BAB 3

11.2K 540 6
                                        

"...apa kau cakap? Cuba ulang balik, aku tak dengar" katanya bersahaja sambil duduk bersandar. Tangan disilangkan ke dada. Tenang sahaja raut wajahnya.

Dua orang anak buahnya yang sedang berdiri di hadapannya saling berpandangan. Riak gelisah jelas terpancar pada raut wajah mereka. 

Setelah beberapa saat berdiam diri, salah seorang dari mereka, Chen mula bersuara.

"Kitorang...terlepas bos. Perempuan tu lari laju sangat. Tengok-tengok dah lesap. Puas kitorang keliling tempat tu tapi...tak jumpa bos" jelas kedengaran suara Chen bergetar.

Lelaki yang digelar bos itu hanya diam membisu. Matanya memandang kosong ke arah dua orang anak buahnya. Tangannya dibawa ke atas meja. Jarinya mengetuk-ngetuk meja tanpa irama. 

Tidak semena-mena dia tersenyum. 

Senyuman yang membuatkan Chen serta rakannya meremang bulu roma. Masing-masing menelan air liur yang terasa pahit.

Lelaki tersebut memanggil Chen dengan menggunakan hujung jari. Teragak-agak, Chen menghampiri. Dia berdiri betul-betul di hadapan bosnya. Bosnya mula berdiri. Senyuman masih tidak lekang dari bibir.

"Letak tangan kau atas meja..."arah lelaki tersebut. Nada suaranya kedengaran selamba. 

Dengan teragak-agak Chen menurut. Apa pulak bos aku nak buat ni, Chen berbicara dalam hati. Rakannya, Ravi juga pelik melihat kelakuan bos mereka.

Perlahan-lahan laci meja kerjanya dibuka. Dengan pantas jangka lukis dikeluarkan dan tanpa teragak-agak dia menikam tangan Chen menggunakan jarum yang terdapat pada alat tersebut.

"Aarrgghhh!! teriakan Chen memecah kesunyian di dalam bilik itu. 

Ravi tergamam. Kelihatan Chen menggelupur di atas lantai dengan jangka lukis masih melekat di tangannya. Darah pekat kelihatan mengalir di atas meja bosnya dan juga di lantai. Ravi mula menggigil. Dia kembali memandang bosnya.

Dengan tenang lelaki tersebut mengelap tanganya menggunakan tisu. Sengihan terbit pada bibirnya. Tisu yang digunakan dicampak ke atas meja. Dia kembali duduk di atas kerusi empuknya. Matanya merenung Ravi yang terkulat-kulat di hadapannya.

"Lepas ni...cuba buat kerja tu elok-elok sikit. Aku tak suka orang buat kerja main-main...faham? Katanya kepada Ravi. Lagaknya cukup tenang. Seperti tiada apa-apa yang berlaku. 

Ravi menganggukkan kepalanya laju-laju. Tidak berani melakukan apa-apa hatta bersuara sekalipun.

Nafas dihembus perlahan. Dia bingkas bangun dari duduknya. Kot hitamnya dibetulkan. Dia mula melangkah melepasi Chen yang sudah terbaring lemah di atas lantai. Sampai sahaja di sebelah Ravi, dia menundukkan sedikit kepalanya dan berbisik di tepi telinga Ravi.

"Cari perempuan tu sampai dapat kalau kau rasa nak hidup lama...faham?"  

"Faham bos..." balas Ravi sedikit gagap.

"Oh ye...sebelum balik, pastikan korang lap darah-darah atas meja aku tu. Then aku nak korang tukar karpet yang kena darah ni" katanya sambil menguis-nguis kakinya pada karpet tersebut.

"Faham ke tak?!" dia memandang Ravi. Renungannya tajam.

"Faham bos!" Ravi bersuara seraya menunduk tanda hormat. Atau lebih tepat lagi tanda gerun. Lelaki tersebut hanya menjeling dan melangkah pergi. Malas ingin berlama-lama menghadap muka dua orang anak buahnya yang tidak boleh diharap itu.

Setelah bosnya hilang dari pandangan, Ravi pantas menghampiri Chen untuk membantu rakannya itu. 

Gila betul bos tu, bisik Ravi dalam hati. Gerun dia memikirkan kejadian tadi.

PERTEMUAN ✅Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang