Katil beroda ditolak laju ketika masuk ke kawasan kecemasan. Pada masa yang sama Denial berdiri dari kerusi. Dia terkejut melihat wajah orang yang dikenalinya berada di atas katil tersebut. Orang itu masih memakai pakaian seragam tempat kerjanya.
"Zenith?" Nama itu keluar dari mulut Syelton ketika melihat orang tersebut.
Maria mengekori jururawat yang menolak katil tersebut. Tetapi langkahnya terhenti apabila melihat orang-orang yang dikenalinya berada di kawasan itu.
"Senior Aron? Cikgu Teru? Kenapa semua orang ada di sini?"
"Papa Aron. Encik Shine sedang dalam rawatan. Dia diserang oleh orang yang menyerang ibu bapa kamu." Denial menjelaskan situasi tersebut.
Maria terkejut.
"Maria. Kenapa Zenith..."
"Zen pun sama. Hotel tempat kerja dia telah dibakar. Saya takut... Saya takut Zen tinggalkan saya. Saya tak ada sesiapa lagi." Maria mula menangis.
"Maria. Bersabar, ya. Doktor akan cuba bantu Zen." Syelton memujuk Maria.
Aron duduk di sebuah kerusi di sebelah kiri Zarush. Zarush hanya diam sejak tadi. Hanya menunduk sahaja.
Tangan kanan Aron menggosok kepala Zarush. "Zarush tenang, ya. Papa tak apa-apa. Papa kuat. Zarush jangan menangis. Abang ada dekat sini."
"Kenapa semua ini terjadi kepada kita? Kenapa mereka nak bunuh kita? Papa... Apa salah papa?"
Zarush tertekan. Dia pegang belakang kepalanya menggunakan kedua-dua tangannya. Kedua-dua kaki dinaikkan ke atas kerusi. Dahi bertemu kepala lutut.
"Kenapa mesti papa? Apa salah papa? Kenapa mereka kejam? Sampai bila semua ni harus berlaku? Adik dah tak tahan. Kenapa...? Kenapa...?" Dia menangis. Tubuhnya menggigil.
"Zarush. Bertenang. Jangan macam ni. Tenang. Papa selamat. Papa okey. Tenang, ya. Sabar. Abang ada. Mama ada. Kawan-kawan kita ada. Pakcik Denial ada. Kita sama-sama doakan papa selamat. Okey?" Aron terus memujuk.
"Kawan-kawan... Kawan-kawan kita ramai dah terkorban. Apa salah mereka? Salah ke kita semua nak hidup? Mana keadilan? Hati adik sakit. Sampai bila nak bersabar?" Zarush mula meninggikan suara. Dia marah.
Mereka terkejut. Rambut Zarush berubah putih sedikit demi sedikit. Dia masih pegang kepala. Tertekan.
Aron peluk tubuh adiknya supaya bertenang. "Zarush. Bertenang. Jangan macam ni. Ni hospital. Tenang. Tenang."
"Benci. Aku benci semua ni! Kenapa perlu wujud orang macam tu dalam dunia ni?"
Mata Zarush bertukar oren. Warna biru pada bawah alis matanya mula kelihatan. Taring gigi mula tumbuh panjang.
"Aku tak mampu tahan dia. Kalau dia mengamuk nanti. Habis satu hospital."
Cikgu Teru mahu menghampiri Zarush tetapi Denial halang. "Bahaya."
"Kenapa dengan Senior Zarush?" Maria ketakutan.
"Mama!" Aron segera memanggil Emy apabila melihat kelibat ibu mereka.
Zarush masih lagi menggumam kemarahanan. Emosi tidak terkawal.
"Mama. Tolong Zarush. Dia nak mengamuk." Aron menjerit.
Emy segera berlari ke arah anak-anaknya. Kepala Zarush diangkat supaya melihatnya.
"Zarush. Pandang mama. Mama ada dekat sini. Tolonglah bertenang. Papa selamat. Sekejap lagi doktor keluarlah. Nanti kita tengok papa, ya." Dia pujuk Zarush.
"Mama. Apa salah papa sampai mereka nak bunuh papa? Kenapa?" Zarush terus menyoal.
Emy terdiam. Air mata mengalir.
"Zarush nak balas dendam. Zarush dah tak tahan dengan semua ini. Semua ni buat Zarush sakit kepala. Sakit hati. Geram."
"Sayang. Jangan macam ni. Sayang tenang dulu. Papa selamat."
"Tapi Zarush tetap..."
"Zarush." Syelton memanggil ketika berdiri di hadapan Zarush.
Zarush melihat Syelton. "Manusia."
"Zarush. Tenang. Tu kawan Zarush." Aron pengang tangan adiknya. Risau juga Zarush terkam Syelton.
