Syelton buka mata luas. Dia tercungap-cungap mengambil nafas. Dia melihat sekeliling. Tiada sesiapa di dalam wad tersebut. Dia melihat pula ke arah jam dinding. Pukul 4:15 pagi.
Nafas Syelton kembali stabil. Dia letakkan lengan kanan di atas dahi. "Mimpi."
Dia kembali pejam mata. Hanya beberapa saat dia pejamkan mata. Wajahnya sudah berpeluh-peluh. Nafasnya tercungap-cungap. Dia menjerit dan menangis.
"Ayah!"
Syelton terduduk di atas katil. Dia cuba stabilkan pernafasannya. Luka pada kakinya terasa sakit.
Syelton pegang dahinya. Dia menangis. "Kenapa? Kenapa aku tak boleh lupakan... Ayah."
"Ni semua salah dia. Dia yang dah bunuh ayah aku. Aku tak akan lepaskan dia. Aku tak akan biarkan dia bunuh keluarga dan kawan-kawan aku."
Syelton senyum tetapi menyeramkan.
#
Froz bersandar pada dinding bangunan sambil merokok. Matanya melihat ke arah bulan purnama. Pagi ini angin sangat kuat. Pukul 4:20 pagi. Dia bukan di rumah. Tetapi di sebuah kelab malam. Dia sedang mengambil angin di luar bangunan kelab malam sementara Fiqry pula masih di dalam kelab itu.
Froz melihat tangan kanan robotik miliknya. Tangan kanan itu sangat bersejarah. Sejarah hitam ketika dia berhadapan dengan anak kepada bekas rakan sejawatnya dahulu. Disebabkan kekuatan luar biasa budak itu. Dia telah kehilangan tangan kanan. Tetapi tangan barunya lebih berkuasa daripada tangan asalnya.
Tangan robotik yang disalut dengan silikon berwarna sama dengan kulit. Tiada sesiapa yang tahu tentang tangan itu. Itu menjadi senjata rahsianya.
Pintung rokok dibuang ke tanah dan dipijak. Dia berjalan masuk ke dalam kelab malam itu kembali.
"Walaupun kau budak. Aku tetap akan lawan kau. Mungkin kau sekarang lagi kuat berbanding dulu sebab itu NineNine boleh kalah. Syelton Ryzan. Aku tak akan lepaskan kau. Disebakan kau, aku kehilangan tangan aku. Terima kasih sangat."
#
Elvina melawat Syelton di wad. Dia sangat risaukan keselamatan Syelton. Dia juga minta maaf kepada Syelton. Dia rasa semua itu salah dirinya. Tetapi Syelton menafikannya kerana dia tahu apa yang mereka cari.
"Awak ada lawat Rein? Macam mana dengan Rein?"
"Rein tak apa-apa. Doktor kata luka Rein cepat sembuh. Luka awak tu yang belum sembuh lagi."
"Luka pada kaki saya sikit je. Tapi luka dalam hati saya parah."
"Haaaa? Awak sakit dalaman? Kejap saya panggil doktor. Macam mana doktor tak perasan semua ni?" Elvina panik.
Syelton tarik tangan Elvina.
"Syera."
Elvina melihat ke arah Syelton. "Ya."
"Tak perlu panggil doktor. Luka dalam hati saya dah lama. Tak mungkin akan sembuh lagi. Dah bertahun-tahun."
Elvina menghampiri Syelton. Dia peluk kekasihnya itu. "Luka itu kah? Saya faham. Sabar, ya. Jangan terlalu marah. Nanti awak bertambah sakit."
Syelton membalas pelukan Elvina. "Saya tenang bila ada awak di sisi saya."
Pintu wad diketuk. Pintu wad dibuka. Lelaki itu terkejut melihat kejadian di hadapannya itu. Mereka berdua juga terkejut melihat lelaki itu. Dia tutup semula pintu. Mereka berdua pula melepaskan pelukan dan kelihatan malu.
"Saya... Saya minta diri dulu. Saya tunggu Pakcik Fedric dekat luar."
Elvina keluar dari wad tersebut. Dia berselisihan dengan Fedric yang berdiri di tepi pintu.
![](https://img.wattpad.com/cover/138898655-288-k769653.jpg)
YOU ARE READING
TAKDIR
VampireTakdir membawa aku ke sini, Kerana takdir aku mencintanya. Cinta aku bukan hanya kepada darahnya, Kerana cinta aku untuk seluruhnya. Dia telah mengubah diri ini, Dia telah mencuri hati ini. Kerana dia, Aku masih di sini, Kerana dia, Aku tidak mahu k...