Persatuan werewolf sedang bermesyuarat di dalam sebuah bangunan milik salah seorang daripada mereka. Isunya ialah kes pembunuhan empat keluarga werewolf sejak akhir-akhir ini. Kes ini mempunyai motif yang sama iaitu memburu werewolf.
"Prof. Shine. Apa kita patut buat sekarang ni? Tak akan kita nak duduk diam je." Tanya seorang lelaki berusia 50-an kepada Shine Ryyan.
"Kita masih belum tahu siapa yang lakukannya. Sama ada 'mereka' yang lakukan atau orang lain yang lakukan."
"Mestilah 'mereka'. Sebab sebelum ini pun 'mereka' yang buat semua itu." Kata seorang lagi ahli persatuan.
"Kes kebakaran yang disengajakan. Sebelum ini hanya bunuh macam biasa. Kali ini kebakaran." Kata ahli persatuan yang lebih tua.
"Kebakaran berpunca daripada apa?" Shine bertanya pula kepada mereka.
Mereka diam.
"Polis kata tiada kesan minyak atau gas yang jadi punca kebakaran." Sambungnya lagi.
Masing-masing buntu jika si perlaku ialah manusia biasa. Tak mungkin mampu membakar sebuah rumah yang besar. Dan ada juga rumah yang berderet tetapi hanya satu rumah sahaja terbakar di tengah antara dua rumah yang lain.
#
Seseorang melepaskan tembakan senapang ke arah werewolf yang sedang menjamu selera di sebuah taman permainan. Di dalam sebuah semak berhampiran taman tersebut. Suasana gelap.
Dia tidak puas hati apabila melihat peluru terapung-apung dalam air. Dia terus menembak tetapi tembok air menghalangnya.
Lelaki berhud berbulu berlari dari situ sambil ketawa mengejeknya. Lelaki itu mencapai batu di atas tanah dan membaling ke arahnya. Dia mengelak.
Dia lihat kembali ke arah orang itu. Tiada.
"Tak guna. Terlepas lagi."
Dia melihat ke arah mangsa kali ini. Seorang perempuan berusia 20-an. Tanpa pakaian dan lengannya telah tercabut dari kedudukan asal.
"Cik Mimako Verlyn. Usia 24 tahun. Pelajar Kolej Minwa. Bekerja di kelab malam."
Si pemburu terus melihat ke arah orang itu. Dia seorang lelaki. Berpakaian sam seperti werewolf tadi. Yang berbeza cuma warna bulu pada hudnya. Warnanya ialah merah darah dan yang tadi berwarna biru gelap. Lelaki itu memakai cermin mata hitam. Dia juga memakai sarung tangan kulit berwarna hitam. Dia sedang makan daging merah yang berdarah segar dari dalam plastik hitam berlogo 'Fresh Meat Market'.
"Kau werewolf juga?" Dia acu senapang ke arah orang itu.
"Ya." Jawabnya tanpa ragu-ragu. Dia makan daging itu di hadapan si pemburu.
"Jadi, aku akan bunuh kau. Kalau kau hidup. Habis manusia kau makan." Dia marah dan lepaskan tembakan ke arah musuhnya.
Dia mengelak dengan pantas sambil makan daging. Kini, dia berdiri di hadapan tong sampah. Plastik kosong berisi daging segar dibuang dalam tong sampah.
Dia jilat bibirnya. Ada kesan sisa darah pada bibirnya. Dia berjalan ke arah si pemburu. Si pemburu mengacukan senapang ke arahnya.
"Jangan risau. Aku tak serang. Aku dah kenyang. Dan aku tak makan daging orang. Tak sedap. Aku lagi suka daging lembu segar atau daging kambing." Dia berhenti tujuh kaki jauh dari si pemburu.
"Apa yang kau nak dari aku?"
"Aku nak kau jawab soalan aku. Kenapa kau buru werewolf?"
"Sebab werewolf dah bunuh keluarga aku." Dia bertegas.
"Berapa ramai?"
"Tak tahu. Aku balik rumah. Keluarga aku dan dimakan. Tinggal beberapa bahagian yang selamat. Tapi semuanya dah tak ada. Aku tinggal seorang. Aku dah tak ada sesiapa. Mulai hari itu. Aku bertekan untuk hapuskan semua werewolf yang ada."
"Tak adil. Bukan semuanya yang bunuh orang."
"Bukan semua bunuh orang? Kau tak nampak ke tadi? Hari ni seorang lagi mangsa perempuan dirogol dan dimakan. Kau tak nampak? Kau mesti kenal dia. Sebab pakaian kau dengan dia hampir sama." Dia semakin geram.
"Ya. Aku kenal dia. Aku pernah nasihatkan dia tapi dia degil. Mungkin pada pandangan kau, dia bersalah. Tapi pada pandangan aku, berbeza."
"Sebab kau dengan dia sama je.
