Adien berjalan bersama-sama tunangnya di taman istana. Mereka sedang berbincang tentang majlis perkahwinan mereka dalam masa dua minggu lagi. Raja Rem mahukan tarikh perkahwinan dipercepatkan.
"Tasya. Tengok sana."
Adien menunding jari telunjuk ke arah seseorang sedang berbaring di bawah pokok bersama seekor harimau betina. Tasya melihat ke arah tersebut juga. Dia ketawa.
"Tak sangka Abang Visky boleh berbaik dengan makhluk berbulu. Selama ini dia lari saja."
Adien mengucup dahi Tasya. "Kalau sudah mula suka. Tak boleh lari ke mana-mana dah."
Setengah jam sebelum itu...
Visky sedang membaca buku di bawah pokok. Dia bersandar pada batang pokok. Selepas itu, dia tutup buku dan mengeluh. Buku diletakkan di atas rumbut yang menghiasi keindahan taman istana ini. Cermin mata ditanggalkan dan diletakkan di atas buku.
"Rehat sekejaplah. Nanti sambung belajar lagi. Lusa ada ujian. Sempat lagi rasanya." Dia menguap dan pejam mata.
Seekor harimau betina milik Adien berjalan masuk ke dalam pintu gerbang taman istana. Dia berjalan ke arah Visky. Dia berhenti di hadapan Visky dan gesel pipinya pada pipi Visky.
Visky terus buka mata dan menjerit. "Makhluk berbulu."
Dia berdiri dan mahu melarikan diri. Tetapi diterkam oleh harimau itu dahulu pada bahunya.
"Lepaskan aku. Jangan makan aku." Dia menarik kedua-dua tangan harimau tersebut.
Harimau betina itu membiarkan sahaja Visky menarik tangannya dan menjerit-jerit. Sebaliknya, dia mengesel-geselkan pipi berbulu pada pipi Visky sehingga Visky berhenti meronta-ronta menarik tangannya dan berhenti menjerit.
"Dia tak makan aku, kan?"
Tiba-tiba, pipinya dijilat berkali-kali. Selepas itu, kembali bergesel pipi. Visky cuba beranikan diri menyentuh pipi harimau tersebut.
"Berbulu. Tapi apa perasaan ini? Macam seronok." Dia gosok-gosok kedua-dua pipi harimau betina tersebut.
"Gebunya. Tak sangka makhluk berbulu gebu begini. Tapi aku tak suka makhluk berbulu."
Harimau tersebut melepaskan Visky. Dia duduk di sebelah kiri Visky dan menempatkan kepalanya dia atas dada Visky. Tangan kanan harimau itu memeluk pinggang Visky. Perlahan-lahan Visky cuba pegang pipi harimau itu lagi. Dia gosok pipi harimau tersebut. Rasa selesa sehingga dia tertidur di situ.
#
Zenith bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran yang terletak di bawah hotel mewah. Tugasnya ialah mengambil pesanan makan. Sudah lima hari dia bekerja di sini. Dia juga semakin mahir tentang keadaan sekeliling dan tugasannya. Dia mula bekerja di sini sejak kali pertama dia dibawa ke ini oleh Denial pada malam tersebut.
"Zen."
Zenith melihat ke arah orang itu. Sama pakaian sepertinya. "Ya. Ada apa, Encik Adrew?"
"Tolong ambil pesanan makanan di bilik khas nombor 3. Di tingkat 2."
"Baiklah."
Zenith segera pergi ke sana. Dia berdiri di hadapan pintu bilik khas tersebut sebelum mengetuk pintu itu.
"Aku yakin kali ini misi kita akan berjaya. Aku dah dapat kesan lokasi-lokasi werewolf di wilayah ni. Aku akan hapuskan semuanya guna kuasa aku sendiri. Mereka ingat manusia tiada kuasa. Aku akan belas dendam atas kematian tunang aku."
Zenith mendengar perbualan tersebut dari hadapan pintu bilik itu. "Dendam?"
"Bukan itu saja. Aku pun dah jumpa kedudukan vampire. Aku dah tahu mana mereka tinggal. Kita patut hapuskan mereka sebelum mereka hapuskan kita. Papa aku mesti suka sebab aku berjaya teruskan tugas pembersihan sampah-sampah yang tak diperlukan atas bumi ini. Sekarang ini, itu dah jadi tugas aku. Biar papa berehat dengan aman."
"Dia buru vampire juga. Tak guna." Zenith mula geram.
"Teru. Kau tak perlu risau. Biar aku yang habiskan mereka semua. Hari tu aku dah bunuh 4 keluarga werewolf. Tapi ada anak-anak mereka yang terlepas. Aku akan cari. Tak perlu susah-susah. Aku boleh bakar je mereka." Dia ketawa.
"Nanti ada masa aku datang jumpa kau."
"Eh? Shin dah balik? Betul ke? Okey. Nanti aku jumpa korang. Bye."
"Manusia? Kuasa? Bakar? Manusia pun ada kuasa ke?"
Pintu bilik diketuk dan dibuka. "Maaf kerana mengganggu. Saya datang nak ambil pesanan makan."
"Tepat pada masanya."
#
Cikgu Teru meletakkan telefon bimbitnya di atas meja di hadapannya. Dia merenggangkan otot lengan. Mata melihat ke arah televisyen.
"Bakar? Hari itu dia hapuskan werewolf? Empat keluarga werewolf jadi mangsa. Ya. Memang ada empat kes kebakaran baru-baru ini. Salah satunya ialah rumah Drien. Tapi tak mungkin Drien ada kaitan."
"Jadi rumah siapa terbakar satu lagi? Mungkin tak masuk berita."
Dia berdiri dari sofa. Dia ambil cawan kosong dari atas meja dan berjalan ke arah dapur.
![](https://img.wattpad.com/cover/138898655-288-k769653.jpg)
YOU ARE READING
TAKDIR
VampireTakdir membawa aku ke sini, Kerana takdir aku mencintanya. Cinta aku bukan hanya kepada darahnya, Kerana cinta aku untuk seluruhnya. Dia telah mengubah diri ini, Dia telah mencuri hati ini. Kerana dia, Aku masih di sini, Kerana dia, Aku tidak mahu k...