Seorang lelaki kacak sedang menunggu seseorang di pondok bas berhampiran sekolah. Dia hanya melihat ke hadapan ketika duduk di atas kerusi di pondok bas tersebut. Beberapa orang pelajar perempuan sedang berbisik-bisik sambil melihat lelaki itu.
"Bye, Maria." Kata seorang pelajar perempuan sebelum berlari ke arah kanan.
"Bye. Jumpa esok." Dia melambai tangan ke arah rakannya itu.
Dia mengambil laluan kiri menuju ke pondok bas. Dia rasa hairan. Ramai orang berdiri di kawasan itu. Selalunya tidak ramai orang.
Maria berjalan ke arah pondok bas. Dia mencelah antara mereka untuk ke pondok bas.
Dia terlihat seorang jejaka ketika berjaya mencelah. "Zen?"
Zenith melihat ke arah Maria. Dia terus berdiri. "Maria?"
Maria mendekati Zen. "Kenapa awak ada dekat sini?"
"Tunggu awak lah."
"Tunggu saya?"
Mereka berbisik. "Itu Maria dari kelas 3-A. Tak padan la dengan dia. Lelaki tu hensem."
"Ya. Dia pula bukan orang kaya. Muka pun biasa-biasa je."
"Maria."
"Ya. Ada apa, Zen?" Maria tersedar dari lamunan.
Zenith keluarkan sepucuk kertas dari poket seluarnya. Dia hulurkan kepada Maria. "Nah." Maria terima.
Mereka terkejut. "Dia bagi surat cinta dekat Maria?"
"Biar betul?"
"Tak mungkin."
"Ibu suruh beli barang ke?" Maria buka lipatan kertas tersebut. Tertera senarai barang yang ditulis oleh ibunya.
"Ya. Saya tak tahu dekat kedai mana ibu kata selalu pergi tu." Zenith berkata.
"Senarai barang?"
Masing-masing rasa kecewa dan pada masa yang sama sangat gembira. Tetapi curiga tentang hubungan mereka berdua.
"Okey. Jom pergi beli barang." Maria bersemangat berjalan mendahului Zenith. Dia memcelah antara orang ramai di situ.
Zenith tertinggal di belakang. Mereka merenungnya. Tidak mahu beri laluan.
"Ramainya. Vampire. Manusia. Esper. Werewolf. Kenapa semua pandang aku macam tu?"
"Budak sekolah." Dua perkataan itu buatkan mereka terkejut ketika mendengarnya. Kerana pandangan yang menyeramkan.
"Jangan berani pandang aku macam tu. Korang ingat aku takut." Dia sengih kejam kepada mereka.
Masing-masing kecut perut dan beri laluan.
"Terima kasih." Dia kembali normal.
Zenith mengejar Maria yang jauh meninggalkannya. Maria bercakap sendirian sambil berjalan.
"Zen? Dengar tak saya cakap ni?" Dia melihat ke kiri.
Zenith baru tiba di kiri Maria. "Ha? Ulang sekali lagi? Tak perasan awak tanya apa."
"Saya tanya. Awak tak kerja ke hari ni?"
"Kerja. Shift malam. Kenapa?"
"Tak ada apa. Bolehlah tolong saya siapkan kerja sekolah nanti." Katanya dengan bahagia.
"Boleh je. Untuk awak, apa-apa pun boleh."
"Betul?"
"Ya."
YOU ARE READING
TAKDIR
VampireTakdir membawa aku ke sini, Kerana takdir aku mencintanya. Cinta aku bukan hanya kepada darahnya, Kerana cinta aku untuk seluruhnya. Dia telah mengubah diri ini, Dia telah mencuri hati ini. Kerana dia, Aku masih di sini, Kerana dia, Aku tidak mahu k...