"Aku dengan dia berbeza. Jangan nak samakan aku dengan dia." Dia tiba-tiba naik angin.
"Apa makna kau tadi?"
"Maknanya ialah semua yang dia bunuh tu ada sebab. Sebabnya ialah mereka yang dah bunuh kawan-kawan kami. Tak kira remaja, dewasa, lelaki atau perempuan. Mereka terlibat dalam semua itu. Mereka buru kami. Dah lama. Sejak kami masih bayi lagi. Keluarga kami. Lari merata-rata cari tempat terbaik untuk lindungi kami. Tapi semua itu tak berakhir di situ. Kawan-kawan kami ada yang dibuli. Sengaja dibunuh bila tahu siapa diri mereka sebenarnya. Ya. Memang kami ada dalam kalangan manusia. Tapi tak semuanya jahat. Samalah macam manusia. Tak semuanya baik. Kami ada hak kami untuk hidup. Kami ada cara kami. Tapi mereka pandang kami macam ....Cis. Aku pun dah tak tahan. Tapi aku cuba diam dan sabar. Tapi bukan abang aku. Dia tak rela kawan-kawan dia mati. Dia cari orang yang jadi puncanya dan orang yang terlibat. Tak kira siapa. Aku hanya membantu. Tapi nafsu dia buatkan dia menggila. Aku tak boleh nak halang." Dia melepaskan segala isin hatinya kepada si pemburu.
"Tapi cara kalian tu salah." Si pemburu membangkang.
"Apa yang salahnya? Manusia memburu kami. Bunuh kami. Tak salah? Sama saja semuanya. Tak kira makhluk apa sekali pun. Aku tak minta untuk hidup macam ni. Kami semua tak minta untuk jalani hidup macam ni. Perit. Sakit. Hidup dalam kebencian dan kegelapan." Air matanya mula mengalir pada pipi.
Si pemburu menurunkan senapangnya ke sisi. "Abang kau akan terus buru manusia macam ni?"
"Ya. Sebab itu yang dia mahu. Dan sekarang kami mungkin diburu lagi oleh 'mereka'." Dia kembali tenang.
"Mereka?"
"Ya. Sebuah organisasi yang memburu werewolf dan vampire. Asalnya itu ialah organiasi yang memburu vampire sejak 50 tahun yang lalu. Tapi 18 tahun lalu 'mereka' mula buru werewolf pula. Baru ni ada beberapa buah kebakaran. Mungkin 'mereka' sudah bergerak ke kawasan ini. Kami sudah tak selamat lagi. Kami akan pindah dari sini."
"Fiqry yang lakukannya. 'Mereka' itu ialah Fiqry dan orang bawahan dia." Dia berfikir.
"Sudah tak ada apa nak dibincangkan. Aku balik dulu." Dia berjalan pergi dari situ.
Langkahnya melencong tiba-tiba. Kepalanya rasa berpinar. Lutut hilang keseimbangan. Dia terjatuh melutut.
"Peningnya. Kenapa tiba-tiba saja aku pening? Dah lama tak jadi macam ni. Mungkin sebab aku terlalu tertekan." Dia rebah ke tanah.
Si pemburu terkejut. Dia terus berlari ke arah orang itu. Tiba-tiba seseorang menghalang lariannya. Lelaki yang dilihatnya sebelum ini. Dia memakai cermin mata hitam dan menutup mulutnya dengan sapu tangan berwarna biru gelap.
"Jangan berani sentuh adik aku. Kalau kau tak nak mati. Jangan sentuh atau apa-apakan adik aku. Aku tak ganggu kau kalau kau tak ganggu adik aku dan kawan-kawan aku. Aku tak akan bunuh kau kalau kau bukan orang-orang 'mereka'. Encik Pemburu patut balik sekarang. Jangan terlibat dalam hal ini."
"Ayat itu..."
"A--- Abang."
Dia terus mendapatkan adiknya. "Adik. Bertahanlah. Abang bawa adik balik."
Dia pegang lengan adiknya untuk membantu adiknya berdiri. Namun, satu tembakan telah kena tepat pada bahu kanannya. Lengan adiknya terlepas. Dia melihat ke arah si pemburu. Tidak memegang senpang.
Si pemburu melihat ke arau semak. Ada cahaya menghampiri mereka di situ.
"Itu 'mereka'. Habislah kita." Dia melihat ke arah adiknya yang tidak bermaya.
"Siapa mereka?" Si pemburu hairan melihat sekumpulan lelaki bersenapang dan berpistol lengkap berseragam hitam yang formal.
YOU ARE READING
TAKDIR
VampireTakdir membawa aku ke sini, Kerana takdir aku mencintanya. Cinta aku bukan hanya kepada darahnya, Kerana cinta aku untuk seluruhnya. Dia telah mengubah diri ini, Dia telah mencuri hati ini. Kerana dia, Aku masih di sini, Kerana dia, Aku tidak mahu k...