BAB 12

8.2K 387 0
                                    

"Cepat la Airis. Takkan dah semput kot...baru first round" jerit Mark yang berada beberapa meter di hadapannya. Dia hanya mampu mengangkat tangan tanda menyerah. Tercungap-cungap dia cuba mencari nafas. Tak mampu lagi dia hendak meneruskan larian. Dia mengambil keputusan untuk duduk di atas rumput di tepi laluan pejalan kaki di taman itu.

Mark muncul di sisinya. Lelaki itu hanya ketawa melihat dirinya yang termengah-mengah. Airis menjeling tajam ke arah Mark.

"Haaa...gelaklah, gelak puas-puas. Kan saya dah cakap saya ni cepat semput, awak degil. Nak jugak ajak saya jogging. Sekarang nak gelakkan orang pulak..." kata Airis sedikit tak puas hati. Makin kuat Mark ketawa mendengar bebelan Airis.

"Aduhh...sakit perut aku gelak" kata Mark lebih kepada diri sendiri. Dia turut duduk di sebelah Airis. Melihatkan wajah cemberut Airis, dia cuba mengawal tawanya. Dia berdeham.

"Sorrylah...saya ingatkan awak bolehlah tahan sampai dua round ke, rupanya-rupanya baru first round dah semput" balas Mark. Mulutnya dikemam cuba menahan tawa yang mahu meletus namun tidak berjaya. Terlepas jua tawa dari bibirnya. Airis hanya menjeling Mark melalui ekor mata. Lama-kelamaan dia juga ikut ketawa.

Setelah tawa mereka reda, Airis mula bersuara.

"Kalau awak nak sambung jog pergi la...saya tunggu dekat sini"

"So memang dah give up la ni?" tanya Mark bersama senyuman. Airis hanya menganggukkan kepalanya sambil tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik. Comel, bisik hati Mark.

"Okaylah...saya nak sambung lagi tiga round, awak tunggu sekejap eh, nanti saya hantar awak balik" Mark menyambung kata.

"Okay...just take your time" balas Airis. Mark lantas berdiri. Selesai melakukan sedikit regangan, dia pun meneruskan lariannya yang tergendala tadi.



Sedang Airis leka merenung langit pagi, tiba-tiba dia terdengar namanya dipanggil seseorang. Dia lantas menoleh ke sebelah kanan. Terkejut dia melihatkan Qidran sedang berdiri di situ. Lelaki itu memakai baju t-shirt lengan pendek berwarna putih dengan seluar trek hitam. Di tangannya terdapat sebotol air mineral.

"Qidran! Tak sangka boleh jumpa dekat sini" ucap Airis teruja sambil berdiri.

"Tu la...ingatkan saya salah orang tadi" balas Qidran sambil tersenyum. Dia pantas menghampiri Airis.

"Awak buat apa dekat sini? Jogging ke?" soal Airis.

"Haah...awak pulak buat apa dekat sini? Sorang je ke?" Qidran pula bertanya.

"Oh saya datang dengan kawan...temankan dia jogging"

Ketika itu juga kelihatan Mark sedang menuju ke arah mereka. "Haa...tu kawan saya" kata Airis sambil memandang ke arah Mark. Qidran turut menoleh ke arah yang sama. Serta-merta mata Mark dan Qidran saling bertentang.

Mark mengalihkan pandangannya ke arah Airis. Matanya menyoal dalam diam. Airis yang mengerti akan renungan Mark terus bersuara.

"Mark, kenalkan ni Qidran. Dan Qidran, ni Mark" Airis memperkenalkan mereka berdua. Dua jejaka di hadapannya itu saling bertentang untuk beberapa saat. Qidran menghulurkan tangan tanda perkenalan bersama senyuman di bibir. Mark memandang sekilas sebelum menyambut huluran tangan tersebut.

"Nice to meet you" ucap Qidran. Senyuman masih tak lekang dari bibir.

"Yeah...me too" balas Mark bersahaja. Senyuman nipis dilemparkan.

"Eh, awak dah habis jogging ke ni? Sekejap je..." tiba-tiba Airis menyoal Mark.

