keluar dari kawasan tersebut. Sebaik saja dia berjaya keluar dari dinding angin yang terbakar itu. Bahagian belakangnya telah ditembak oleh pengikut Fiqry.

YOU ARE READING
TAKDIR
VampireTakdir membawa aku ke sini, Kerana takdir aku mencintanya. Cinta aku bukan hanya kepada darahnya, Kerana cinta aku untuk seluruhnya. Dia telah mengubah diri ini, Dia telah mencuri hati ini. Kerana dia, Aku masih di sini, Kerana dia, Aku tidak mahu k...