Angin lembut meniup rambut seseorang di bawah pohon berhampiran kolam ikan di sekolah. Perlahan-lahan mata coklat itu dibuka. Dia melihat ke arah langit dalam posisi baring.
Dia mengiring ke kanan. Tangannya menggenggam rumput hijau. Berkali-kali dia buka tapak tangan dan genggam kembali rumput itu. Matanya dipejamkan.
Dia baring semula dalam posisi terlentang. Kedua-dua tangannya di angkat ke atas. Dia kelihatan sedang memeluk seseorang walaupun tiada sesiapa di situ.
"Elvina."
Wajahnya berona merah ketika menyebut nama tersebut.
#
"Elvina!"
"Ya."
Pelajar perempuan itu terus melihat ke arah guru Sejarah yang berada di hadapan kelas. Dia terkejut.
"Fokus. Kamu tengok apa dekat luar tu? Apa yang menarik sangat dekat luar tu?" Cikgu Teru bertanya kepada pelajarnya. Tegas seperti dirinya, guru disiplin.
"Saya... Saya pandang langit. Nampak tenang. Maafkan saya." Dia gelabah.
"Dah. Jangan pandang luar lagi. Fokus dalam kelas."
"Baik, cikgu."
Sebaik sahaja Cikgu Teru pandang papan hitam dan menulis pada papa tersebut, Elvina kembali melihat ke arah tadi. Dia lihat ke arah sebuah pokok. Di situ sedang berbaringnya seorang pelajar lelaki dicintainya.
Dia senyum. "Syelton."
#
Sebuah bilik stor yang gelap hanya disuluh cahaya matahari dari lubang-lubang bumbung menjadi satu tempat yang tragis. Seorang pelajar lelaki sekolah rendah terbaring di atas lantai dengan darah yang mengalir dari lehernya.
Pintu bilik stor dibuka. Seorang pelajar lelaki keluar dari bilik stor tersebut bersama-sama sesuatu dalam pelukkannya. Sesuatu yang berwarna putih. Dia sempat melihat ke arah pelajar lelaki di dalam bilik stor tersebut dengan mata merah miliknya.
"Saya dah kenyang. Minta diri dulu."
Pintu stor ditutup dan di kunci.
#
Sesuatu yang tidak menyenangkan telah mengganggu lena seorang jejaka kacak. Bulu patung beruang milik Rein telah mengganggu lubang hidung Syelton. Dia terbersin sebelum membuka matanya.
Ketika ini dia sedang memeluk tubuh kecil adiknya di atas rumbut. Dia rasa hairan tetapi dia tidak menolaknya. Malah dia memeluk adiknya itu erat dengan penuh kasih sayangnya.
"Sejak bila dia ada dekat sini? Aku tidur nyenyak sangat. Tak perasan langsung aku peluk dia."
Dia cium atas kepala adiknya. Begitu terserlah sayang seorang abang kepada adiknya. Walaupun adiknya itu separuh vampire dan separuh manusia.
#
Elvina berdiri di sebelah kanan Syelton bersama-sama satu plastik beg yang penuh dengan empat jenis roti, sekotak susu lembu bersaiz kecil dan tiga botol air mineral.
"Syelton. Syelton. Bangunlah. Saya datang bawa makanan."
Dia duduk bersila di tempat dia berdiri tadi.
Dia cubit pipi kanan Syelton sehingga Syelton buka mata. Dia terus melihat ke arah Elvina.
"Elvina?"
Dia duduk dan menghadap Elvina.
"Saya bawakan makanan."
Elvina keluarkan sebungkus roti keju dan hulurkan kepada Syelton. Syelton menerima roti itu.
"Terima kasih."
Rein merengek bila dia tepuk-tepuk rumput, tiada apa-apa. Mencari tubuh abangnya untuk dipeluk.
Syelton melihat ke arah Rein dan usap kepala Rein. "Bangunlah. Makanan dah sampai."
Rein buka mata. Syelton pula tekap roti keju yang masih dalam plastik bungkusan pada wajah adiknya.
"Wuuuuwaaa! Sakit. Sakit hidung. Bagi tahu ibu." Tiba-tiba menangis.
Syelton cepat-cepat pujuk Rein. Peluk kepala Rein pada dadanya.
