Seorang kanak-kanak perempuan sedang bahagia membeli-belah di dalam pusat membeli-belah. Tidak padan dengan tubuhnya yang genit tetapi pada kiri dan kanan tangannya terdapat tiga beg barangan. Sampai meleret-leret beg barang-barang ke lantai.
"Hadiah dah beli." Dia gembira. Berjalan sambil menyanyi.
#
Fiqry menerima panggilan daripada orang bawahannya. Ketika ini dia berada di dalam pejabatnya. Dia senyum penuh niat jahat ketika mendengar setiap perkataan yang diungkapkan oleh orang bahawannya itu.
"Bagus. Tangkap dia. Tak. Tak perlu bunuh dia. Aku ada banyak soalan nak tanya dia."
Panggilan ditamatkan dengan masih senyum. Dia bersandar pada kerusi. "Kau tak akan terlepas lagi kali ini, Tegnea."
#
Zenith menghela nafas lega. Akhirnya dia berjaya beli semua barang yang ada dalam senarai tadi. Dia melihat kiri dan kanan sebelum melangkah keluar daripada kedai buku. Kedai terakhir dia kunjungi.
"Masa untuk balik." Lihat jam pada pergelangan tangan kanannya.
"Baik, tuan. Kami akan uruskannya. Dia tak akan terlepas lagi kali ni."
Seorang lelaki berselisihan dengan Zenith ketika Zenith berdiri di hadapan pintu kedai itu. Pada tangan kanan lelaki tersebut terdapat surat khabar yang dilipat-lipat.
"Itu bukan ke orang yang berdiri tercegat depan dinding tadi? Sudahlah baca surat khabar pun terbalik." Dia membebel dalam hati.
Zenith teringat situasi ketika dia masuk ke dalam kedai buku tersebut. Dilihatnya seorang lelaki berpakaian formal berwarna hitam. Kot hitam kemas pada tubuhnya. Lengkap dengan cermin mata hitam. Dia berdiri di tepi dinding kaca dalam kedai tersebut. Asyik melihat ke luar dan melihat kembali surat khabar yang dipegang terbalik itu.
"Orang tu gila. Baca surat khabar pakai cermin mata hitam. Apa dia nampak? Sudahlah terbalik." Dia ketawa dan geleng kepala.
Zenith berjalan pergi dari kawasan tersebut.
#
Tegnea terhidu sesuatu yang tidak menyenangkan. Dia cuba berjalan seperti orang normal. Tetapi semakin lama semakin dia berlari dan terlanggar seseorang di hadapannya. Dia jatuh terduduk. Sylvy terus keluar dari beg galasnya. Tegnea melihat ke arah lelaki tersebut ketika lelaki itu pandang belakang.
"Zenith?" Dia berkata dalam hati.
"Eh? Kau lagi. Apa hal langgar aku? Marah lagi ke?" Wajah Zenith serius.
"Anak dengan ayahandanya sama je. Ada juga aku tumbuk karang." Dia membebel.
Zenith melihat pula ke arah belakang Tegnea. Ada lima orang lelaki berseragam hitam yang formal. Semuanya sama saja. Sama seperti orang gila dalam kedai tadi.
"Yang mana satu orang gila baca surat khabar terbalik tu? Semua sama. Style rambut poyo." Zenith berfikir.
Salah seorang daripada mereka menghampiri Zenith dan Tegnea. "Serahkan budak tu kepada kami. Kami hanya mahukan budak tu."
Zenith melihat Tegnea yang cuba berdiri. Tegnea berwajah serius. Dia pusing belakang menghadap mereka semua. Mereka kelihatan terkejut. Tiba-tiba, Tegnea jelir lidah dan melarikan diri. Habis dia tinggal barang-barang di atas lantai dan kucingnya di sisi Zenith.
"Kejar dia!" Mereka berkejar-kejaran.
Zenith melihat barang-barang di atas lantai dan kucing pada kakinya.
"Organisasi tu. Itu mesti organisasi tu. Bau mereka. Manusia. Aku tak akan biarkan mereka dapat budak tu. Aku tak akan biarkan dia hapuskan puak vampire."

ANDA SEDANG MEMBACA
TAKDIR
VampirosTakdir membawa aku ke sini, Kerana takdir aku mencintanya. Cinta aku bukan hanya kepada darahnya, Kerana cinta aku untuk seluruhnya. Dia telah mengubah diri ini, Dia telah mencuri hati ini. Kerana dia, Aku masih di sini, Kerana dia, Aku tidak mahu k...