Anis juga berdiri jauh dari mereka. Denial pula telah cuba halang Syelton pergi ke arah Zarush tapi Syelton degil. Emy melepaskan wajah anaknya. Zarush dan Syelton bertentangan.
"Kemarahan bukan jalan penyelesaian. Aku faham perasaan kau. Kalaulah dulu aku macam kau. Mungkin aku pun akan buat benda yang sama. Tapi kesabaran itu penting. Masanya akan datang juga nanti." Syelton memberi nasihat.
"Bila?" Zarush menyoal.
"Bila kau dapat terima takdir yang sedang kau hadapi." Itu jawapannya.
"Ayah aku pernah pesan. Manusia atau bukan manusia, sama saja. Ada yang baik dan ada yang jahat. Ada yang jadi kawan dan ada yang jadi lawan. Aku kawan kau. Aku akan cuba jadi kuat dan jaga keluarga kita. Aku akan teruskan apa yang ayah aku dah mulakan dulu. Tak kira manusia atau bukan. Jika perlu dilindungi dan tidak bersalah, itu tanggungjawab aku."
"Kau siapa nak kata macam tu? Apa kuasa kau ada untuk lindungi semua orang? Kau hanya manusia biasa." Zarush membangkang.
Syelton tunduk. "Mungkin benar apa yang kau katakan. Aku hanya manusia biasa. Tapi aku tak tahu kenapa aku rasa aku luar biasa. Mungkin sebab jiwa aku nak lindungi semua yang ada."
Zarush ketawa. "Itu saja? Aku tak rasa kau layak."
Syelton senyum. "Mungkin juga. Aku pun masih belum cukup kuat. Masih dalam latihan."
Syelton semakin menghampiri Zarush. "Ayah aku cakap. Dia suka tengok aku. Tenang. Tapi aku tak faham kenapa. Sejak aku kecil lagi, dia suka sangat letak tangan aku atas dahi dia. Ayah kata rasa tenang. Hilang bebanan. Sekarang, aku rasa aku nak cuba bagi ketenangan tu dekat kau pula. Manalah tahu, memang betul menjadi. Tapi aku hanya manusia biasa."
"Kau merepek. Tak mungkin apa kau ka..."
Tapak tangan kanan Syelton diletakkan di atas dahi Zarush. Zarush terdiam. Keadaannya yang tadi berubah menjadi normal.
#
Zarush buka mata. Di sekelilingnya penuh dengan kehijauan alam. Padang yang luas. Di sebelah kanan ialah hutan dan di sebelah kiri ialah air terjun. Bunyi air terjun sangat menenangkan jiwa. Bunyi gemersik dedaun pula bagaikan muzik yang aman.
Zarush berjalan ke arah tebing air terjun. Air yang jernih. Biasan wajahnya dapat dilihat dalam air.
"Kau terlalu banyak berfikir. Kau perlukan ketenangan. Jangan paksa diri. Jangan terlalu pendam perasaan sendiri."
Zarush terkejut apabila biasan imej wajahnya berkata kepada dia.
"Kau siapa?"
"Aku diri kau. Diri yang penuh ketenangan."
Air mula bergelora. Biasan imej tadi hilang. Zarush lihat pula ke arah hutan. Haiwan-haiwan seronok bersantai.
"Tempat apa ni? Sekejap. Tadi Syelton... Adakah ini 'ketenangan' yang dia maksudkan itu?"
Sesuatu seperti debu berwarna emas terbang di hadapan Zarush membentuk tulisan.
"Kekuatan bukan daripada kemarahan tetapi daripada jiwa yang tenang."
Debu tersebut terbang ke arah air terjun. Zarush melihat pergerakan debu tersebut.
"Jiwa yang tenang." Dia berfikir.
#
"Zarush." Aron panik apabila adiknya tiba-tiba pengsan selepas Syelton letak tapak tangan pada dahi Zarush.
"Biarkan dia rehat. Kalau dia sedar nanti. Sama ada emosi dia kembali normal atau masih sama macam tadi."
Syelton menguap dan berjalan ke arah kerusi di sebelah kanan ibunya. Dia duduk dan terus pejam mata. Kepalanya juga turut terlentok pada bahu ibunya.
"Cepatnya dia tidur."
Maria pula sudah berhenti menangis. Tetapi dia masih dalam keadaan keliru.
"Apa dia dah buat sampai Senior Zarush boleh pengsan?"

ANDA SEDANG MEMBACA
TAKDIR
VampiroTakdir membawa aku ke sini, Kerana takdir aku mencintanya. Cinta aku bukan hanya kepada darahnya, Kerana cinta aku untuk seluruhnya. Dia telah mengubah diri ini, Dia telah mencuri hati ini. Kerana dia, Aku masih di sini, Kerana dia, Aku tidak mahu k...