"Tuan. Kami dah dapan kesan dua werewolf di sini." Kata seorang lelaki melalui alat perhubungan pada telinga kanannya. Dia mengacukan pistol ke arwh mangsa yang tercedera pada bahu kanan
Si pemburu mencapai senapang dan bersiaga. "Siapa kalian?"
"Kami dari organiasasi penghapus werewolf dan vampire. Anti-VamWere Organisasion. Kami dapat kesan dua werewolf di sini. Serahkan mereka kepada kami. Jangan masuk campur." Tegas lelaki yang menghubungi ketua mereka tadi.
"Aku perlu lindungi Zarush. Sebagai seorang abang. Aku kena lakukannya. Aku tak ada pilihan lain. Aku tak nak kehilangan adik aku. Cukuplah aku kehilangan kawan-kawan aku." Aron menarik keluar peluru dari bahunya. Kecederaannya sembuh dengan cepat.
"Tunggu dulu. Siapa yang beri arahan kepada kalian untuk lakukan semua ini?" Si pemburu bertanya.
"Encik Fiqry. Ketua kami." Jawab lelaki tadi.
"Fiqry? Jadi betullah dia buat semua ini?" Dia berfikir.
Masing-masing mengacukan senjata ke arah Aron apabila keadaan Aron berubah. Berberapa lopak air terapung ke udara.
"Aku tak akan benarkan kau cerderakan adik aku! Aku akan hapuskan korang semua."
Aron mula mengamuk dan menurang peluru air yang mampu tembusi tubuh manusia. Hanya air tetapi tajam. Melukakan sesiapa saja yang terkenanya.
#
Zenith sendirian di atas bumbung hotel. Dia sedang menelefon seseorang.
"Hello, Encik Denial. Saya ada berita buruk. Saya terjumpa dengan pemburu vampire dan werewolf. Berita ada beritahu tentang kebakaran. Dan semua itu kediaman werewolf. Mungkin ada dalam kalangan kawan-kawan sekolah Syel akan jadi mangsa. Sebab werewolf hidup dalam kalangan manusia. Sama macam kita. Kes kebakaran tu ingatkan saya tentang cerita encik hari tu. Mungkin ada kaitan. Atau mungkin tidak."
"Nama? Sekejap saya ingat semula."
"Pada resit ada tulis nama bagi bilik khas. Nama dia ialah Fiqry Fizrin. Dia ada kawan nama Teru. Tadi saya dengar dia berbual dalam telefon sebelum ambil pesanan makanan."
Zenith sedang memerhati sebuah kereta hitam keluar dari tempat letak kereta bertentangan dengan hotel.
"Nombor pendaftaran kenderaan AVW 4044. Jenis kenderaan Ferarri berwarna hitam."
#
Denial terbaring di atas katil di dalam bilik tidurnya. Dia terkejut mendengar berita daripada Zenith sebentar tadi. Lengan kanan diletakkan di atas dahi.
"Tak mungkin Encik Fiqry yang aku jumpa hari tu ialah salah seorang daripada 'mereka'. Tapi Zenith beritahu..."
Telefon bimbitnya berbunyi. Dia segera mengambil dan jawab. "Hello?"
"Denial. Anak-anak aku ada dekat rumah kau? Dah tengah malam tak balik lagi. Isteri aku kata mereka pergi rumah kawan."
"Shine. Betul ke orang-orang tu ada dekat kawasan ni? Tadi kawan aku cakap. Keluarga yang terlibat semuanya werewolf." Dia tukar topik secara tiba-tiba.
"Ya. Tapi aku tak pasti betul atau tidak itu ialah 'mereka'."
"Kawan aku cakap ... Ah. Nantilah aku beritahu. Jom cari anak kau dulu."
"La. Aku ingat kau dah lupa soalan aku tadi."
"Tak lupa la." Denial bergegas bangun dari katil.
#
YOU ARE READING
TAKDIR
مصاص دماءTakdir membawa aku ke sini, Kerana takdir aku mencintanya. Cinta aku bukan hanya kepada darahnya, Kerana cinta aku untuk seluruhnya. Dia telah mengubah diri ini, Dia telah mencuri hati ini. Kerana dia, Aku masih di sini, Kerana dia, Aku tidak mahu k...