Sejam sebelum Zarush berjumpa dengan Teru di taman permainan....
Seseorang sedang mengintip disebalik pokok. Dari sini dapat melihat balkoni di bilik Sora. Cerah bercahaya. Pintu balkoni tutup rapat. Ada langsir putih di hadapan pintu itu pada bahagian dalam bilik.
Dia senyum sinis dan keluarkan sebilah pisau belati dari dalam poket seluar. Pisau itu bersarung.
"Masanya telah tiba.
#
Sora sedang berbaring sambil membaca buku tentang vampire. Buku yang dipinjam dari perpustakaan sebelum ini.
Buku diletakkan di atas katil. "Laparnya. Nak makan apa malam ni?
Dia duduk di atas katil. Selepas lima minat, dia bangun dari situ.
Dia berjalan ke arah pintu bilik.Pintu bilik dibuka.
Seorang perempuan rambut panjang tiba-tiba menyerang Sora dengan pisau belati. Sora sempat mengelak. Dia berundur ke belakang.
"Nadia?"
"Ya. Aku. Dah lama tak jumpa, Sora." Dia memegang erat pisau tersebut pada tangan kanannya.
#
"Mama. Aron dan Zarush keluar dulu, ya. Nak pergi rumah kawan. Sekejap je. Nanti Zarush belikan daging untuk mama." Aron berkata dengan semangatnya.
"Sepatutnya abang yang beli." Zarush komplen.
"Tak nak. Kau la beli. Pastikan daging tu sampai dekat rumah. Kau jangan makan tengah jalan macam hari tu."
"Bukan orang nampak pun. Makan dekat tempat gelap. Tak ada orang lalu. Abang tu..." Dia jeling ke arah Aron. Betulkan cermin matanya.
"Diam." Dia berbisik dengan geram.
Si ibu keluar dari dapur. Baru selesai basuh pinggan mangkuk selepas makan malam.
"Jangan balik lambat sangat. Nanti papa marah." Lap tangan pada kain tuala putih dalam poket apron berwarna merah jambu.
"Okey." Jawab mereka serantak sebelum keluar rumah.
Mereka berjalan ke arah pintu pagar. Masing-masing berhenti. Aron pandang ke kiri. Zarush pandang ke kanan.
"Sinilah. Kau nak pergi ke mana?" Aron tunjuk ibu jari tangan kiri ke arah kiri.
Zarush lihat Aron. "Nak jumpa kawan. Ada hal penting. Abang pergilah seorang. Lagipun, abang seorang je yang dapat."
"Kau nak jumpa kawan mana satu ni?" Dia rasa curiga kepada kembarnya.
"Rahsia." Zarush terus berjalan ke arah kanan menuju ke destinasinya.
Aron mengeluh. "Rahsia? Dah pandai berahsia. Lantaklah. Tu hal dia. Yang penting malam ni, hal aku mesti settle."
Aron berjalan ke arah kiri menuju destinasinya. Hud berbulu ditarik ke atas kepalanya. Begitu juga dengan Zarush ketika dalam perjalanan.
#
Zarush tiba di kawasan rumah Sora. Dia rasa hairan melihat pintu rumah Sora terbuka.
"Esper?" Dia terus berlari ke arah pintu tersebut apabila terhidu bau esper.
Pintu rumah diterjah. Dia melihat sekeliling. Terlalu luas tetapi kosong. Perabut tidak banyak. Tetapi dia mampu mengesan kedudukan Sora apabila mendengar bunyi kaca pecah. Dia terus ke sana.
Sementara itu, Sora yang ketakutan melihat ke arah pasu bunga yang pecah. Bunga yang bercahaya terus terpadam cahayanya. Dia tersandar pada dinding. Tiada jalan untuk lari lagi. Si pembunuh berada di hadapan matanya.
"Patut ke aku guna kuasa aku? Tapi aku takut aku tak mampu kawal. Jadi macam..."
Si pembunuh mengangkat pisau belati tinggi ke atas. Dia menyasarkan pisau tersebut pada dada Sora.
"Matilah kau!"
Sora pejam mata kerana takut. Darah mercik apabila pisau belati dibenamkan. Tetapi bukan pada dada Sora. Pisau itu dibenamkan pada lengan Zarush. Dia menjadikan lengannya sebagai pertahanan. Sora pula berada di belakangnya.
