BAB 9

73 5 0
                                    

Seminggu telah berlalu sejak Zenith tinggal bersama-sama keluarga Maria. Dia juga sudah mampu sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Tetapi dia masih perlukan darah untuk pulihkan kuasa dan tenaganya. Sudah lebih seminggu sejak dia lari dari istana, dia tidak minum darah.

Dia pernah hampir menerkam Maria ketika gadis tersebut sedang  mengambil air di dapur pada waktu malam. Tetapi niatnya terbatal apabila dia melihat Maria ketakutan. Dia juga melihat ke arah pintu peti ais berwarna silver dan memantulkan imejnya. Dia takut kepada diri sendiri. Tidak mungkin dia mahu korbankan orang yang telah banyak membantunya.

Perkara yang menghairankan ialah Maria layan dia seperti biasa sedangkan pada malam itu kejadian tersebut berlaku.

"Adakah dia lembab?" Zenith terfikir banyak kali hal ini.

Tepat jam 12 : 00 malam, Zenith keluar dari rumah Maria. Dia memakai baju t-shirt putih, jaket hitam dan seluar jean hitam. Ketika ini Maria dan ibu bapanya sudah tidur.

#

Sebuah kereta Honda City berwarna hitam meluncur laju memasukki kawasan berhampiran hutan. Syelton memerhati suasana seram di sebelah kanan kenderaan tersebut. Hutan belantara yang gelap.

"Abah!! Kita nak ke mana ni?" Syelton mengelabah apabila buka saja matanya dia melihat situasi seram ini.

Si bapa melihat sekilas ke arah anaknya  dan kembali fokus kepada pemanduannya. "Dah bangun rupanya. Okey. Sekarang kita nak pergi ke hotel. Esok kita sambung perjalanan ke sana. Lagi pun, lalu jalan ini juga untuk ke sana. Abah penat memandu. Dahaga."

"Da...Dahaga?" Syelton cuak.

Si bapa ketawa. "Syel fikir apa tu? Tak mungkin la. Jangan risau. Dekat sana nanti ada sediakan. Abah pun selalu berhenti dekat restauran di hotel tu kalau ada urusan dekat-dekat kawasan tu. Cuba tengok. Sini pun ada kawasan perumahan."

"Tapi sana seram." Dia tunding jari telunjuk ke arah hutan tersebut.

Si bapa hanya ketawa apabila mendengar suara ketakutan anak tirinya itu. "Janganlah tengok sana kalau takut."

Tiba-tiba, muncul seseorang  dari kawasan lorong perumahan tersebut. Dia berjalan terhoyong-hayang ke arah jalan raya. Cahaya lampu kenderaan yang terang menyebabkan matanya pedih. Dia hilang keseimbangan.

Syelton terkejut melihat seseorang tiba-tiba muncul di jalan tersebut. "Abah! Stop!" Syelton menjerit sekuat hati.

Brek mengejut ditekan rapat. Geseran tayar jelas kelihatan di atas jalan. Masing-masing tercungap-cungap ambil nafas apabila kereta berjaya berhenti. Seseorang telah rebah di atas jalan. Brek tangan ditarik ke atas sebelum mereka berdua keluar dari kereta tersebut.

Syelton berlari ke arah orang tersebut. Dia mahu melihat keadaan orang itu walaupun tidak sempat dilanggar oleh kereta.

"Syel." Dia melarang. "Jangan dekat."

Syelton berhenti tidak jauh dari orang itu. "Kenapa?" Dia melihat bapanya.

Kaki Syelton dipegang terlebih dahulu sebelum Syelton melarikan diri. Syelton terkejut. Dia melihat ke arah lelaki di atas jalan raya itu.

"Darah. Beri aku darah. Darah manusia."

"Warghhhh!!!"

#

Setengah jam selepas kejadian tersebut. Zenith duduk di atas sofa bertentangan dengan meja dan seorang lelaki berusia 40-an. Dia melihat ke arah seorang lelaki sedang tidur di atas katil atau lebih tepat telah pengsan beberapa minit yang lalu akibat terkejut.

TAKDIRWhere stories live. Discover now