Berita kebakaran di rumah Drien telah masuk dalam televisyen. Siaran berita jam 8 : 30 malam. Cikgu Teru terkejut melihat kejadian tersebut. Dia terus tutup televisyen dan bergegas keluar dari rumah selepas mendapatkan kunci kereta dan wallet.
Setibanya dia di kediaman rumah Drien. Dia segera keluar dari keretanya selepas mematikan enjin. Dia mencari Drien. Ketika ini sesi pemadaman api sedang dijalankan.
"Drien!" Dia berlari ke arah sebuah ambulance apabila melihat Drien dan rakan-rakan
"Cikgu Teru?" Masing-masing melihat ke arahnya.
"Apa yang sudah berlaku?"
Mereka diam. Tidak tahu mahu berkata apa lagi.
"Mama dan papa saya... Dah tak ada." Drien sambung menangis. Ves memujuk Drien.
"Macam mana boleh terbakar? Ibu bapa Drien ada dalam rumah tu. Litar pintas? Gas?"
"Bukan." Tingkah Zarush dan berdiri di hadapan Cikgu Teru.
"Ini kes pembunuhan. Ada orang datang dan bakar rumah Drien. Tadi saya nampak selonggok abu atas tanah. Ada cebisan gambar. Saya rasa itu gambar Drien. Mungkin mereka cari Drien nanti." Zarush menjelaskannya.
"Apa motif?"
"Tak tahu." Jawab Zarush.
Cikgu Teru mengalihkan pandagannya ke arah rumah yang berasap akibat disembur air daripada paip bomba.
"Jadi, Drien tinggal di mana sekarang? Tinggal dengan saya nak? Tak ada orang pun dekat rumah. Saya tinggal seorang. Atau kamu ada saudara-mara di sini?" Cikgu Teru melihat ke arah Drien.
"Saya tak ada sesiapa. Saya cuma ada kawan-kawan saya saja." Dia mengesat air mata menggunakan hujung bajunya
"Jadi, tinggal dengan saya. Saya boleh uruskan hal lain nanti. Sebagai seorang cikgu. Kamu dah jadi tanggungjawab saya."
"Cikgu." Aron tiba-tiba memanggil.
Cikgu Teru melihat ke arah Aron. "Ya."
"Drien akan tinggal dengan keluarga saya. Sebab keluarga dia rapat dengan keluarga saya. Kami akan jaga dia. Itu lebih baik daripada libatkan cikgu dalam hal ini. Cikgu tak tahu apa-apa. Tapi mereka mungkin tahu. Sebab itu mereka buat semua ini. Lebih baik cikgu berhati-hati." Aron serius berkatakan hal itu.
Zarush membetulkan cermin matanya. "Ya. Mereka mungkin kuat. Kita tak tahu sama ada mereka manusia atau bukan."
"Ya. Zarush betul. Jadi, cikgu jangan terlibat dalam hal ini." Aron menyokong kata-kata adiknya.
"Jangan terlibat? Tak. Saya akan terlibat juga sebab Drien dan kalian semua anak murid saya. Sebagai seorang cikgu..."
"Lebih baik cikgu jangan terlibat. Ini hal peribadi. Bukan hal sekolah."
Masing-masing melihat ke arah pemilik suara itu. Dia berdiri di belakang Cikgu Teru.
"Papa?" Kata Aron dan Zarush serentak.
Mereka terkejut melihat lelaki yang selama ini sudah lama tinggalkan rumah mereka. Tetapi kini kembali dengan gaya baru.
Dia melambai-lambaikan tangannya. "Hai, anak-anak papa. Sudah besar. Sudah sama tinggi dengan papa." Dia berkata dengan gembira dan bersemangat.
"Betul ke ini papa?" Aron bertanya dengan reaksi wajah pelik.
Zarush membetulkan cermin matanya. "Ini bukan papa. Ini entah perempuan mana menyamar jadi papa."
"Zarush. Sampai hati kata papa macam tu." Dia bertuduk kesedihan.
"Bau macam minyak wangi papa. Tapi rambut..." Dua kembar seiras sama-sama berfikir.
"Rambut panjang lebih daripada mama." Mereka terbayangkan rambut ibu mereka berwarna hitam dan panjangnya paras bahu sahaja.
"Shine. Dah berapa lama kau tak potong rambut?" Cikgu Teru bertanya kepada lelaki tersebut.
"5 tahun. Aku tak sempat gunting rambut. Kerja berlambak. Kau ingat kerja dalam makmal senang ke?" Dia geram dan gongcang bahu Cikgu Teru.
"Eh? Cikgu kenal papa?" Soal kembar tersebut.
"Kenal. Kawan satu kolej kediaman dulu. Orang yang gila eksperimen."
"Ehhhh?" Masing-masing terkejut.
#
Syelton dan bapanya duduk di sebuah meja makan yang memuatkan empat orang pelanggan. Bilik di dalam restauran ini ditempah khas untuk tetamu bagi urusan perniagaan Denial atau bapa Syelton. Dia bekerja sebagai arkitek bagi sebuah syarikat swasta.
Pintu bilik diketuk dan dibuka. Mereka melihat ke arah pintu tersebut. Seorang lelaki berkot hitam, berkemeja unggu tanpa tai dan berseluar slet hitam masuk ke dalam bilik ini.
Denial dan Syelton berdiri sebagai tanda hormat. Mereka bersalam-salaman. Kemudian, mereka duduk.
Pertama sekali, mereka buat pesanan makanan apabila seorang pelayan wanita datang ke arah mereka. Selepas itu, mereka mulakan perbincangan.
YOU ARE READING
TAKDIR
مصاص دماءTakdir membawa aku ke sini, Kerana takdir aku mencintanya. Cinta aku bukan hanya kepada darahnya, Kerana cinta aku untuk seluruhnya. Dia telah mengubah diri ini, Dia telah mencuri hati ini. Kerana dia, Aku masih di sini, Kerana dia, Aku tidak mahu k...