Majlis pengebumian telah dilakukan di tanah perkuburan yang terletak di kawasan perumahan itu. Maria masih menangis tetapi tidak teresak-esak seperti sebelum ini. Zenith memeluk kepala Maria rapat pada dadanya selepas jenazah ibu bapa Maria ditanam. Majlis pengebumian juga telah selesai. Hanya mereka yang berada di situ termasuklah Tegnea.
"Maria. Janganlah menangis lagi. Nanti mak dan ayah rasa sedih. Aku ada di sini untuk jaga kau." Dia cuba tenangkan Maria.
Maria mengelap air matanya pada dada baju Zenith. "Jangan tinggalkan saya. Saya dah tak ada sesiapa lagi."
Tegnea hanya melihat mereka. Dia hanya berdiam diri.
"Ini semua salah aku. Kalau la aku tak ikut Zenith balik hari tu..." Pandangannya kelihatan sayu.
"Tegnea?"
Tegnea segera melihat ke belakang. Terkejut. "Shine?"
"Apa kau buat dekat sini? Kau tak sepatutnya ada dekat luar ni." Muka Shine serius ketika menghampiri Tegnea.
"Err... Aku..."
Zenith pantas berdiri di hadapan Tegnea. Matanya tajam melihat ke arah werewolf tersebut.
"Jangan dekat. Atau aku akan patah-patahkan tulang kau." Zenith memberi amaran kepada Shine.
Maria menghampiri Tegnea. Dia tarik Tegnea jauh dari mereka berdua.
Shine mengeluh. Dia hulurkan tengan ke hadapan. "Tegnea. Jom balik. Bahaya duduk di luar." Dia memujuk Tegnea.
Tegnea menangis. "Saya minta maaf. Semua ini salah saya. Kalaulah saya..." Berperangai seperti budak-budak.
Tegnea menarik lembut tangan Maria supaya melepaskan tangannya. Dia berlari ke arah Shine. Shine pula melutut ke tanah.
Tegnea peluk leher Shine. "Semua salah saya."
"Perkara dah jadi. Janganlah menangis. Aku tak salahkan kau." Dia balas pelukan tersebut.
Hidung Tegnea berhingus. Meleleh pada bahu baju kemeja Shine. Alang-alang sudah meleleh, dia hembus terus pada baju tersebut.
"Tegnea! Berani kau..." Shine menarik Tegnea menjauhinya.
"Kenapa kau comel sangat?"
Kemarahannya hilang apabila melihat wajah Tegnea yang putih kemerahan itu. Masih mengalirkan air matanya.
"Encik ni siapa?" Maria bertanya kepada Shine.
Shine melihat ke arah Maria. "Saya penjaga dia."
"Pengasuh budak? Butler?" Zenith meneka.
"Penjaga." Shine berdiri. Wajahnya serius.
"Tapi..." Zenith melihat lama ke arah Shine.
"Maid."
"What? Kenapa maid? Kan saya sudah ca..."
"Rambut panjang sesuai jadi maid. Tapi..." Tengok dari atas ke bawah.
"Lebih baik jadi butler. Hodoh kalau pakai dress."
"Kan saya dah cakap. Saya penjaga. Bukan butler. Bukan maid. Bukan pengasuh." Shine bengang.
"Shine." Panggil seseorang yang termengah-mengah.
Shine dan mereka bertiga melihat ke arah Denial. Syelton berjalan dengan malas menuju ke arah bapanya diikuti oleh Rein dan ibunya.
"Dekat sini rupanya kau. Aku ingat jadi apa-apa dekat kau tadi. Tiba-tiba je kau tamatkan panggilan. Puas aku cari kau." Denial geram.
Rein tarik perlahan seluar Denial. "Abah. Tenang. Tarik nafas. Lepas. Tarik nafas..."

YOU ARE READING
TAKDIR
VampireTakdir membawa aku ke sini, Kerana takdir aku mencintanya. Cinta aku bukan hanya kepada darahnya, Kerana cinta aku untuk seluruhnya. Dia telah mengubah diri ini, Dia telah mencuri hati ini. Kerana dia, Aku masih di sini, Kerana dia, Aku tidak mahu k...