Aron dan Zarush kembali ke sekolah. Ramai peminat terpegun dan menggilai mereka ketika dua kembar seiras itu lalu di koridor kelas. Ada yang tanya khabar. Ada yang minta bergambar. Ada yang ajak bertemu janji. Tidak lupa juga yang suka menggedik dan mahu sentuh tangan idola mereka.
Syelton yang mengekori kembar itu dari belakang hanya menguap dan berjalan gaya orang malas. Elvina siap tolong tolak belakang Syelton supaya dia dipaksa berjalan.
"Eh? Itu Syelton la. Kyaaaa!"
"Kacaknya dia."
"Siapa minah yang tolak dia tu?"
"Tu bukan ke Elvina dari kelas 5-B?"
"Berani dia tolak putera aku." Kata seorang pelajar perempuan ikat tocang kuda berwarna perang.
Dia berdiri depan Syelton.
"Hei, perempuan! Berani kau tolak-tolak putera aku." Dia marah.
Syelton menguap dan lihat gadis di hadapannya itu. Dia berhenti.
"Kau siapa?"
"Errr... Saya..." Dia malu-malu kucing.
Elvina jenguk muka dari belakang Syelton yang tinggi itu.
"Kenapa ni?"
"Entah. Dia halang laluan." Syelton tunjuk kepada gadis itu.
"Kau tu kenapa tolak dia?" Dia tengking.
"Aku?"
Kembar berdua itu hanya menyaksikan kejadian tersebut. Zarush betulkan cermin matanya. Aron mengeluh.
"Cari masalah betul la minah kuda ni." Aron membebel.
"Kita tengok. Dah lama tak tengok Syelton mengamuk." Zarush tersenyum jahat.
Syelton berdiri tegak. Tidak seperti keadaan dia malas berdiri tadi. Dia pandang dingin ke arah pelajar perempuan di hadapannya. Wajahnya serius.
Tiba-tiba, dia tendang dinding koridor. Retak.
"Sejak bila aku jadi putera kau? Aku tak ada kekasih muka macam badut. Merah sana sini macam kau. Kau berani berdiri depan aku dan tengking bakal isteri aku. Kau ingat kau siapa?"
Dia turunkan kaki dari dinding.
"Kau ingat aku peduli kau perempuan atau lelaki. Kalau kau dah kurang ajar dengan keluarga aku, kekasih aku dan kawan-kawan aku. Aku tak akan duduk diam je."
Dia genggam penumbuk kedua-dua tangannya.
"Aku tak nak tengok muka kau muncul depan aku lagi." Dia tengkin perempuan itu semula.
Elvina pegang penumbuk kanan Syelton pada sisi. "Sabar. Hal kecil je. Okey. Saya okey je. Awak janganlah marah. Jom, saya hantar awak masuk kelas. Nanti boleh tidur dalam kelas. Awak penat ni. Jangan tertekan sangat. Nanti awak sakit."
Dia memujuk Syelton dengan suara lembut dan ayu. Dia tarik tangan Syelton. Heret ke kelas 5-A.
Aron dan Zarush beri laluan. Takut bertegur dengan Syelton padahal datang ke sekolah sama-sama. Sejak dari rumah Elvina tolak Syelton sampai ke sekolah. Kuat benar gadis ini berusaha.
#
Sora tumpukan perhatian kepala Zarush. Keberadaan guru Matematik di hadapan papan hitam telah lenyap dari pandangannya. Yang ada hanya Zarush di hadapannya.
"Kerana awak perlukan saya."
Kata-kata itu tiba-tiba kedengaran berulang-ulang dalam mindanya.
"Aku tak perlukan kau la!" Dia menjerit dan berdiri.

ANDA SEDANG MEMBACA
TAKDIR
VampirTakdir membawa aku ke sini, Kerana takdir aku mencintanya. Cinta aku bukan hanya kepada darahnya, Kerana cinta aku untuk seluruhnya. Dia telah mengubah diri ini, Dia telah mencuri hati ini. Kerana dia, Aku masih di sini, Kerana dia, Aku tidak mahu k...