"Nasib baik saya sempat sampai." Kata Zarush.
Sora buka mata. Dia terkejut melihat seseorang di hadapannya. "Siapa dia?"
"Tak sangka Cik Nadia nak bunuh Sora malam ni. Sungguh malang sebab saya terlalu dekat kawasan ni." Dia melihat tajam pada mata si pembunuh itu.
Nadia menarik pisau tersebut dari lengan Zarush. "Tak guna. Bila masa kau muncul?"
"Baru je sampai." Tangan diturunkan ke sisi. Pada masa yang sama, luka dirawat dengan sendiri.
"Macam mana kau tahu nama aku?"
"Aku tahu nama kau sebab aku selalu nampak kau dekat kafe sekolah. Makcik kaunter."
"Aku muda lagi lah."
"Tetap makcik kaunter."
"Tak guna kau!" Dia menyerang Zarush dengan menggunakan pisau belati.
Zarush hanya mengelak sebelum dia lawan semula. Ketangkasan seni bela diri fizikalnya tidak setanding Nadia. Hal ini memaksa Nadia menggunakan kebolehan mengawal elemen kilat. Dia telah mengunakan kuasa tersebut untuk berlawan dengan Zarush.
Sora masih dalam dunianya. Antara mahu guna kuasa atau tidak. Tambahan pula, Zarush ada di sini. Tentang siapa dirinya. Hanya Zarush saja yang tahu bahawa dia ialah esper. Tetapi masih menjadi misteri, bagaimana dia tahu semua itu.
Sora berlari ke arah pintu balkoni ketika mereka sibuk berlawan dalam biliknya. Dia berlari keluar ke balkoni. Capai satu pasu bunga di balkoni dan baling ke arah Nadia. Hampir mengenai pada kepala perempuan tersebut tetapi kilat menghalang.
"Kau!!!" Dia berlari ke arah Sora dan guna kuasa kilat untuk menyerang Sora.
Sora pertahankan dirinya dengan menggunakan elemen cahaya. Mata Nadia kesilauan. Zarush ambil peluang itu untuk menumbuk Nadia sehingga jatuh dari balkoni.
Nadia kesakitan. Dia mula lemah tetapi masih hidup selepas jatuh dari tingkat dua rumah tersebut. Dia terus melarikan diri dari situ.
Sora melihat ke arah Zarush ketika Zarush melihat Nadia lari dari situ. Dia berjalan menghampiri Zarush.
"Terima kasih sebab dah selamatkan saya."
Zarush melihat ke arah Sora. Dia senyum. "Sama-sama. Itu dah jadi tanggungjawab saya. Sebab awak perlukan saya."
"Ayat itu...ZARUSH!" Dia terjerit nama Zarush kerana terkejut.
"Ya. Awak tak perasan muka saya?" Dia turunkan hud berhulu berwarna merah darah dari kepalanya.
Cermin mata dibetulkan sikit. "Hai, Sora."
"Stalker!" Secara spontan dia menolak Zarush jatuh dari balkoni.
Zarush jatuh terlentang. Dia ketawa perlahan. "Masih tak diterima."
#
Aron tiba di hadapan kelab malam. Papan tanda kelab diperhati lama. Dia senyum. Dia berjalan tepi pintu kelab dan bersandar di situ.
Telefon pintar dikeluarkan dari poket jeket berhud bulu. Ikon senarai panggilan ditekan. Nama 'MIMAKO' yang tertera pada skrin ditekan. Panggilan dilakukan.
"Hello, sayang. Saya dah sampai. Awak dekat mana?"
"Okey. Saya masuk sekarang."
Aron berjalan ke arah pintu kelab. Telefon pintar disimpan kembali ke dalam poket jaket.

YOU ARE READING
TAKDIR
مصاص دماءTakdir membawa aku ke sini, Kerana takdir aku mencintanya. Cinta aku bukan hanya kepada darahnya, Kerana cinta aku untuk seluruhnya. Dia telah mengubah diri ini, Dia telah mencuri hati ini. Kerana dia, Aku masih di sini, Kerana dia, Aku tidak mahu k...