Bunyi angin dapat didengar dengan jelas. Sungguh kuat angin bertiupan sehingga menggongcang pokok-pokok di dalam hutan. Di sebalik pokok tualang, seorang lelaki sedang berdiri di sisinya. Pakaiannya kelihatan lusuh dan terkoyak. Rambutnya panjang berwarna hitam. Beberapa helai sahaja berwarna perang keemasan.
Dia melihat gumpalan asap berhampiran hutan. Dia terus berjalan ke arah asap tersebut. Jangan terhoyong-hayang. Jatuh terduduk. Bangun semula. Sambung perjalanan.
Mulutnya berdarah. Wajahnya bersih tanpa cedera, hanya kotor akibat kesan tanah. Mata merahnya kelihatan redup tidak bermaya. Kedua-dua kaki dan tangannya ada kesan luka.
"Aku dekat mana? Masih dalam hutan. Hutan mana? Sepi. Tiada haiwan."
Dia terus berjalan.
Sudah angin kuat mahu ribut. Tak mungkin ada haiwan nak duduk bersantai dalam hutan ini.
Dia tersandung dan rebah ke tanah. Pandangannya semakin redup dan kabur. Hanya mampu mendengar bunyi angin yang kuat.
Sementara itu, satu keluarga sedang berjalan di kawasan hutan tersebut. Masing-masing membawa kayu api dan seorang gadis membawa sebakul sayur-sayuran dan buah-buahan.
"Ayah. Ada orang pengsan." Kata Maria. Dia panik.
"Teruknya keadaan dia. Tapak kaki... berdarah." Kata si ibu.
Si ayah menghampiri lelaki tersebut. "Kita bawa dia pulang ke rumah. Lagi pun, cuaca buruk di luar ni."
"Ya." Masing-masing setuju.
#
Bunyi titisan hujan jatuh di atas bumbung telah menyedarkan lelaki yang pengsan tadi. Tubuhnya rasa dingin. Dahinya rasa sejuk. Dia buka mata. Berkelip-kelip perlahan ketika terlihat cahaya lampu. Rasa pedih seketika sebelum dia berjaya stabilkan pengelihatannya.
Dia melihat sekeliling. "Aku di mana?"
"Erm... Awak... Awak di rumah saya. Tadi saya dan keluarga saya jumpa awak pengsan dalam hutan. Jadi, ayah cadang bawa awak ke sini. Awak demam. Badan awak panas. Kaki awak luka. Tapi... Ayah dah rawatkan. Saya cuma lap badan awak supaya suhu panas turun. Sementara ibu saya siapkan makan malam." Maria menjelaskan segalanya.
Lelaki itu hanya mendengar. Pandanganya tertumpu kepada wajah Maria. "Cantik. Manusia ke?"
"Err... Awak kenapa pandang saya macam tu?" Maria mula rasa kurang selesa.
Lelaki itu segera alihkan pandangannya ke arah lain. "Tak ada apa. Maafkan saya."
"Nama awak siapa? Nama saya Qamariah Najmina. Panggil Maria." Dia mula berkenalan.
"Zenith Vl... Schatten. Zenith Schatten. Panggil Zen."
YOU ARE READING
TAKDIR
VampireTakdir membawa aku ke sini, Kerana takdir aku mencintanya. Cinta aku bukan hanya kepada darahnya, Kerana cinta aku untuk seluruhnya. Dia telah mengubah diri ini, Dia telah mencuri hati ini. Kerana dia, Aku masih di sini, Kerana dia, Aku tidak mahu k...