BAB 29

41 4 1
                                    

Zenith termenung di dapur ketika bersandar pada dinding. Dia sedang menunggu pesanan makanan siap dimasak. Dia malas berjalan ambil pesanan makanan di ruangan hadapan.

"Zen."

Zenith melihat ke arah ketua chef yang menuju ke arahnya. "Ya."

"Kenapa muka kamu nampak tak bersemangat je ni? Lapar ke? Kalau lapar, rehatlah dulu. Dari pagi tadi kamu bekerja di luar sana."

Zenith berdiri tegak. "Tak apalah. Tadi saya dah rehat. Sekarang tunggu pesanan makanan siap. Lagi pun, lepas ni saya dah habis shift."

Ketua chef tepuk bahu kanan Zenith. "Kerja perlukan rehat juga. Jangan paksa diri."

"Baiklah, bos."

"Bagus." Bahu Zenith ditepuk dua kali sebelum dia pergi ke arah meja hidangan makanan.

"Perhatian! Semua manusia diarah untuk keluar dari bangunan ini kalau mahu selamat. Kami daripada organisasi Anti-VamWere sedang memburu vampire di sini."

Zenith dan tukang masak di dapur terkejut mendengar arahan tersebut. Zenith terus berlari keluar selepas mendengar  bunyi tembakan di ruangan hadapan yang penuh pelanggan.

Zenith melihat beberapa pelanggan telah terkulai di lantai akibat ditembak. Suasana riuh. Manusia dan vampire bercampur sehingga menyebabkan ahli organisasi tersebut menembak sesuka hati mereka.

Zenith pantas berlari ke arah para pelanggan yang cuba keluar tetapi ditembak kerana dia ialah vampire. Zenith menyerang orang yang melepaskan tembakan itu. Tumbukan padu yang dalam sehingga menembusi perut mangsanya.

"Aku tak akan benarkan kalian bunuh pelanggan-pelanggan di sini. Kalian semuanya 'sampah'. Tak kenal manusia dan bukan manusia. Apa jenis manusia yang seperti kalian ni? Hati binatang. Lagi teruk daripada werewolf." Zenith mengamuk.

Semua muncung senjata diacukan ke arah Zenith. Tembakan dilepaskan. Ada beberapa penembak yang masih menembak ke arah para pelanggan.

Sebutir peluru terkena pada lengan kanan Zenith ketika dia cuba menyelamakan seorang pelanggan.

Zenith rasa tidak puas hati dan marah. Tanpa berfikir panjang, dia terus menggunakan kuasa kegelapan miliknya. Sayap hitam mula muncul pada belakangnya. Terapung-apung seperti api. Peluru yang lepaskan kepada beberapa orang pelanggan dan dirinya telah ditelan oleh dinding kegelapan.

"Vampire." Kata seorang pelanggan. Dia ketakutan.

Beberapa orang pelanggan dan pekerja manusia juga sedemikian apabila melihat diri sebenar Zenith. Bermata merah, bertaring, kuku panjang  berwarna hitam dan bersayap kuasa kegelapan.

Siapa tidak terkejut melihat diri sebenar seorang pelayan yang selama ini mesra dengan pelanggan. Pandai memujuk kanak-kanak yang menangis. Hentikan pergaduhan yang dicetus oleh pelanggan akibat tidak puas hati dengan masakan. Pekerja yang selalu senyum manis dan rajin. Tetapi hari ini dia kelihatan berbeza berbanding sebelum ini.

Zenith merapatkan dinding kegelapan sehingga menghimpit ahli pemburu tersebut.

"Jadi, dia dah mula nak hancurkan tempan ni? Dia memang buat silap besar sebab aku ada di sini." Zenith rasa marah.

"Kami tak akan lepaskan..."

"Diam!!! Manusia seperti kalian semua SAMPAH! Aku benci!"

Dinding kegelapan semakin rapat dan hilang. Mangsanya telah menjadi abu.

Zenith melihat ke arah pintu kaca. Seseorang sedang duduk di atas motorsikal berhadapan dengan pintu tersebut. Orang itu petik jari dan banguna hotel mula terbakar.

TAKDIRWhere stories live. Discover now