"Abang minta maaf. Tak sengaja."
"Syel sengaja." Dia masih menangis.
"Tak sengaja." Syelton memujuk.
"Awak memang sengaja." Elvina bersuara.
"Ya. Aku memang sengaja." Kata hati Syelton.
#
Cahaya yang menerangi bilik ini telah menyilaukan mata Zarush. Sudah sekian lama dia tidak buka mata sejak kejadian itu. Dia cuba stabilkan pengelihatannya sehingga dia mampu melihat keadaan sekeliling.
"Aku dekat mana? Hospital? Tapi..."
Terdapat beberapa jenis mesin di dalam bilik tersebut. Dia seorang diri. Di sebelah kanannya terdapat kerusi kosong.
Pintu bilik itu dibuka. Dia lihat ke arah pintu. Dia cuba bangun tetapi badannya rasa tidak bertenaga.
"Abang?"
Aron terkejut melihat Zarush sudah sedar. Botol mineral pada tangan kanannya terlepas ke lantai. Dia terus berlari ke arah Zarush.
Dia peluk tubuh Zarush sambil menangis gembira. "Zarush. Selamat kembali. Abang minta maaf sebab tak dapat lindungi Zarush."
Zarush balas pelukan abangnya. "Tak. Ini bukan salah abang. Ini salah diri sendiri."
#
"Berapa lama lagi awak nak simpan budak ni? Awak kata nak hantar tapi..."
Maria rasa tidak senang dengan kehadiran kanak-kanak perempuan di dalam rumahnya. Dia masih risau kalau Zenith dituduh menculik. Sudah dua hari Tegnea duduk di rumahnya.
"Awak tak suka ke? Ibu dengan ayah tak kata apa pun. Tengok. Seronok je layan budak tu main."
Dia lihat ke arah ruang tamu. Ibu bapa Maria melayan Tegnea membaca surat khabar sambil makan muffin. Ketika ini mereka berdua berdiri di hadapan pintu bilik Zenith di lorong laluan ke dapur.
"Atau awak cemburu?"
"Eh? Apa hal tiba-tiba tanya soalan macam tu?" Wajahnya merah.
"Ya lah. Aku banyak habiskan masa dengan budak tu. Kalau pula kena buat kerja sekolah sendiri."
Zenith bersandar pada dinding biliknya. Tangan kanan dimasukkan ke dalam poket seluar.
"Buat apa aku nak cemburu. Aku pun..."
"Aku?"
"Tak. Maksud saya ialah saya. Ya. Saya." Dia mula menggelabah.
Maria hanya lihat ke lantai. Wajahnya berona merah. Jantungnya berdegup kencang.
Zenith berdiri dekat dengannya. Dagu Maria disentuh dan diangkat supaya dia dapat melihat wajah itu.
"Kau deman ke?"
Letak tapak tangan kiri pada dahi Maria. "Panas."
Maria tepis tangan Zenith. "Tak. Saya okey je."
Dia terus lari ke arah bilik bertentangan dengan bilik Zenith. Masuk ke dalam bilik dan kunci pintu.
Zenith yang melihat pintu itu. Kemudian, dia lihat pula kedua-dua tapak tangannya.
"Pertama kali aku sentuh muka dia."
Semakin lama semakin merah kedua-dua telinganya. Dia tersandar pada pintu biliknya. Dia tutup muka dengan kedua-dua tapak tangannya.
"Lembut."
GEDEBUK!
Mereka yang berada di ruang tamu terkejut mendengar bunyi benda jatuh. Tegnea terus berdiri tinggalkan surat khabar yang dia baca tadi. Dia berlari ke arah bilik Zenith.
Zenith terlentang di hadapan pintu akibat bersandar pada pintu yang ditutup tidak rapat tadi.
"Apa dah berlaku?" Tegnea terpinga-pinga.
![](https://img.wattpad.com/cover/138898655-288-k769653.jpg)
YOU ARE READING
TAKDIR
VampireTakdir membawa aku ke sini, Kerana takdir aku mencintanya. Cinta aku bukan hanya kepada darahnya, Kerana cinta aku untuk seluruhnya. Dia telah mengubah diri ini, Dia telah mencuri hati ini. Kerana dia, Aku masih di sini, Kerana dia, Aku tidak mahu k...