"Dah...bukannya lama pun nak lari tiga round. Lagipun saya tak cepat semput" balas Mark sambil tersengih memandang Airis. Sengaja mahu mengusik. Airis hanya menjulingkan matanya ke atas. Tahu sangat dengan perangai Mark yang suka mengusiknya. Qidran hanya memandang gelagat Airis dan Mark yang pada pandangannya nampak mesra. Dia berdeham. Serentak Airis dan Mark menoleh ke arahnya.

"Erm...saya gerak dulu la Airis, lain kali kita jumpa lagi" kata Qidran sambil memandang Airis. Senyuman dihadiahkan buat gadis di hadapannya itu.

"Oh okay, inshaAllah..." balas Airis turut tersenyum. Sekali lagi Qidran dan Mark berjabat tangan sebelum dia berlalu dari situ.

"Siapa tu?" tiba-tiba Mark menyoal. Nadanya kedengaran bersahaja tetapi hatinya... hanya Tuhan sahaja yang tahu. Berdebar dia menanti bicara balas dari Airis.

"Huh? Kawan baru kenal...dia kerja dekat bangunan architecture sebelah shopping mall tu" balas Airis selamba. Mark yang mendengar jawapan Airis serta-merta menarik nafas lega. Tindakan luar sedar. Lega kerana apa, dia pun tak pasti.

"Jom, pergi sarapan. Laparlah..." ajak Airis sambil tersengih memandang Mark.

"Eh, lari tak sampai sepuluh minit dah lapar?" balas Mark sambil ketawa apabila melihat wajah Airis sudah bertukar masam. Suka betul dia dapat menyakat Airis.

"Hish, tak habis-habis nak perli orang" omel Airis perlahan namun masih dapat didengari oleh Mark.

Setelah tawanya dapat ditahan, dia berdeham sebelum bersuara.

"Gurau je la...tadi cakap laparkan? Jom, kita pergi makan nasi lemak dekat depan sana tu" Mark memandang wajah Airis di hadapannya. Mahu melihat reaksi si gadis.

Mendengarkan perkataan 'nasi lemak', terus ceria muka Airis. Tu makanan kegemaran dia. Memang pantang kalau orang ajak makan nasi lemak dia menolak.

"Yay! Jom!" balas Airis teruja dan mula melangkah laju. Namun melihatkan Mark yang berjalan perlahan di belakangnya, dia lantas melangkah ke arah lelaki tersebut. Hujung baju lelaki itu ditarik, menyuruhnya berjalan lebih laju. Mark hanya mampu ketawa kecil dan menggeleng melihat telatah Airis. Langkah kakinya dibawa mengikut langkah Airis.




Thaqeef dan rakan sekerjanya, Inspektor Kevin segera bergegas ke ladang kelapa sawit berdekatan Sungai Buloh setelah menerima panggilan dari pemilik ladang tersebut mengenai penemuan mayat di situ. Sampai sahaja di sana, mereka menemui dua mayat, lelaki dan perempuan yang sudah berulat. Siasatan pun dimulakan.

Pita kuning dililit di sekitar kawasan kejadian. Thaqeef dan Kevin mula memeriksa keadaan kedua-dua mayat. Kesan tembakan jelas kelihatan di bahagian kepala mangsa. Kedua-dua mayat masih lengkap berpakaian namun tiada langsung dokumen pengenalan diri ditemui di situ.

Setelah puas memeriksa mayat si perempuan, Kevin mula bersuara.

"Jumpa apa-apa Qeef?"

"Hurm...nothing. Kau pulak?"

"Same here. So...what do you think about this case?" soal Kevin.

"Not sure. Mungkin dendam ataupun rompakan. Apa-apa pun kita kena tunggu laporan bedah siasat dulu, baru boleh buat kesimpulan " balas Thaqeef sambil memandang Kevin.

Kevin menganggukkan kepalanya tanda setuju. Mereka kemudian bergerak dan memberi ruang kepada pasukan forensik untuk menjalankan tugas mereka.

"Busy lagi la Dr. Hamdan dibuatnya" kata Thaqeef merujuk kepada forensic pathologist yang selalu bekerja bersama mereka. Kevin hanya tersengih mendengar bicaranya.

PERTEMUAN ✅Where stories live. Discover now